Kita bersama

Daisypath Anniversary tickers

Nur Ilyanie Najwa

Lilypie Kids Birthday tickers

Nur Ilyanie Najihah

Lilypie Kids Birthday tickers

Follow Me

Friday, March 29, 2013

Bestnya kena Marah...!

Assalamualaikum.. Selamat Pagi!!!

Hari ni edisi berkongsi perasaan yang sangat best apabila kena marah.

Best ke kena marah? Terutama sekali yang marah kat kita tu adalah emak kita. Macam mana rupa bentuk muka kita bila kena marah dengan mak?


 Tapi wajah saya bila kena marah dengan 'mak' saya hari ni, saya tetap senyum dan rasa gembira sebab 'mak' saya marah kat saya.




Happy face walau kena marah??

Inilah kehebatan budaya dan sistem Elken. Yup! Saya kena marah dan ditegur oleh upline saya. Upline saya sangat sibuk, tetapi beliau sanggup berkorban masa, tenaga dan wang ringgit beliau untuk melihat saya berjaya. Jadi apalah sangat kalu ditegur dan dimarahi olehnya. Mestilah ia kerana sesuatu yang baik untuk masa depan saya sendiri.

Ini upline saya... SAB MCCM Karen Leong, beautician for 30yrs dengan conventional business sakit migrain, kurus kering kerap pengsan dan sembuh kini dengan MRT concept. Umur kini adalah 56 tahun. Apa??!! 56 tahun? Yup!!



Dalam gambar ni yang baru diambil semalam 28 Mac 2013... saya berdiri di sebelah beliau.

Sebab itulah, dari saat ini ada 5 prinsip perlu saya pegang erat-erat dan amalkan dalam kehidupan seharian saya.

Sebelum tu, saya bercerita dalam blog nak itu, nak ini dan terbaru saya nak fight ke KOREA... tapi macam mana nak berjaya kalu saya tak ikut cakap upline, tak ikut 5 prinsip utama dalam perjalanan kerjaya saya di Elken?

Sungguh hebat budaya dan Sistem Pendidikan Elken, yang mengajar saya untuk menjadi seorang manusia yang lebih baik dari semalam.

5 prinsip utama yang perlu dipegang erat:
1. Percaya kepada Syarikat
2. Percaya kepada Produk
3. Percaya kepada Sistem
4. Percaya kepada Upline
5. Percaya kepada Diri Sendiri

Fatin, ikut je bodoh-bodoh.... buat giler-giler!!

Wednesday, March 27, 2013

MOTIVATIONAL QUOTES

Assalamualaikum... Selamat Pagi!!!






Thursday, March 21, 2013

Berpandangan Jauh....

Assalamualaikum... Selamat Pagi!!

Alhamdulillah... sangat mensyukuri nikmat dan rahmat Allah yang tak terhitung banyak kepada kita dari segenap sudut.. Alhamdulillah, Thank u Allah!!


 Sebanyak-banyak nikmat yang Allah berikan saya sangat mensyukuri apa yang saya perolehi pada hari ini, iaitu PELUANG PERNIAGAAN DI ELKEN!

Pada hari selasa lalu, saya meluangkan masa mendengar perkongsian insan biasa yang kini menjadi luar biasa bukan kerana $$$ dan status, tetapi kerana kehebatan beliau mengharungi kesusahan kepayahan dan kesukaran dalam mengejar PELUANG PERNIAGAAN DI ELKEN!

Bersama CCM Rohana Sulaiman, 10 tahun dalam perniagaan Elken. Siapa dia???
Kami berdua sama status, SURIRUMAH TANGGA. Tetapi jurang yang paling besar antara kami ialah keazaman dan tekad seorang surirumah tangga CCM kak Rohana ini, mengapai impian dengan peluang biz di Elken, beliau berjaya sampai ke tahap ini.


 Dahulunya seorang pekerja kilang Carsem, Jalan Lapangan Terbang di Ipoh. Berpindah ke Kuala Terengganu selepas berumah tangga dan bertemu dengan peluang Elken pada 10 tahun yang lalu.

