Kita bersama

Daisypath Anniversary tickers

Nur Ilyanie Najwa

Lilypie Kids Birthday tickers

Nur Ilyanie Najihah

Lilypie Kids Birthday tickers

Follow Me

Showing posts with label Biskut Raya. Show all posts
Showing posts with label Biskut Raya. Show all posts

Thursday, June 30, 2016

Tutorial Penuh untuk orang yang nak belajar baking

Assalamualaikum... Morning!

Alhamdulillah dah selesai membakar biskut raya untuk tahun ni. Dapat la buat 8 jenis resepi biskut raya dengan modal kurang RM150.00. Dan setiap satu jenis dapat buat paling banyak 200 biji. Berbabaloikan! Harus belajar buat biskut raya sendiri.

By the way masa tengah google cari resepi biskut raya guna majerin saya terjumpa satu web address ni yang saya rasa sangat bagus infonya untuk kita-kita yang baru berjinak-jinak dalam dunia pembakingnan.

Cuba terjah tengok kat sini tau. Sangat informatif!


 

Monday, June 27, 2016

Ceritera orang yang tak pernah buat biskut raya

Assalamualaikum.... Morning!!

Dalam hidup kita ni setiap perkara pasti ada 1st step, langkah permulaan untuk kita buat apa pun mesti mula dengan niat. Semenjak dah duduk umah sendiri, saya pasang niat setiap tahun raya saya nak buat kuih sendiri. Tahun pertama saya mulakan misi ni tahun 2015, alhamdulillah permulaan yang baik.

Alhamdulillah jugak tahun 2016, saya mulakan misi ni dengan inisiatif sendiri, tetapi dengan pemantauan dari Mak mentua. Nak belajar kena la ada mentor kan... So hasilnya selepas 2 hari bertungkus lumus.

Ta da!!!!

Gigih berusaha! Nampak tak latarnya di situ...heheh

Semperit in the making....

Biskut Badam Nestum

Biskut Sarang Semut

Almond London Sebelum dan sesudah itu...

Nyum...Nyum!


 Alhamdulillah, yang paling seronok dapat belajar buat biskut favorite yang sebelum ni kalau nak makan beli kat kedai bila ada budget je, takde budget tak de la merasa. Alhamdulillah pasni leh makan sepuas-puasnya!!

By the way nak citernya, bila buat sendiri biskut raya ni baru la dapat rasa perasaan orang-orang meniaga jual biskut raya tu. Terutama sekali biskut almond london tu. Senang buat tetapi memerlukan kesabaran tahap tinggi sebab apa? Cuba le buat sendiri baru tau... hehehehe.

Dah 2 kali buat biskut raya sendiri fahamlah saya asas nak buat biskut ni sama je adunannya cuma yang membezakan tu tambahan bahan-bahan sampingan seperti Nestum, serbuk koko, oat, badam, etc. Saya pun pilih buat biskut yang mudah dan barang yang diperlukan murah dan senang diperolehi. Bahan utama tepung gandum, mentega, majerin (5 biskut guna mentega, ada 2 lagi guna majerin sebab nk jimat.. hehehe), telur, tepung jagung dan esen vanila.

 Pengalaman setahun sekali memang seronok rasanya. By the way ni la ekspresi diri orang yang tak pernah memasak tetiba kena belajar buat sendiri biskut raya. Teruja terlebih sudah!! Hehehe....

Thanks kepada kawan-kawan yang share resepi mereka di Internet. Sangat-sangat membantu.

Friday, June 24, 2016

Azam 2016: Biskut Raya

Assalamualaikum.... Morning!!

Hari ni nak kongsi cerita tentang persediaan menyambut Syawal. Tahun lepas kali pertama dalam seumur hidup buat kuih raya, citer lanjut baca sini. Tahun ni dan insya Allah tahun seterusnya menjadi azam tahun baru untuk buat invention kuih raya dengan jari jemari Ibu Ilyanie. Hahahahaha!! (gelak orang jahat)

Untuk Syawal 2016, dah prepare beberapa resepi dan dah pun beli barang-barang untuk buat biskut raya. Cadangannya nak buat kuih semperit (alhamdulillah menjadi tahun lepas kali ni kita buat lagi), biskut chocolate chip, cornflakes coklat, biskut sarang semut (siyes!! mula-mula idak le tau ni biskut apa, anak yang sulung request... so tahun ni kita cuba try test okey! hehe), biskut badam nestum, popia mini dan one more.. jeng3x nak try buat biskut almond london u!!!

 Confident level ada dalam 75%, so kita tengok la nanti hasilnya ye.... Tunggu!!

Saturday, August 15, 2015

Great Achievement 2015

Assalamualaikum.... Selamat Pagi!!!

Setiap orang ada melalui kisah pencapaian yang dibanggakan. Even baby pun akan diraikan pencapaiannya bila dah boleh berjalan dan bercakap.

Kali ni nak share dengan korang kisah pencapaian kecil aku pada hari raya tahun ni, 2015. Citer nya sejak dari zaman bujang tak pernah pun berasap dapur atau berbau biskut, kuih atau kek raya bila nak dekat2 raya. Selalunya mak akan tunjuk-tunjukkan kat kedai je. Bila dah kahwin dok serumah dengan mak mentua, baru merasa dapur oven berasap dan berbau biskut raya kat umah bila dah nak dekat-dekat raya tu.

Untuk tahun ni, bila dah duduk rumah sendiri lagi pulak nak save budget nak tak nak, reti tak reti, tau ke tak tau kena buat jugak la biskut raya tu. Alhamdulillah... Menjadi la 5 jenis biskut raya dari air tangan Ibu Ilyanie sendiri. Since kami anak beranak gemor bebenor biskut chocolate base ni, maka jadilah biskut badam nestum, biskut badam bercoklat, biskut koko, biskut jejari bercoklat (dah abis dah biskut-biskut ni) dan jangan tak tau dengan tangan Ibu Ilyanie menjadi jugak buat biskut semperit you!!

Moralnya, jangan kata tak tau, tak reti, tak pernah buat, tak pernah belajar buat makanya tak boleh nak buat biskut raya ni. Sebabnya aku pernah cuba buat biskut raya jadi keras macam batu, buat kek ke tong sampah akhirnya. Kena berani dan jangan putus asa, terus mencuba tau. Usaha tangga kejayaan!

Jom Follow Me