Kita bersama

Daisypath Anniversary tickers

Nur Ilyanie Najwa

Lilypie Kids Birthday tickers

Nur Ilyanie Najihah

Lilypie Kids Birthday tickers

Follow Me

Friday, January 26, 2018

#24:RAM

Assalamualaikum..

Sapa sini peminat RAM?
Kakyung salah sorang daripada peminat. Dah banyak kumpul buku-buku dia. Kat rak kakyung tu setakat ni ada lebih kurang 15 buah buku dari berbuku-buku yang ditulis RAM. 

Tak menyempat nak buat koleksi. 
Dalam banyak buku hasil tulis RAM, kakyung memang tabik spring kat idea dan luahan tulisan dalam siri Laksamana Sunan. Macam mana la kan RAM perah otak untuk hasilkan karya masterpiece macam tu.

Siri Tombiruo pun kakyung suka.
Pendek citer semua buku tulisan RAM kakyung suka la.

Fyi, RAM
Ramli Awang Murshid.


Friday, January 19, 2018

#23: Dah lama teringin

Assalamualaikum..

Dah lamanya teringin nak beli handbag dan kasut baru. Memang itu obsesi bagi wanita kan? Ada yang siap buat koleksi lagi tu..
Dulu-dulu zaman bujang kakyung pun salah sorang dari pengumpul kasut dan handbag. Bila dah berumah tangga dah tu ada anak-anak pulak, semua tu tinggal kenangan. Yang ada je, dah teruk dah tak leh nak dimanfaatkan baru ganti yang lain. Cenggitu la resam seorang ibu kan.


Friday, January 12, 2018

HAPPY NEW YEAR 2018

Assalamualaikum..

Diam tak diam dah masuk hari ke 12 di bulan yang pertama di tahun 2018. Anak-anak pun dah 2 minggu masuk sekolah. Alhamdulillah dalam proses penyesuaian diri pada jadual waktu baru.
Kak Long Najwa dah masuk tahun 4, sesi sekolah pagi.
Kak Ngah Najihah dah tahun 1, sesi sekolah pagi juga.
Tapi 2 beradik ni bersekolah di sekolah yang berlainan. Sengaja dirancang begitu untuk memudahkan pergerakan keluar masuk sekolah.
Sesi petang pulak Sekolah Agama Rakyat yang sama.


Untuk kakyung, alhamdulillah tahun 2017 meninggalkan kenangan pahit manis yang bermacam-macam. Yang pastinya banyak hikmah dan ibrah yang kakyung dapat bagi meneruskan azam di tahun 2018.
Resolusi 2018 yang kakyung nak kongsikan:
#1: ForGIVE to ForGET
#2: Program permbersihan kolam hati
#3: Redha, Sabar & Syukur
#4: Menjemput Rezeki
#5: Be the best version of yourself

Untuk tahun-tahun yang mendatang ada satu misi yang kakyung sedang usahakan. In Shaa Allah semoga ia dipermudahkan dan bila terlaksana kakyung akan terus istiqamah.. aamiin.

Biar gambar bercerita...


Jom Follow Me