Tanpa saudara mara, tiada kawan-kawan, kelompok sosial sangat terhad, tiada pendidikan tinggi, takde pengalaman perniagaan, semua pun TAKDE!! Tapi kini beliau dapat menarik nafas lega kerana berjaya menjana income sehingga RM36,000.00 sebulan!! Membeli kenderaan sendiri walau berstatus surirumah (takde payslip) dan membeli rumah berharga RM300,000 dengan pendapatan di Elken! Walau...

Sehingga kini masih seorang surirumah tangga!!!

Apa yang membezakan kami?? Seperti yang saya nyatakan di atas tadi...

AZAM TEKAD DAN IMPIAN YANG SANGAT BESAR!!


 Gambar di atas adalah anak-anak yang selalu beliau tinggalkan untuk keluar rumah melakukan sharing dan fieldwork. Kini salah seorang anak beliau yang berusia 19 tahun, sama-sama melakukan perniagaan Elken!!!

Sangat luar biasa peluang perniagaan Elken!! Bukan semata-mata kerana $$$$ dan status tetapi ia telah membina jati diri dan modal insan seorang surirumah dan ibu kepada anak-anak!

Kerana itulah juga saya melibatkan diri dengan perniagaan ini dan masih mahu bertahan sampai sekarang walau saya sendiri menghadapi cabaran paling hebat iaitu MEMPOSITIFKAN DIRI SENDIRI!!

Kata-kata kak Rohana membuka mata dan minda saya, jadilah ibu yang menjadi idola kepada anak-anak. Bila mereka dah besar nanti, bukan gambar pakwe atau gambar makwe yang mereka lekatkan di dinding bilik tetapi gambar kita ibu bapa mereka yang menjadi idola serta gambar kereta ferari, rumah banglo, dan gambar impian yang mereka nak capai ditampal di dinding bilik mereka.

Dengan peluang biz Elken, anak-anak kita juga menjadi pencetus semangat untuk sama-sama berjaya! Jadi, takdelah nanti mereka menconteng arang ke muka kita kerana tersalah pilih kawan di luar sana.

Kemudian, kata-kata kak Rohana membuka minda saya!

Jangan bila anak-anak dah besar nanti apa yang kita wariskan kepada mereka?? HUTANG KELILING PINGGANG, PENYAKIT KENCING MANIS, PENYAKIT DARAH TINGGI DSB kerana itu adalah penyakit keturunan??!

TAK MAHU!!! Saya tak mahu anak-anak saya mewarisi semua itu, maka kata-kata kak Rohana membuka mata dan minda saya untuk BERUBAH!!!

Anjakan paradigma perlu berlaku dalam hidup saya kerana masa depan anak-anak terbentuk dari didikan dan asuhan saya semenjak mereka kecil.

Permata Hati Ibu!

Monday, March 18, 2013

Siapa nak ikut saya???

Assalamualaikum... Selamat Pagi!!


Kalu hari ni saya katakan yang saya nak pergi jumpa jejaka-jejaka hensem dalam gambar nih, boleh tak? Ada sapa-sapa nak ikut ke??


Credit photo to Google.
 

Nanti saya bagitau anda macam mana caranya anda boleh ikut saya jumpa diorang... :D.

MOOD: RESTART AND RECHARGED!!

Thursday, March 14, 2013

Suplemen?? Perlu atau tidak??

Assalamualaikum... Selamat Pagi!!

Hari ni saya ingin berkongsi dengan anda tentang artikel yang boleh mempengaruhi pilihan anda untuk mengamalkan pemakanan suplemen atau pun tidak.
Artikel ini diterbitkan dalam akhbar Metro Ahad keluaran 28 Ogos 2011, bertajuk "Hargai makanan hasil semula jadi".
 Tetapi sebelum itu, saya pasti ramai yang berpendapat tidak perlu mengamalkan pemakanan suplemen kerana kita boleh mendapatkan kesemua keperluan khasiat daripada piramid makanan, dengan hanya memilih dan menyediakan hidangan tersebut.
Namun begitu tahukah anda keperluan untuk mengadakan sumber makanan pada zaman moden kini semakin mendesak. Apakah maksudnya itu?

