Assalamualaikum.... Selamat Pagi!!
At one time saya pernah mengalami depresi!
Saya give up dengan life saya.
Saya jadi orang yang sangat negative dengan kehidupan saya.
Saya jadi orang yang berputus asa.
Tetapi Allah menyayangi kita semua. DIA tak pernah tinggalkan kita di saat kita merasakan dunia meninggalkan kita!
Alhamdulillah... saya bangkit kembali memulakan kehidupan baru dengan diri yang baru.
Di sepanjang perjalanan itu, saya masih tercari-cari kehidupan macam mana sebenarnya yang aku inginkan??
Di saat saya mencari jawapan itu saya hampir-hampir kecundang dan saya juga hampir-hampir mengalah.
Alhamdulillah... Diberikan sekali lagi peluang untuk saya memulakan perjalanan saya dengan kaedah yang baru pula.
Di pengakhiran jalan 2013 ini, saya masih belum berpuas hati dengan apa yang saya kecapi. Tetapi tetap bersyukur kerana rezeki Allah ada di mana-mana dan bila-bila masa sahaja. Salah tanggap masyarakat bila menyebut rezeki itu dichannelkan kepada $$$$RM semata-mata. Sucikan mata hati anda untuk melihat apa yang orang lain takde dan apa yang anda ada.. dan itulah rezeki buat anda.
Kedatangan 2014, peluang sekali lagi bagi saya yang Allah berikan untuk saya mulakan sekali lagi kehidupan baru dengan konsep alami... Kembali kepada asal...
Insya Allah muka baru akan menghiasi wajah blog ini dan harapan saya selepas ini apa yang dicoretkan di dalam blog ini turut memberikan anda satu inspirasi untuk anda sentiasa memulakan perjalanan baru dalam kehidupan anda.
Amin...