Kita bersama

Daisypath Anniversary tickers

Nur Ilyanie Najwa

Lilypie Kids Birthday tickers

Nur Ilyanie Najihah

Lilypie Kids Birthday tickers

Follow Me

Showing posts with label Elken Spirulina. Show all posts
Showing posts with label Elken Spirulina. Show all posts

Saturday, June 18, 2016

Superfood: Blue Green Algae

Assalamualaikum... Selamat Pagi!!

Saya dah lama join Elken sejak 2010 dan dah 6 tahun saya mengamalkan Elken Spirulina. Alhamdulillah gastrik dan sakit kepala kronik yang saya alami masa zaman remaja dan zaman student dah hilang 100%. Alhamdulillah juga masalah hormon tak stabil, sengugut dan jerawat teruk pun dan pulih.

Selama saya berkongsi dengan orang ramai tentang Elken Spirulina, banyak respon yang saya dapat. Antaranya "jenis cecair ke?", "spirulina  tak sedap rasanya", "orang kata makan spirulina tak elok sebab ada bahan tercemar", "saya makan spirulina badan rasa panas, muka naik jerawat etc...". Semua respon tu betul. Mak saya mkn spirulina demam. Saya makan spirulina gastrik 100% sembuh.

Nak makan spirulina mula-mula kena ada ilmu. Means kena dapatkan info dari seorang yang pakar dan bertauliah tentang bidang sayur pra sejarah ni. Bukan semata-mata guna konsep "orang kata....". Orang yang kata tu siapa?  Sangat rugi bila kita just ambil info dari bukan orang yang sepatutnya.

 Then bila dah ada info dan ilmu mesti la cuba, rasa dan makan sendiri dulu. Sebab bila dah makan, dah cuba dah rasa baru kita tau apa kesan Elken Spirulina tu kepada diri kita sendiri. Nak makan pun jangan berkira berapa biji nak cuba. Ambil 5 biji sehari, amalkan selama 6 bulan dan tengok apa yang kita rasa dan lihat apa kesannya. Kenapa 6 bulan? Sebab tempoh dan jangka hayat sel darah merah adalah 4 bulan, baca sini. Bila kita makan selama 6 bulan, dalam 4 bulan sel darah merah yang mati dan rosak akan disingkirkan di limpa kita dan kemudian sel darah merah baru yang mengandungi khasiat Elken Spirulina terhasil, jadi dari itulah masa yang paling baik nak tengok kesan perbezaannya. Sangatlah tidak berbaloi, jika kita makan dalam masa seminggu sahaja lepas tu kata Elken Spirulina tak berkesan.

Bila ada ilmu kita cuba, rasa dan makan selepas itu kita akan faham. Saya dah makan spirulina 6 tahun, saya dah belajar dan saya dah rasa dan saya dah faham kenapa kena makan. Sebab tu saya terus mengamalkan Elken Spirulina sampai sekarang.





Moral of the story, jadi pengguna yang bijak.

Wednesday, February 11, 2015

Apa yang saya buat dalam biz Elken?

Assalamualaikum... Selamat Pagi!!

Bila bercakap tentang biz direct selling, fokus utama adalah mesti menjual, promot produk, menjual produk, customer dan membeli. Terma-terma ni selalu dikaitkan dalam biz direct selling. Untuk orang yang terlibat dengan biz direct selling ni pulak, nak tahu yang seseorang tu berjaya mesti kena ada income besar, ramai downline dan pangkat tinggi.

Tetapi tahukah anda di Elken, semua itu adalah petunjuk-petunjuk palsu yang menentukan kejayaan dalam biz direct selling???

Walaupun dah masuk tahun ke 5 dalam dunia Elken, dalam biz network Elken, saya masih baru dan mentah dalam selok-belok perniagaan ini. Setiap hari saya belajar...belajar dan belajar lagi untuk menjadi lebih baik dari semalam.

Jadi apa yang saya buat dalam biz Elken?

Kerja saya setiap hari ialah mempromosikan gaya hidup sihat, gaya hidup MRT:

1.Pencegahan lebih baik dari mengubati

2. Reverse treatment (rawatan berbalik) for CKD, cardiovascular, Cancer, etc

3. Terapi- Rawatan tanpa ubat (free drugs treatment)

4. Gaya hidup sihat gaya MRT- 4 langkah penjagaan kesihatan

Pengedar Sah Elken
(ID no: 101000000724)
Call.SMS.Whatsapp: 017-5346280
Email: puteri_hannan@yahoo.com
Blog: puterihannan.blogspot.com

Wednesday, January 9, 2013

Kelaparan Tersembunyi (Hidden Hunger)

Assalamualaikum.... Selamat Pagi!