Dalam artikel tersebut menyatakan bahawa,

"Dengan menggunakan teknik cepat dan berskala besar seperti modifikasi genetik, penggunaan baja kimia, racun serangga dan pelet makanan sintetik, hampir seluruh sistem makanan dunia dilimpahi produk makanan yang tidak lagi semula jadi dan boleh mengundang pelbagai masalah kesihatan disebabkan komposisi kandungannya yang diubahsuai."
Ini bermakna, sumber makanan kita pada hari ini seperti buah-buahan, sayur-sayuran, even beras hasil dari tuaian padi, ayam, ikan, daging dan sebagainya bukan lagi bersifat semula jadi 100%, akibat dari pengubahsuaian komposisi kandungannya itu.
Antara contoh-contoh kes yang berlaku di dunia ialah
"Insiden susu beracun yang melanda China dulu, penyakit lembu gila yang dikaitkan dengan daging mengandungi prion, sos beracun daripada Vietnam atau mi beracun daripada Indonseia dan pelbagai lagi kemelut seumpamanya adalah beberapa contoh jelas bagaimana bahan makanan yang asalnya dianggap selamat menjadi tidak selamat."

Keadaan seperti ini berlaku apabila...

"Disebabkan permintaan kepada makanan siap, segera dan enak sangat tinggi, konsep pemakanan sihat iaitu pemakanan semula jadi dari alam terus dipinggirkan kerana memberi laluan kepada produk makanan yang dikeluarkan secara massa oleh industri."

Jadi, apakah pilihan yang ada pada kita??

Menurut artikel tersebut yang ditulis oleh pakar iaitu Dr. Khalib Abdul Latiff, Profesor Promosi Kesihatan dari Pakar Perubatan Tingkahlaku, Pusat Perubatan UKM,

"Sumber makanan terbaik ialah yang langsung dari alam, yang hidup tanpa banyak dimanipulasi, diproses industri, yang fakta nutriennya stabil dan tak pernah berubah."

"...Jika ia dikomersialkan, pastikan nilai nutriennya masih kekal dan tidak dicampur aduk dengan bahan yang boleh mengganggu kandungan semula jadinya."

Daripada artikel ini, apa yang nak saya kongsikan sebagai seorang pengguna saya percaya kepada hak kepenggunaan yang diberikan kepada kita iaitu hak mendapat barangan dan perkhidmatan yang selamat, hak mendapatkan maklumat serta hak untuk mendapat pendidikan pengguna.

Saya memperolehi hak-hak tersebut apabila saya mengamalkan pemakanan suplemen ELKEN. Meaning bukan setakat beli dan makan je, makan dengan rasa selamat dan dapat manfaat yang baik.
Ini kerana dari hanya seorang individu biasa yang berkeinginan nak sihat dan cantik, saya diperkenalkan kepada Elken Spirulina (salah satu produk suplemen yang saya guna). Kemudian saya mendapatkan ilmu dan pendidikan tentang suplemen yang saya makan dari sistem pendidikan Elken contohnya Elken Spirulina Roadshow, apabila anak kepada pengasas Elken Spirulina, Dr Yasumasa Kodo datang ke Ipoh berkongsi tentang kenapa perlu makan Elken Spirulina dan juga dapat ilmu lain tentang MRT-Molecular Reform Therapy.

 Perlu atau tidak suplemen bagi anda, pilihan di tangan anda sendiri. Tepuk dada tanyalah hati nurani. Saya di sini hanya sekadar berkongsi sedikit pengalaman, ilmu dan sedikit pengetahuan yang saya perolehi.
"Sharing is Caring ma...."

Call/sms 017-5346280 for further consultation. 

Tuesday, March 12, 2013

Peluang datang tak bergolek....

Assalamualaikum... Selamat Pagi!!!

Hari ni nak berkongsi sedikit kisah kejayaan insan-insan terpilih yang mahukan perubahan dalam kehidupan.

Kenapa kena buat biz Elken???

