Kita bersama

Daisypath Anniversary tickers

Nur Ilyanie Najwa

Lilypie Kids Birthday tickers

Nur Ilyanie Najihah

Lilypie Kids Birthday tickers

Follow Me

Showing posts with label Kesihatan Anak. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan Anak. Show all posts

Wednesday, January 9, 2013

Kelaparan Tersembunyi (Hidden Hunger)

Assalamualaikum.... Selamat Pagi!

Nak tanya sikit... pagi tadi apa hidangan sarapan pagi untuk anak-anak kita? Adakah mereka sempat bersarapan di rumah? Atau terus amik branch (breakfast+lunch) di sekolah saja? Kalu sempat bersarapan, apa yang mereka makan? Nasi goreng, Mee goreng, kue teow goreng, nasi lemak? Kalu makan di sekolah apa yang mereka makan? Cikedis? Kacang putih?

Tau tak sarapan pagi penting untuk anak-anak kita? Tapi, hari ni saya bukan nak berkongsi cerita tentang sarapan pagi, tapi saya nak berkongsi info isu yang dialami oleh anak-anak kita sekarang iaitu 'kelaparan tersembunyi' @ hidden hunger.

Apa itu kelaparan tersembunyi??

"...situasi dinamakan ‘kelaparan tersembunyi’ yang digunakan oleh penyelidik sebagai menggambarkan faktor kekurangan makanan yang tidak boleh diperhatikan." 

 "...keadaan itu sama seperti kanak-kanak yang dilihat sihat, tapi mereka sebenarnya kekurangan nutrien seperti vitamin D, kalsium dan beberapa komponen lain diperlukan ketika mereka membesar."


 Walaupun kita melihat anak-anak membesar dengan sihat dan aktif bermain (bermaksud tiada sebarang komplikasi penyakit kronik seperti sakit jantung, kencing manis, kanser dsb), tetapi mereka mengalami 2 kemungkinan keadaan iaitu:

  • Makan secara berlebihan (Obesiti)
Kumpulan kanak-kanak yang mengalami berat badan berlebihan adalah mereka yang berumur antara 7 hingga 13 tahun. Kanak-kanak yang makan secara berlebihan akan menjadi gemuk apabila dewasa. Kajian menunjukkan bahawa keadaan ini boleh meningkatkan risiko mereka menghidap penyakit seperti diabetes (kencing manis) dan hipertensi (tekanan tinggi) apabila usia mereka meningkat. Berlebihan berat badan atau kegemukan juga menyebabkan mereka menjadi lebih prihatin terhadap penampilan diri dan boleh menimbulkan perasaan rendah diri.

  • Kekurangan zat makanan (Malnutrisi)
Kanak-kanak dianggap kurang mendapat zat makanan apabila mereka tidak mendapat cukup tenaga daripada makanan. Ini juga boleh mengakibatkan kekurangan pengambilan pelbagai nutrien penting. Kanak-kanak ini lebih mudah mendapat jangkitan dan selalunya tidak mencapai potensi pertumbuhan yang optimum.


Bagaimana keadaan 'kelaparan tersembunyi ini berlaku? Walaupun kita dah bagi mereka makan yang 'secukupnya'. Cuba kita semak 3 keadaan di bawah, adakah ia berlaku kepada anak-anak kita??


1.    Tidak mengambil sarapan
Satu dalam setiap tiga murid sekolah rendah tidak mengambil sarapan. Apabila anak-anak anda tidak mengambil sajian pertama yang penting dalam sehari, mereka tidak mendapat cukup tenaga untuk membolehkan mereka cerdas dan memberi tumpuan dalam kelas. Mereka juga menjadi lesu dan mudah merasa letih.

 2.    Snek tidak sihat
Empat daripada sepuluh murid sekolah rendah mengambil snek setiap hari. Tabiat makan snek yang tidak sihat, sama ada mengambil snek terlalu hampir dengan waktu makan atau mengambil snek dengan kalori tinggi dan nutrien rendah seperti kentang goreng, coklat dan gula-gula, boleh mengganggu selera anak-anak untuk makan sajian yang sihat apabila tiba waktu makan.

