Assalamualaikum... Selamat Pagi!!!
Hari ni saya nak berkongsi tentang topik yang berkaitan dengan pemikiran, minda, minda bawah sedar, positif dan hukum tarikan.
Honestly, saya selalu mendengar terma LAW OF ATTRACTION (LAW) atau HUKUM DAYA TARIKAN, tetapi tidak pernah tau pun apa makna sebenarnya. Tetapi suatu ketika Elken mengadakan siri ceramah motivasi yang membicarakan topik ini, saya mula mengenali sedikit tetapi masih samar2 tentang maksudnya yang sebenar kerana saya menemui perkataan baru minda bawah sedar yang memainkan peranan besar dalam kehidupan harian kita.
Meneruskan pembacaan saya temui pula bab pemikiran dan minda positif. Ni pun biasa dok dengar orang sebut. Even dari zaman sekolah dulu pun selalu diterapkan pemikiran positif dan minda positif. Tetapi sejauh mana kita betul2 faham dan mampu untuk mengaplikasikan konsep dalam kehidupan harian kita.
Alhamdulillah... seperti kata orang putih... IT'S MY DESTINY! Saya temui hasil pencarian itu di sini... di ELKEN!
Setelah masuk tahun ke 3 baru saya betul2 menyelami erti dan maksud sebenar pemikiran, minda positif dan hukum tarikan. Dan kini saya cuba mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian yang mencabar dan penuh dugaan.
Saya menemui satu blog dan saya bersetuju dan percaya dengan statement ini..
"Lebih banyak kita merungut tentang sesuatu, maka akan lebih banyak perkara lain yang datang kepada kita untuk kita rungutkan.
Lebih banyak kita bersyukur,
memberi dan menghargai (positif), lebih banyak pula kita akan menerima
rezeki, penghargaan dan nikmat."
Lagi satu blog yang saya baca menyebut...
"Salah satu kaedah mudah dan berkesan yang kita lakukan dapat ialah
dengan mengurangkan atau membuang terus perkataan ‘jangan’, ‘tidak’, dan
‘bukan’ dalam kamus hidup. Ketika kita menggunakan perkataan perkataan
ini, kita sebenarnya sedang memberi perhatian dan kekuatan kepada apa
yang kita tidak inginkan. Tanya soalan ini dan jadikannya penyata yang
positif: “Apa yang saya inginkan?"
Kehidupan kita penuh dengan pelbagai pilihan tetapi ia berbalik kepada 2 perkara sahaja, iaitu BAIK atau BURUK, POSITIF atau NEGATIF. Itu sahaja!!
Sama ada anda memilih untuk meneruskan kehidupan dengan apa yang sedia ada... atau memilih untuk membuat sedikit perubahan dan menikmati kehidupan yang hanya sekali ini sahaja?? Tepuk dada tanya sama hati masing-masing...
Berbalik kepada topik hari ni, anda boleh google untuk mendapatkan tips-tips mudah untuk menjanakan pemikiran, minda positif dan bagaimana mengaplikasi hukum daya tarikan. Tak perlulah saya cerita di sini dengan panjang lebar.
Nak mengaplikasikan perkara ini dalam kehidupan tidak tertakluk semata-mata untuk tujuan mendapatkan kekayaan dan kejayaan dalam apa jua usaha kehidupan kita. Saya melihat yang paling penting adalah apabila kita mengaplikasikannya dalam mendidik PEMIKIRAN, MINDA DAN HUKUM DAYA TARIKAN terhadap anak-anak kita yang sedang dan makin membesar. Apakah pilihan yang kita berikan kepada mereka???
MENERUSKAN KEHIDUPAN??
atau
MENIKMATI KEHIDUPAN???
|
Center of my life |
I'm Sorry, Please forgive me, Thank you and I love you.