Kerana......

Buat sesuatu pekerjaan yang membawa hasil yang BERBALOI.... 

Adakah anda merasakan apa yang anda buat hari ni hasilnya berbaloi??

Tepuk dada tanyalah hati nurani anda!

Peluang datang tak bergolek.... tapi peluang itu ada di sini!!

Calll/sms for free consultation 017-5346280.




Hadiah buat 2 permata hati saya, emak saya dan en. hubby... PERCUMA dari ELKEN!!!

Wednesday, March 6, 2013

Setiap yang hidup pasti akan pergi...

Assamualaikum... Selamat Pagi!!

Hari ni saya nak berkongsi isi hati saya untuk minggu lepas. Minggu lepas saya menerima 2 berita tentang pemergian ex-schoolmate dan juga bapa mertua selang sehari. 

Ex schoolmate, Yasnida Mokhtar meninggal pada 26 Feb 2013 akibat penyakit T-Cell Acute Lymphoblastic Leukimia (ALL) a.k.a Blood Cancer, yang mana pada ketika itu arwah mengandungkan anak ke 5 dan terpaksa digugurkan kandungan itu kerana risiko rawatan yang perlu dilalui.

Ikuti luahan suami kepada arwah tentang detik-detik sebelum pemergian arwah...

Assalamu’alaikum warohmatullahi wabarokatuh

Alhamdu Lillah, baru hari ini berkesempatan untuk menulis sedikit coretan setelah agak lama jugak keadaan terlalu genting dan sibuk. Diharap dengan sedikit coretan ringkas ini akan dapat menjawab sedikit sebanyak persoalan mengenai apa yang telah diuji kepada keluarga saya dan isteri terutama kepada yang baru mengetahuinya. Coretan ini juga diharap menjadi kenang kenangan dan pengubat rindu dengan arwah yang sentiasa dekat di hati saya, keluarga serta para sahabat2 dan kenalan beliau.

Izinkan saya bermula begini…

Sebenarnya, saya sekeluarga telah pulang ke Malaysia pada penghujung bulan disember 2012 yang pada masa itu ayah saya berada di ICU disebabkan colon cancer, kami pulang bagi menziarahi beliau dan seterusnya Yasnida membuat keputusan untuk terus berada di Malaysia bagi menyambung perkhidmatannya sebagai guru. Ini disebabkan tempoh cuti tanpa gaji beliau sudah hampir ke penghujungnya iaitu pada bulan Jun 2013 nanti. Beliau juga merancang untuk bersalin di dalam perkhidmatan dengan harapan untuk menyambung lagi cuti tanpa gaji selama 5 tahun lagi bagi memberi tumpuan sepenuhnya kepada keluarga. Pada ketika itu Yasnida mengandungkan anak kami yang ke-5 dan kandungan ketika itu telah berusia 5 bulan. Alhamdulillah.

Saya berangkat balik ke Saudi Arabia bersama anak sulung saya yang bersekolah di sini. Yasnida berada di Malaysia bersama tiga lagi anak2 kami. Begitulah perancangan kami

Sesungguhyan Allah amat sayangkan keluarga kami lebih dari apa yang kami sayangkan. Allahlah jua sebaik-baik perancang dan penentu segalanya. Pada pertengahan bulan Januari 2013, Yasnida mula mengalami masalah kesihatan, badan belia terasa lemah. Beliau merujukkan perkara tersebut ke O&G consultan di KPJ Ipoh Specialist, dan Doktor suspect Pregnancy Anemia sahaja yang berlaku lalu Doktor memberikan ubat2 tambah darah serta acid folic sahajalah. Saya jugak menjangkakan itu adalah alahan mengandung yang memang selalu berlaku kepada beliau sejak mengandungkan anak sulung lagi. Menjelang minggu yang seterusnya, Yasnida merasakan diri dia semakin lemah dan di sendiri yang memandu kereta ke KPJ Ipoh Specialist dan meminta doctor masukkan di ke wad dengan menegaskan di memerlukan rawatan, dia rasa terlalu lemah sangat. Doktor pun masukkan beliau ke wad dan membuat ujian darah secara terperinci dan merujukkan kes Yasnida kepada pakar Hematology. Doktor juga telah memasukkan beberapa pint darah bagi menstabilkan kembali darah beliau selama beberapa hari.