 3.    Gaya hidup santai dan kurang aktiviti fizikal
Dua daripada lima murid sekolah rendah tidak aktif. Semakin ramai kanak-kanak menghabiskan masa lapang mereka dengan aktiviti santai seperti menonton televisyen, membaca, dan leka dengan permainan komputer/elektronik. Tiada perbezaan besar antara kanak-kanak bandar dan luar bandar.


Jika ya, kita takde pilihan selain daripada mengakui keadaan anak-anak kita kini sedang 'kelaparan'!

Persoalannya bagaimana cara kita sebagai ibu bapa membantu mengatasi permasalahan anak-anak kita kini? Menurut artikel dalam akhbar Berita Harian, bertarikh 01/01/2013,

Panduan pemakanan sihat

* Ibu bapa boleh bertanya kepada doktor atau pakar pemakanan mengenai nutrien yang baik dan berkesan untuk anak.

* Tegah anak daripada mengambil makanan ringan mahupun yang berlemak.
* Pastikan anak mendapatkan makanan seimbang atau mengandungi vitamin penting untuk kelangsungan proses pembesaran.
* Galakkan anak minum susu dalam diet harian.
* Atur jadual pemakanan anak seperti menu yang baik.
* Ibu bapa tentukan jenis menu bukan ikut selera anak.
* Sediakan snek sihat seperti buah-buahan atau salad sayuran jika keluar dalam tempoh yang lama.
* Didik anak gaya hidup sihat.


Salah satu rujukan yang kita boleh gunakan untuk amalan pemakanan sihat adalah berdasarkan Piramid Makanan Malaysia.


Namun begitu, mampukah kita memenuhi keperluan HARIAN anak-anak kita berdasarkan Piramid Makanan ini jika gaya hidup ibu bapa itu sendiri sibuk dan tidak mempunyai masa yang cukup untuk menyediakannya??

Sebagai seorang ibu, saya ingin kongsikan pengalaman dan tips yang saya amalkan. Saya akui, saya bukanlah ibu yang rajin memasak di dapur. Saya masak ikut keperluan, masak sarapan masak lunch dan bila perlu saya sediakan tambahan untuk dinner.

Wawa adalah seorang 'picky eater', untuk usia dia 5 tahun ni, tak banyak menu yang boleh saya sediakan untuk dia. Salah saya juga sebab takde nak cari ilmu atau tanya orang cara nak deal kanak-kanak picky eater. Wawa sangat tidak suka makan buah-buahan dan sayuran. Ada masa la dia mahu. Lebih banyak masa yang dia tak mahu. Tentang snek, saya lebihkan dia makan roti, biskut dan sajian snek masak sendiri contohnya roti hotdog ke, roti telur ke. Junk food?! Dilarang sama sekali!!! Saya sangat menjaga.

Najihah adalah budak suka makan apa saja. Cuma yang pedas-pedas dia tak leh terima. Buah sayuran dia mau makan, senang la jugak nak sediakan menu untuk dia.

Apa yang saya amalkan.. Breakfast MESTI walau sekeping roti. Junk food Dilarang sama sekali (ada masa teringin tu bagi la jugak..tapi terkawal), saya kurangkan bagi gula-gula sebagai snek, tetapi saya bagi coklat dalam kadar sederhana. AIR SUAM (air tulen) MESTI diminum lebih dari air manis. Makan nasi at least sehari sekali sama ada makan tengah hari atau malam. Dan lagi satu, saya akan pastikan mereka makan ELKEN SPIRULINA SETIAP HARI! Wawa 3 biji telan, adik 2 biji (kadang-kadang berbiji-biji) kunyah.



 Ramai ibu bapa memilih untuk memberikan suplemen (multivitamin, vitamin C, dsb) sebagai pilihan alternatif termasuklah saya sendiri. Melalui pengalaman peribadi, ELKEN SPIRULINA adalah makanan pilihan terbaik untuk diberikan kepada anak-anak bagi mengatasi situasi 'kelaparan tersembunyi'.

