Kita bersama

Daisypath Anniversary tickers

Nur Ilyanie Najwa

Lilypie Kids Birthday tickers

Nur Ilyanie Najihah

Lilypie Kids Birthday tickers

Follow Me

Thursday, March 14, 2013

Suplemen?? Perlu atau tidak??

Assalamualaikum... Selamat Pagi!!

Hari ni saya ingin berkongsi dengan anda tentang artikel yang boleh mempengaruhi pilihan anda untuk mengamalkan pemakanan suplemen atau pun tidak.
Artikel ini diterbitkan dalam akhbar Metro Ahad keluaran 28 Ogos 2011, bertajuk "Hargai makanan hasil semula jadi".
 Tetapi sebelum itu, saya pasti ramai yang berpendapat tidak perlu mengamalkan pemakanan suplemen kerana kita boleh mendapatkan kesemua keperluan khasiat daripada piramid makanan, dengan hanya memilih dan menyediakan hidangan tersebut.
Namun begitu tahukah anda keperluan untuk mengadakan sumber makanan pada zaman moden kini semakin mendesak. Apakah maksudnya itu?

Dalam artikel tersebut menyatakan bahawa,

"Dengan menggunakan teknik cepat dan berskala besar seperti modifikasi genetik, penggunaan baja kimia, racun serangga dan pelet makanan sintetik, hampir seluruh sistem makanan dunia dilimpahi produk makanan yang tidak lagi semula jadi dan boleh mengundang pelbagai masalah kesihatan disebabkan komposisi kandungannya yang diubahsuai."
Ini bermakna, sumber makanan kita pada hari ini seperti buah-buahan, sayur-sayuran, even beras hasil dari tuaian padi, ayam, ikan, daging dan sebagainya bukan lagi bersifat semula jadi 100%, akibat dari pengubahsuaian komposisi kandungannya itu.
Antara contoh-contoh kes yang berlaku di dunia ialah
"Insiden susu beracun yang melanda China dulu, penyakit lembu gila yang dikaitkan dengan daging mengandungi prion, sos beracun daripada Vietnam atau mi beracun daripada Indonseia dan pelbagai lagi kemelut seumpamanya adalah beberapa contoh jelas bagaimana bahan makanan yang asalnya dianggap selamat menjadi tidak selamat."

Keadaan seperti ini berlaku apabila...

"Disebabkan permintaan kepada makanan siap, segera dan enak sangat tinggi, konsep pemakanan sihat iaitu pemakanan semula jadi dari alam terus dipinggirkan kerana memberi laluan kepada produk makanan yang dikeluarkan secara massa oleh industri."

Jadi, apakah pilihan yang ada pada kita??

Menurut artikel tersebut yang ditulis oleh pakar iaitu Dr. Khalib Abdul Latiff, Profesor Promosi Kesihatan dari Pakar Perubatan Tingkahlaku, Pusat Perubatan UKM,

"Sumber makanan terbaik ialah yang langsung dari alam, yang hidup tanpa banyak dimanipulasi, diproses industri, yang fakta nutriennya stabil dan tak pernah berubah."

"...Jika ia dikomersialkan, pastikan nilai nutriennya masih kekal dan tidak dicampur aduk dengan bahan yang boleh mengganggu kandungan semula jadinya."

Daripada artikel ini, apa yang nak saya kongsikan sebagai seorang pengguna saya percaya kepada hak kepenggunaan yang diberikan kepada kita iaitu hak mendapat barangan dan perkhidmatan yang selamat, hak mendapatkan maklumat serta hak untuk mendapat pendidikan pengguna.

Saya memperolehi hak-hak tersebut apabila saya mengamalkan pemakanan suplemen ELKEN. Meaning bukan setakat beli dan makan je, makan dengan rasa selamat dan dapat manfaat yang baik.
Ini kerana dari hanya seorang individu biasa yang berkeinginan nak sihat dan cantik, saya diperkenalkan kepada Elken Spirulina (salah satu produk suplemen yang saya guna). Kemudian saya mendapatkan ilmu dan pendidikan tentang suplemen yang saya makan dari sistem pendidikan Elken contohnya Elken Spirulina Roadshow, apabila anak kepada pengasas Elken Spirulina, Dr Yasumasa Kodo datang ke Ipoh berkongsi tentang kenapa perlu makan Elken Spirulina dan juga dapat ilmu lain tentang MRT-Molecular Reform Therapy.

 Perlu atau tidak suplemen bagi anda, pilihan di tangan anda sendiri. Tepuk dada tanyalah hati nurani. Saya di sini hanya sekadar berkongsi sedikit pengalaman, ilmu dan sedikit pengetahuan yang saya perolehi.
"Sharing is Caring ma...."

Call/sms 017-5346280 for further consultation. 

2 comments:

  1. Kkdg rasa xperlu.. Tp bila ros kurg kalsium, mkn pil kalsium.lrasa penting lak supplement ni.. Ekekek :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikutkan x perlu...tp diambil utk support yg x cukup... Pilihan masing2. :-))

      Delete

Jom Follow Me