Allahu Akbar! Keputusan yang keluar memang memeranjatkan kami. Yasnida didiagnosed menghidapi T-Cell Acute Lymphoblastic Leukimia (ALL) a.k.a Blood Cancer. Doktor mempunyai keyakinan sebanyak 99% pada ketika itu dan meminta untuk melakukan Bone Marrow Test bagi mengesahkan lagi 1% keyakinan beliau itu. Maka Bone Marrow test pun dilakukan dan keputusannya memang ternyata beliau menghidapi penyakit tersebut dan doctor mencadangkan untuk membuat rawatan Kemoterapi secepat mungkin untuk menyelamatkan keadaan. Termat pedih lagi apabila doctor menyatakan bayi di dalam kandungan terpaksa digugurkan bagi member laluan kepada kimoterapi dan untuk menyelamatkan nyawa si ibu sendiri.

Pada ketika ini, saya sudah kembali ke Malaysia dan membuat keputusan untuk membuat second opinion ditempat lain.Yelah, keputusan yang perlu di ambil adalah amat penting dan amat mempengaruhi kehidupan keluarga kami pada masa akan datang, jadi kami perlu membuat kepastian yang jitu terhadap keputusan perubatan ini. Kami meneruskan second opinion di SIME DARBY MEDICAL CENTER, Subang Jaya. Sekali lagi ujian darah dilakukan dan keputusannya adalah sama juga dengan apa yang telah kami ketahui. Allahu Akbar! Pada masa ini doctor sudah mulai memberikan Yasnida Prednisolone (sejenis steroid untuk mengawal sel kanser yang sangat aggresif dan juga sebahagian dari kimoterapi itu sendiri).

Kami seterusnya merujuk perkara ini ke sebuah pusat Rawatan Islam, Perubatan Al-Hidayah yang mempelopori rawatan kanser mengunakan terapi Al-Qur’an. Perawat tersebut juga mengakui bahawa sel kanser yang dihidapi beliau amat aggresif katanya. Perawat tersebut memberikan air penawar dan beberapa petikan surah AlQur’an untuk di amalkan. Perawat juga mencadangkan isteri saya untuk membuat Kimoterapi kerana menurut beliau sel kanser sangat aktif di dalam badan Yasnida. Alhamdu Lillah, ada sedikit perubahan setelah melakukan terapi Al-Qur’an. Jari2 Yasnida agak kembali merah setelah terlalu pucat sebelum ini. Kami bersyukur.

Kami juga merujuk kepada Darussyifa’ di Puchong dan Bangi untuk mendapatkan rawatan tetapi rawatan menggunakan Kayu kenderak tidak dapat dilakukan kerana pada ketika itu Yasnida sedang mengandung. Panas katanya.

Kami telah bermesyuarat dan bersepakat sesama kami untuk berjuang habis habisan bagi merawat penyakit ini kerana inilah tanggungjawab kami. Keputusan telah diambil untuk bersetuju menggugurkan kandungan tersebut walaupun ia amat berat sekali. Terlalu berat tetapi kami sebenarnya tidak mempunyai banyak pilihan sangat pada ketika ini.

Seterusnya, saya merujukkan kembali isteri saya ke KPJ Ipoh Specialist bagi menggugurkan kandungan tersebut dengan hati yang cukup berat sekali. Alangkah terkejutnya kami lagi apabila KPJ Ipoh Specialist menolak kes ini kerana berisiko tinggi. Doktor menyatakan si ibu mempunyai risiko tertalu tinggi kerana keadaan seperti berikut.