Ini kerana khasiat yang terkandung di dalam ELKEN SPIRULINA terbukti mampu memenuhi keperluan nutrien anak-anak SETIAP HARI. Saya tak kata bergantung sepenuhnya kepada suplemen, tetapi makanan pilihan terbaik paling mudah diperolehi dan diberikan kepada anak-anak, di samping mengamalkan pemakanan sihat mengikut piramid makanan Malaysia adalah ELKEN SPIRULINA. Anda boleh google SPIRULINA untuk tau khasiatnya tetapi kenapa kena pilih ELKEN SPIRULINA dalam banyak-banyak yang ada di pasaran? Itu leh saya citerkan di sini dan leh direct call/sms saya di talian 017-5346280.

Saturday, October 13, 2012

Jihah Diserang Sekali Lagi!

Assalamualaikum.. Selamat Pagi!

Pada 06 Oktober 2012, Jihah mula mengalami batuk. Hati mula rasa tak tenang. Esoknya 07 Oktober ajak En. Hubby gi bahagian kecemasan utk pemerikasaan lanjut bl pagi tu saya dapati batuk Jihah agak keras dan tanda nafasnya laju mula kelihatan dan demam tak kebah-kebah.

Jihah di bawa ke Bahagian Kecemasan di GH Ipoh, doktor amik X-ray dan Ujian darah. Yang peliknya dh dapat result darah tanpa ada penjelasan apa2 dari doktor, saya ikut je kata doktor pergi ke bahagian farmasi utk amik ubat. Ubat yg diprekripsikan ialah ubat demam, ubat batuk dan antibiotik.

Keesokkan harinya 08 Oktober 2012, saya tgk pagi tu nafas Jihah turun naik sangat cepat dan panas badannya tak kebah2 dari malam saya bagi ubat demam, saya bawak sekali lagi ke Bahagian Kecemasan. And lastly lepas doktor lain check, dia mintak saya tinggal di ward utk pemerhatian selanjutnya.

Dah masuk ward doktor yang membuat review awal, mendiagnos Jihah ada masalah berkaitan paru-paru. Atau lebih tepat ada jangkitan bakteria di paru2 atau perkataan doktor Bronchopneumonia atau Bacterial Pneumonia.

Hari kedua di hospital Jihah nampak sangat lemah dan most of the time dihabiskan dengan tidur dan tidur je. Rasa sebak jugak tgk sebab dia seorang yg aktif dan lasak and nakal at all time waktu dia sihat.





Dalam tahun ni saja Jihah dah masuk hospital 2 kali. Satu pada bulan Feb yg lepas diagnos sebagai Acute Bronchitis. Dan kali ni kena sekali lagi dengan jangkitan yg berbeza.

Jangkitan kali ni berbeza kerana melibatkan jangkitan bakteria. Serta simptom yg agak lebih sikit dari sebelumnya iaitu suhu badan Jihah panas dan demam lambat kebah. Kaedah rawatan kali ni Jihah diberikan antibiotik, ubat demam, oksigen dan juga nebulizer. Di samping tu, saya tetap bagi MRT treatment kepada dia. Kaedahnya sama jugak macam masa mula2 kena dulu Spirulina, Kington, AOII, Air Tulen dan Guasa.








Mungkin ada yg bertanya kenapa dah makan produk MRT, tapi masih lagi kena penyakit?? Nak tau secara lanjut ajukan terus pertanyaan tu kepada saya melalui call/sms 017-5346280, saya boleh terangkan dengan details ttg pertanyaan itu.

Alhamdulillah, Jihah sangat kuat semangat melawan infection itu. Pada hari ke-3 di hospital, dia dah menunjukkan tanda2 penyembuhan seperti demam dah mulai kebah dan batuk serta pernafasan dah berkurangan dan semakin stabil.

Utk pengetahuan anda, kebanyakan anak2 yg masuk ke wad pediatrik itu adalah disebabkan masalah kesihatan yg sama demam dgn suhu tinggi, jangkitan paru2 dan paling ramai yg dtg sebab asma.

Saya percaya ibu2 semua sayangkan anak2. Jadi, berikan mereka khasiat yg terbaik utk membantu upgrade sistem pertahanan badan mereka yg belum cukup matang utk melawan penyakit berjangkit. Jika sedari awal dh ditemui simptom2 luar biasa pada anak2 terutama sekali kekerapan membuang air besar (contohnya kalu 2 atau 3 hari sekali baru membuang) dan rupabentuk najis yg tidak sihat (berketul2, keras dan warna hitam serta berbau sangat busuk), cepat2 dapatkan nasihat doktor ataupun boleh berhubung dengan saya utk perkongsian ilmu dan pengalaman dengan MRT.

Thursday, September 20, 2012

Take Good Care of our Child

Assalamualaikum.. Selamat pagi!

Hari ni saya dikejutkan dengan penemuan sebuah account FB yg membuat hati saya bagai disayat2 dan lidah kelu utk berkata2 melainkan menyebut kalimah Allahuakhbar!!

Saya tahu anda lebih arif dan lebih mahir tentang dunia IT (information technology). Tetapi walau saya sesekali meluangkan masa menjengah ke dunia siber, saya tak mampu menahan hati dan perasaan bila dikejutkan dengan berita2 yg melibatkan anak2 kita.

Anak2 ibarat sehelai kain putih, kitalah yg mencorakkan warna di atas kain putih itu. Namun apalah daya bagi keluarga itu jika sekiranya telah tercorak warna bagi anak-anak istimewa yg lahir ke dunia?

Cerita saya hari ni sangat pendek, pesan saya, berikan yg terbaik buat anak2 kita. Jika kita berkira2 tentang nak melabur pakaian berjenama dan mewah atau paling tidak kasut dan baju baru utk mereka. Atau pun berkira2 nak melabur sebuah percutian keluarga yg sukar dilupakan atau melabur gadget2 terbaru utk mereka. Sediakan sedikit ruang utk membuat pelaburan bagi tujuan kesihatan mereka itu yg lebih penting.

Pastikan anak2 kita tidak sekadar menjamah nasi+telur goreng+kicap (kerana mereka tak suka makan sayuran dan buah-buahan) semasa makan tengah hari atau menjamah burger dan kentang goreng McD atau ayam goreng KFC untuk makan malam, atau minum air sirap, oren atau air Ribena atau air MILO setiap masa.

Pastikan kekerapan pergi ke tandas utk detoksifikasi dan pastikan rupa bentuk tinja anak2 kita itu sihat (mungkin ada yg fikir ia tidak penting) kerana ia menentukan tahap kesihatan anak2 kita.

Pastikan air yg diminum adalah air yg sihat dan bukan air yg sakit.

Untuk diri saya, saya akan pastikan anak2 tidak menjamah jajan dan minum minuman yg manis setiap masa. Kalu dah selera berkira bila nak makan sayuran dan buah2an, makanya saya berikan mereka ELKEN SPIRULINA sebagai makanan kesihatan tambahan. Minum air suam setiap masa dan setiap hari tanya soalan ini, "Wawa ada buang air besar (dlm bahasa sopannya) hari ni? Wawa dah buang air kecil ke belum??"

Jangan ambil ringan tentang tahap kesihatan mereka, cara yg plg berkesan utk menilainya ialah dengan melihat kekerapan ke tandas dan juga bentuk tinja mereka. Kerana usus mereka yg sihat akan menentukan tahap kesihatan diri mereka.



Love to see their happy face!!

Sama2 kita mendoakan semoga anak2 istimewa yg lahir ke dunia ini mendapat rahmat dan keberkatan dari Allah.. Semoga mereka semua cepat sembuh!! Ibu2 yg terlibat semoga kalian tabah dan bersabar atas ujian kecil Allah, kalian adalah supermom!



Thursday, March 15, 2012

Pelaburan yg mana lebih baik???

Assalamualaikum...

Hari ni saya ingin berkongsi dengan anda tentang cerita PELABURAN.

Apa itu PELABURAN??

Yang senang kita nak faham, kita keluarkan $$$ untuk sesuatu perkara dan dengan harapan akhirnya mendapat keuntungan atau pulangan balik (lagi bagus dpt pulangan $$$ berganda) dari pelaburan tersebut.

Dalam konteks entri saya kali ni ada 2 jenis pelaburan saja yg ingin saya bualkan dan saya ingin tahu yg mana satu menjadi pilihan kita?

Yang pertama kita melabur contohnya untuk diri sendiri dan anak2.