1. darah ibu tidak normal ataupun tidak stabil di mana sel darah putih terlalu tinggi, darah merah terlalu rendah dan yang paling berbahaya ialah platlet juga terlalu rendah. Dikhuatiri sekiranya apa2 berlaku darah tidak dapat membeku semula.
2. Kandungan sudahpun bernyawa pada ketika itu walaupun masih tidah matang.
3. Si ibu sudah pun melakukan 2 kali C-Sec surgery untuk kelahiran yang sebelum ini. Ini memberikan risiko sekiranya si ibu perlu melakukan surgery lagi.
Doktor menolak kes ini ke Hospital Besar Ipoh setelah tidak sanggup mengambil risiko.

Di Hospital Besar Ipoh, Pakar O&G mengambil lebih kurang 3 hari untuk membuat keputusan bagi kes ini bersama2 pakar Hematology. Akhirnya keputusan di ambil untuk mengeluarkan bayi dengan menggunakan kaedah ubat Cervagem yang agak mengurangkan risiko. Tetapi sekiranya tidak Berjaya, kaedah C-Sec terpaksa juga dilakukan. Akhirnya, bayi Berjaya juga dikeluarkan melalui kaedah Cervagem ini.

Alangkah luluhnya hati si ibu apabila mendenga anaknya menangis dengan sekali teriakan tatkala bayi kami keluar kea lam fana ini. Allahu Akbar! Saya sendiri sempat mengazan serta iqamat bayi ini sebelum menghembuskan nafas terakhir. Yasnida sendiri tidak sanggup untuk melihat bayi ini kerana terlalu hiba sangat. Alhamdu Lillah, Nurul Iman binti Mohd Hashanizam telah selamat di kebumikan di Tanah Perkuburan Islam Simpang Pulai, Perak.

Seusai saja dua hari selepas bersalin, kami dengan kadar yang segera berangkat kembali Jubail untuk mendapatkan rawakan Kimoterapi bagi melawan penyakit kritikal ini. Kami sempat berehat semalam saja di rumah dan terus mendapatkan rawatan di Saad Specialist Hospital, Al Khobar, Saudi Arabia setelah berbicang dengan doctor. Sebelum berangkat, doctor telah membekalkan kami Prednisolone (steroid) bagi mengawal keadaan sehingga kami mendapatkan rawatan yang bersesuaian.

Sesampai saja di hospital, dektor membaca laporan dan seterusnya membuat pemeriksaan ke atas kes kami, doctor immediately, meminta Yasnida masuk wad pada 3 Februari 2013. Pemeriksaan tahap penerimaan kimoterapi dibuat dan doctor berpuas hati untuk melakukan kimoterapi. Disamping itu, pengesahan sekali lagi melalui Bone Marrow Test dilakukan oleh doctor.

Bermulalah kehidupan yasnida di dalam wad hospital. Beliau menanggung penyakit kritikan bersama sakit rindu yang teramat kepada permata hatinya yang ditinggalkan di Malaysia bagi berjuang untuk melawan penyakit ini.

Mungkin ramai yang bertanya, mengapa tidak melakukan kimoterapi di Malaysia saja, kenapa mesti berada di Saudi. Berikut mungkin boleh menjawab persoalan tersebut;

1. Arwah pernah menyatakan bahawa dia tidak sanggup untuk menghadapi penyakit kritikal ini dengan keadaan berjauhan dari saya. Yasnida memerlukan sokongan yang sepenuhnya dan berterusan dari pada saya. Memang, pada ketika ini, emosi beliau amat terganggu dengan kesdeihan kehilangan orang tersayang serta menghadapi ujian penyakit kritikal itu sendiri. Yasnida banyak termenung dan menangis kata ketika itu. Apabila di tanya, beliau menyatakan amat merisaukan apa akan terjadi pada anak2 dia apabila dia tiada. Allahu Akbar!
2. Banyak keputusan2 pentingyang memerlukan perbicangan terus di antara kami berdua perlu diambil. Kami kena sentiasa bersama.
3. Medical Insurance Coverage. Ya, Pantai Specialist Hospital mengenakan kos sebanyak RM 60k untuk satu kitaran kimoterapi. Sekiranya Berjaya, Yasnida mungkin memerlukan kira-kira 6 kitaran untuk menghabiskan keseluruhan kitaran kimoterapi. Kami memerlukan RM 360K untuk hal ini.