Melabur $$$ untuk teknologi terkini






Melabur $$$ untuk pakaian berjenama
Apakah pulangan balik yang kita perolehi di masa hadapan?

Adakah ia suatu pelaburan yg baik dan tepat??

Cuba kita fikirkan kembali, jika kita telahpun melabur sebahagian $$$ untuk barangan di atas dan tak lama kemudian ditakdirkan anak2 atau ahli keluarga kita mengalami masalah kesihatan (kita tidak pernah meminta tetapi dalam zaman sekarang segalanya mungkin akan berlaku). Persoalannya sekarang, apakah persediaan yg telahpun kita lakukan untuk menghadapi kesulitan tersebut???

Semalam saya menonton slot Bersamamu TV3. 

Sebuah keluarga nelayan mempunyai 8 org ahli keluarga. Seorang bapa bertungkus lumus bekerja sebagai nelayan, membantu menternak lembu, mengutip kelapa dan membaiki enjin bot. Seorang ibu tidak mampu bekerja menghidapi masalah kesihatan KANSER PANGKAL RAHIM TAHAP 4,  hanya mampu menangis mengenangkan nasib yg bakal menimpa 6 orang anak dan beliau memerlukan perbelanjaan besar untuk rawatan penyakit tersebut. 6 orang anak berumur 12 tahun dan yg bongsu baru umur setahun jagung, masing-masing masih lagi mentah dan tidak faham dengan masalah dan kesulitan yg membelenggu keluarga.

Jadi apa pilihan kita????


Pelaburan yg pertama???


Atau....

Pelaburan yg kedua??

Melabur $$$ untuk kesihatan seisi keluarga dan akhirnya mendapat manfaat dan pulangan balik berbentuk KESEJAHTERAAN HIDUP dan KEWANGAN BERGANDA $$$$.


Sama2 kita berfikir sejenak, renung2kan dan selamat beramal!!


INGAT!!! 



Anak2 dan keluarga adalah harta yg tidak ada nilai pajak gadainya dan tidak boleh ditukar beli...












P/s: Jika anda berminat nak buat pelaburan dalam bidang yg kedua, sila hubungi saya 017-5346280.

Thursday, February 16, 2012

Bila dh nak terkena....

Assalamualaikum semua..

Alkisah kisah dalam kehidupan saya seorang ibu kepada 2 orang princess yg comel. Bila dah nak terkena.. apa nak dikata...

Citer nya bermula dengan kisah ini Acute Bronchitis. 


Pada 1 Feb 2012, Najihah demam panas mula batuk2 yg luar dari kebiasaan. Sebelum tu kakak Wawa demam dulu, tp alhamdulillah sembuh and demam berkurangan. Berjangkit kat Najihah pulak sehingga batuk berlarutan selama 2 3 hari, paling teruk di waktu pagi and malam kengkadang je batuk. Tp yg plg merisaukan saya, nampak nafasnya turun naik SANGAT LAJU!

Saya ambil precaution step bagi dia supplemen such as ELKEN SPIRULINA, KINGTON, GUASA dan IG6. Batuk masih tidak berkurangan. Demamnya pulak saya ambil langkah lumur seluruh badan ngan air asam jawa, urut badan dia dgn minyak ARO GUASA dan buat urutan GUASA di bahagian meridian paru2.

Pada 3 Feb 2012, saya bawa Najihah ke bahagian kecemasan dan trauma di Hospital Permaisuri Bainun utk pemeriksaan lanjut.

Mula2 diambil darah, diberikan bantuan oksigen (bahagian yg plg dia tak suka and buat batuknya menjadi2 sebab menangis) dan diambil X-ray di bahagian paru2. Akhirnya Najihah admitted to ward, due to pneumonia (mula2 di kesan).

Dush!!!! Hati risau gundah gulana sebab tak penah terfikir akan warded. Kakak Wawa yg selalu demam pun tak penah lagi warded. Najihah di tempatkan di wad pediatrik. Ramai gak kanak2 dan bayi yg masuk ke wad itu disebabkan faktor yg sama mcm Najihah. Mula2 tgk, rasa takut pulak tangan comel Najihah di cucuk jarum utk masukkan air or ubat.