Dipendekkan cerita, Kimoterapi pun bermula sehingga ke minggu ketiga dari kitaran pertama. Sejak bermulanya kimoterapi, Yasnida ada mengadu yang badan dia terasa amat lemah sangat. Kita paham, memang itulah kesan perubatan kimoterapi yang perlu dihadapi.

Pada Jumaat 15 February 2013, saya dan anak sulung kami, Nurul amirah datang melawat beliau seperti biasa. Beliau nampak agak lemah tetapi masih ceria seperti biasa. Kami makan2 bersama di dalam bilik isolation beliau. Saya menyatakan kami perlu pulang cepat ke rumah, tak boleh lama2 kat hospital kerana bimbangkan ada jangkitan kepada beliau memandagkan darah putih beliau sudah menurun hingga ke sifar yang mana badan beliau tidak mempunyai pertahanan yang kuat untuk menghadapi sebarang jangkitan kuman sementelah pada ketika itu saya dan anak agak berasa sedikit selsema walaupin kami memakai penutup mulut dan pakaian yang bersesuaian sebelum masuk ke bilik isolation dia.

Saya menyuruh anak Nurul Amirah untuk bersalaman dengan mama nya sebelum pulang. Pada ketika itu, saya sudahpun berada di muka pintu untuk beransur pulang. Sengaja saya terus bersedia untuk balik dengan tidak mahu bersalam salaman dengan yasnida bagi mengelakkan sad moment kepada dia. Pasti dia akan menangis kerana terpaksa tinggal berseorangan. Saya tidak mahu dia menangis, saya mahu dia kuat, tabah dan kental menghadapi situasi ini. Tetapi beliau meminta sangat untuk bersalaman dengan saya sambil dari kejauhan menghulurkan tangan. Saya sendiri tidak sampai hati, dan terus menyambut tangan itu, Kami bersalaman.

Rupa-rupanya, itulah kucupan tangan terakhir seorang isteri kepada saya dan ciuman kasih terakhir seorang ibu kepada anaknya. Pada 17 february 2013, Doktor menelefon saya member tahu saya yang Yasnida berada dalam keadaan kritikal dan memelukan kebenaran saya untuk membuat pembedahan dileher bagi memasukkan saluran bantuan perubatan ke badan beliau. Ya Allah! Isteriku sudah jatuh koma mulai saat itu. Beliau tidak sedarkan diri kerana menghadapi serangan Septic Shock yang bermula dengan hypotension sehingga menyebabkan beliau berlu bantuan pernafasan sepenuhnya. Kedua2 buah pinggang beliau juga sudah rosak sehingga memerlukan dialysis 5 jam setiap hari bagi menyelamatkan keadaan. Mulai saat itu, kami tidak mendengar lagi suara dan senyuman mesra Nor Yasnida Mokhtar.

Pada 26 february 2013, setelah 8 hari berada di ICU, yasnida pergi menghadap Ilahi membawa meninggalkan seribu kenangan terindah serta suka duka hidup bersama.

Dikesempatan ini saya bagi pihak Arwah Nor Yasnida Binti Mokhtar, memohon ampun dan maaf setulus hati kami sekiranya ada sebarang kesalahan atau kesilapan sama ada sengaja atau tidak daripada semua. Pihak keluarga juga memohon maaf kepada semua pihak kerana sepanjang Yasnida terlantar di hospital sama ada di Malaysia ataupun di Saudi Arabia, Yasnida agak keberatan untuk menerima pelawat kerana menurut beliau, dia inginkan ketenangan untuk menghadapi rawatan ini. Ramai saudara mara serta kawan2 yang berhajat untuk berjumpa beliau tetapi terpaksa saya menolaknya atas permintaan arwah sendiri. Mohon Maaf.

Sekiranya juga ada sebarang hutang piutang juga daripada pihak arwah, diminta hubungi saya dengan kadar segera untuk urusan penyelesaian in shaa Allah.