Hari pertama 4hb Feb 2012, review olh doktor kata ada jangkitan virus di paru2 Najihah. Mana pulak dpt virus tu??? Menurut doktor faktor persekitaran dan bawaan udara... Ntah le kat mana Najihah di bawa sampai terkena virus tu. Rawatan diberikan hanya ubat batuk sahaja. Alhamdulillah tak kena cucuk kat tangan. 

Ada kes seorang kanak2 2 tahun diberikan antibiotik melalui tangan 2 kali sehari selama dia duduk di wad tu dh seminggu. Setiap kali diberikan antibiotik, mesti budak tu nangis. Ye la sakit tau bila masuk antibiotik dlm tangan!! Sian dia....

Hari kedua baru disahkan yg Najihah terkena Acute Bronchitis tu. Diberikan rawatan nebulizer untuk permudahkan dia bernafas sprt biasa. Nampak ada perubahan dan pernafasannya tak lagi laju.

Hari ketiga, Najihah demam dan tak dibenarkan balik so kena tinggal lagi satu malam untuk monitor demam. Masih lagi diberikan ubat batuk dan ubat demam sahaja.

Each day kat hospital saya tak sekali pun mengurangkan pemberian suplemen (as an alternative treatment) kepada Najihah. Saya beri dia minum air tulen (Air RO yg dibawa dari rumah, tak sekali pun saya bagi minum air di hospital), Kington, Spirulina, IG6, Guasa dan sapu dada keseluruhan badan dengan minyak Aro Guasa dan air asam jawa untuk turunkan suhu panas badan.

Alhamdulillah hari keempat, berita yg dinanti2kan. Najihah dibenarkan discharged pada 6 Feb 2012. Jangkitan virus dh kurang, paru2 dah tak de bunyi, pernafasan dh ok, batuk dh kurang, dh takde demam.

Nasihat saya, berikan makanan yg berkhasiat untuk memperkuatkan sistem imun anak2. Penyakit zaman sekarang dh tak kenal usia. Seorang kanak2 berumur 2 tahun pun boleh kena penyakit kencing manis (satu wad dengan anak saya). Najihah yg dilahirkan dan membesar dengan sihat, pun boleh terkena. Jadi bila dah terkena.... so sebelum terkena baiklah kita ambil langkah berjaga2.

Sekian.

AO Max saya bagi bila dh balik umah lps discharged

Kington

Aro guasa oil digunakan bersama semasa saya buat urutan guasa

IG6 untuk meningkatkan fungsi sistem imun dan menyembuhkan jangkitan virus tersebut

Merawat semula sel yg rosak

Kayu guasa yg digunakan untuk urutan


Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi saya 017-5346280.

Tuesday, December 7, 2010

Rotavirus

Rotavirus????

Apa tu??

Adik beradik ngan cikedis ROTA ke??









Nak tau lanjut sila ke sini


SAYA YANG SUSAH HATI


and leh mendalamai ilmunya di sini


ROTAVIRUS


P/s: Mencegah itu lebih baik dari mengubati.

Tuesday, November 9, 2010

Rasa kesal yang tak sudah...

Tahun ni merupakan tahun yang sangat mencabar buat aku kerana dah hampir 10 kali Wawa berulang ke KK (Klinik Kesihatan), sebab demam, selesama dan batuk.

Baru bulan lepas aku bawak Wawa ke KK, bulan nih sekali lagi Wawa dijangkiti virus selesema.

Aku pun dh naik fed up!! Bukan fed up nak berulang ke KK tuh, fed up sebab asyik kena selesema jek... Bukan pe, aku kesian sangat tengok dia.

Kali nih aku degilkan diri tak mo pegi KK, aku ikhtiarkan perkara lain seperti elakkan tidur pakai kipas direct, banyakkan minum air masak, belikan Vitamin C Appeton utk dia and bagi dia makan beberapa jenis supplemen lain.

Tak mo la asyik bergantung harap pada ubat KK jek.

BUT...

ALLAH knows better...


Malam tadi terkena batuk le pulak. Aku pun fening lalat la...

Nak tak nak aku terpaksa hapuskan kedegilan aku tuh utk bawak Wawa ke KK SEKALI LAGI!!!

Selesema, Batuk... nyah kau dari badan Wawa!!!!!

Sangat suke picca nih sbb dpt capture wajah Wawa yang ketawa sampai nampak gigi


Inilah dia agaknya bahana apabila anak2 disusukan dengan susu lembu...

Aku rasa menyesal yang tak sudah sebab gagal memberikan yang terbaik buat Wawa.

P/s: Hanya susu ibu penawar yang menyembuhkan...

Sunday, October 3, 2010

See.. I told ya!!!

Baru semalam aku bercerita tentang bayi tersedak susu dalam n3 nih. Dan aku dengan pasti dan yakin menyatakan bahawa punca bb mati tersedak susu nih tak lain dan tak bukan KECUAIAN dan KELALAIAN (hah kau!! amik! sebesar2 alamnya aku tulis).

Hari nih kuar citer pasal punca bayi tersedak dengan tajuk artikel tuh "RISIKO TERSEDAK SUSU: KECUAIAN IBU BAPA, PENGASUH TAK ENDAH TEKNIK PENYUSUAN BOTOL PUNCA TRAGEDI".

See... I told u so...

Baca sampai perabis berita nih kat sini


http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Risikotersedaksusu/Article/index

Dalam artikel tuh dia ada bagi tips yg perlu dielakkan masa menyusukan bayi. Aku nak tambah satu lagi...

JANGAN BAGI BAYI MENYUSU BOTOL SEMASA DI DALAM BUAIAN (yang sedang dihenjut).




P/s: To Deena Awanis, rasanya n3 sy nih dh menjawab soklan awak tentang tips nak elakkan bb dari tersedak susu (selain dari burp kan bb tuh).


Saturday, October 2, 2010

Lagi.. lagi tersedak susu... Ngerinye!!!

Lagi lagi citer bb tersedak susu... lagi lagi citer tersedak susu.

Aku pulak yg jadi takut. Dan rasa NGERI sangat2.

Sebelum2 nih bb tersedak susu dalam jagaan pengasuh atau semasa berada di Taska. Tapi kali ni lagi teruk sebab bb tu tersedak susu dan meninggal dunia semasa dalam jagaan bapanya sendiri!!! Subhanallah!!!

Sememangnya kita tak layak nak membahaskan tentang soal kehidupan dan kematian. Orang mungkin berkata "Nak buat macam mana, dah ajal dia sampai dengan cara begitu." Itu adalah statement yang sangat cliche...

Tapi dalam kes tersedak susu kali nih aku pasti punca utama nya ialah LALAI.

Ibu bapa atau sesapa pun yang menguruskan budak2 memang tak boleh LALAI langsung. Sebab budak2 tak kisah le umur 6 tahun pun masih budak2 tak akil baligh dan tidak mampu berfikiran secara matang (membezakan baik dan buruk sst perkara).

Apatah lagi bb yang berusia 5 bulan!!!! Apa yang dia tau????

Nauzubillah... tak tau nak komen pe dah...

Leh baca lanjut kat sini

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Bapaterkejutbayijadibiru/Article


P/s: Adakah ini berkaitan ngan cara kita tak 'burp'kan bb tu selepas dia menyusu (tak kira la susu FM ke BM ke)??

Kesan pengambilan ubat pada kanak2

Credit MyMetro Online

Baru kejap tadi aku terbaca berita tentang gambar kat atas nih. Sangat2 menakutkan. Tapi nasib baik la budak dalam gambar tu selamat.

Kalu nak tau lebih lanjut leh terjah http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Bayiberpeluhterlebihdos/Articleh kat sini.

Cuma persoalaannya di sini:

1. Macam mana hospital pakar leh buat kesalahan mcm nih?

2. Selama2 nih kita menyuap anak kita dengan dadah tapi nak buat macam mana kalu itu saja jalan dan cara untuk menyembuhkan penyakit anak-anak kita.

3. Apa yang boleh kita lakukan sebagai ibu bapa untuk menghalang perkara seperti ini dari berlaku??

Melihatkan apa yg dilalui oleh anak sendiri, aku percaya dan yakin SUSU IBU sahaja lah penawarnya.

Jom Follow Me