Bagi pihak keluarga, ingin juga saya merakamkam Jutaan penghargaan dan terima kasih kepada Tuan2, Puan2 Saudara saudari, saudara mara, para sahabat baik di Malaysia, Saudi Arabia atau di mana jua yang sejak dari mula tidak putus2 mendoakan kesejahteraan ke atas arwah dan kami sekeluarga serta menghulurkan segala bentuk bantuan, sokongan kepada kami. Tidak termampu saya menyebutkan nama seorang demi seorang kerana terlalu ramai dan banyak bentuk pertolongannya. Hanya ALLAH jua lah yang dapat membalas budi baik kalian.

Sesungguhnya Allah datangkan ujian itu bersama dengan bantuannya. Kami merasa amat bersyukur sangat kerana bantuan itu dating dari sumber yang tidak di sangka sangka dari pelbagai pihak. Masya Allah! Subhanallah! Allah sangat sayangkan keluarga kami. Indeed.

Kami bersyukur kera dipertemukan dengan saudara2 yang sungguh budiman.

Semoga ujian ini menambah dekatkan kami kepada Mu ya Rabb!..

Sekian daripada saya, Salam Kasih salam Ksesyukuran

Kepada isteri tercinta, Abang doakan Yas ditempatkan dikalangan Orang2 yang solehah serta aman di sana hendaknya. Doa abang sentiasa bersama mu. Jika kunci syurga itu ada pada abang, telah lama abang serahkan kepadamu. Telah abang redho dan maafkan segalanya. Alhamdu Lillah.

Sekian. Sebuah coretan rasa.
 

Kemudian saya mendapat perkhabaran mengejut pemergian bapa mertua saya pada 28 Feb 2013.

Kematian itu pasti, dan tidak dilambatkan atau dicepatkan walau sesaat.. tetapi berita pemergian kedua2 arwah banyak memberikan saya pengajaran dan ilmu untuk meneruskan kehidupan.

Apabila saya menerima berita pemergian arwah Yasnida, dalam hati saya terus terdetik.. kenapa Allah tak mempertemukan kami?? Sekurang2nya saya dapat berkongsi tentang MRT bagi membantu merawat penyakit beliau. Tetapi Allah lebih sayangkan beliau. Saya redha....

Tentang abah mertua saya, saya pernah berkongsi tentang MRT dengan kakak ipar. Tetapi kakak ipar tidak menerima konsep rawatan MRT, saya redha juga tetapi hati saya lega kerana telah menjalankan tanggungjawab sosial memberikan pilihan kepada mereka untuk merawat abah selain bergantung sepenuhnya kepada perubatan moden. Abah mengidap kencing manis, darah tinggi, jantung dan sebelum meninggal abah didiagnos ada batu karang di buah pinggang dan tidak dapat membuang air besar dan air kecil selama 3 hari.

Peristiwa yang berlaku benar-benar membuka mata dan minda saya tentang keperluan saya melaksanakan tanggungjawab sosial untuk berkongsi dengan sesiapa sahaja di dunia ini tentang konsep Terapi Pembaharuan Molekul (MRT). Tidak kira sama ada anda mahu menerimanya atau tidak, asalkan saya langsai menjalankan tanggungjawab itu.

Jika sekiranya anda telah habis berikhtiar untuk merawat, menyembuhkan dan mengekalkan tahap kesihatan anda dengan perubatan moden dan suplemen sintetik di pasaran, dan anda mencari pilihan yang lain, Terapi Pembaharuan Molekul adalah pilihan terbaik!! Ini kerana ia mengajar kita memperbaiki tahap kesihatan badan dan kembali kepada fitrah asal iaitu
1. Kita perlu makan kerana dari makanan kita dapat khasiat untuk semua sistem organ berfungsi dengan baik.

2. Kita perlukan oksigen untuk hidup.

3. Kita perlukan air TULEN kerana 70% cecair dalam badan adalah air.

4. Kita perlukan support kesihatan rohani selain mengekalkan kesihatan jasmani.

Kesemua empat elemen ini ada dalam konsep MRT!!

Call/sms saya untuk perundingan yang selanjutnya.... 017-5346280.

Jom Follow Me