Nak tanya sikit... pagi tadi apa hidangan sarapan pagi untuk anak-anak kita? Adakah mereka sempat bersarapan di rumah? Atau terus amik branch (breakfast+lunch) di sekolah saja? Kalu sempat bersarapan, apa yang mereka makan? Nasi goreng, Mee goreng, kue teow goreng, nasi lemak? Kalu makan di sekolah apa yang mereka makan? Cikedis? Kacang putih?

Tau tak sarapan pagi penting untuk anak-anak kita? Tapi, hari ni saya bukan nak berkongsi cerita tentang sarapan pagi, tapi saya nak berkongsi info isu yang dialami oleh anak-anak kita sekarang iaitu 'kelaparan tersembunyi' @ hidden hunger.

Apa itu kelaparan tersembunyi??

"...situasi dinamakan ‘kelaparan tersembunyi’ yang digunakan oleh penyelidik sebagai menggambarkan faktor kekurangan makanan yang tidak boleh diperhatikan." 

 "...keadaan itu sama seperti kanak-kanak yang dilihat sihat, tapi mereka sebenarnya kekurangan nutrien seperti vitamin D, kalsium dan beberapa komponen lain diperlukan ketika mereka membesar."


 Walaupun kita melihat anak-anak membesar dengan sihat dan aktif bermain (bermaksud tiada sebarang komplikasi penyakit kronik seperti sakit jantung, kencing manis, kanser dsb), tetapi mereka mengalami 2 kemungkinan keadaan iaitu:

  • Makan secara berlebihan (Obesiti)
Kumpulan kanak-kanak yang mengalami berat badan berlebihan adalah mereka yang berumur antara 7 hingga 13 tahun. Kanak-kanak yang makan secara berlebihan akan menjadi gemuk apabila dewasa. Kajian menunjukkan bahawa keadaan ini boleh meningkatkan risiko mereka menghidap penyakit seperti diabetes (kencing manis) dan hipertensi (tekanan tinggi) apabila usia mereka meningkat. Berlebihan berat badan atau kegemukan juga menyebabkan mereka menjadi lebih prihatin terhadap penampilan diri dan boleh menimbulkan perasaan rendah diri.

  • Kekurangan zat makanan (Malnutrisi)
Kanak-kanak dianggap kurang mendapat zat makanan apabila mereka tidak mendapat cukup tenaga daripada makanan. Ini juga boleh mengakibatkan kekurangan pengambilan pelbagai nutrien penting. Kanak-kanak ini lebih mudah mendapat jangkitan dan selalunya tidak mencapai potensi pertumbuhan yang optimum.


Bagaimana keadaan 'kelaparan tersembunyi ini berlaku? Walaupun kita dah bagi mereka makan yang 'secukupnya'. Cuba kita semak 3 keadaan di bawah, adakah ia berlaku kepada anak-anak kita??


1.    Tidak mengambil sarapan
Satu dalam setiap tiga murid sekolah rendah tidak mengambil sarapan. Apabila anak-anak anda tidak mengambil sajian pertama yang penting dalam sehari, mereka tidak mendapat cukup tenaga untuk membolehkan mereka cerdas dan memberi tumpuan dalam kelas. Mereka juga menjadi lesu dan mudah merasa letih.

 2.    Snek tidak sihat
Empat daripada sepuluh murid sekolah rendah mengambil snek setiap hari. Tabiat makan snek yang tidak sihat, sama ada mengambil snek terlalu hampir dengan waktu makan atau mengambil snek dengan kalori tinggi dan nutrien rendah seperti kentang goreng, coklat dan gula-gula, boleh mengganggu selera anak-anak untuk makan sajian yang sihat apabila tiba waktu makan.

 3.    Gaya hidup santai dan kurang aktiviti fizikal
Dua daripada lima murid sekolah rendah tidak aktif. Semakin ramai kanak-kanak menghabiskan masa lapang mereka dengan aktiviti santai seperti menonton televisyen, membaca, dan leka dengan permainan komputer/elektronik. Tiada perbezaan besar antara kanak-kanak bandar dan luar bandar.


Jika ya, kita takde pilihan selain daripada mengakui keadaan anak-anak kita kini sedang 'kelaparan'!

Persoalannya bagaimana cara kita sebagai ibu bapa membantu mengatasi permasalahan anak-anak kita kini? Menurut artikel dalam akhbar Berita Harian, bertarikh 01/01/2013,

Panduan pemakanan sihat

* Ibu bapa boleh bertanya kepada doktor atau pakar pemakanan mengenai nutrien yang baik dan berkesan untuk anak.

* Tegah anak daripada mengambil makanan ringan mahupun yang berlemak.
* Pastikan anak mendapatkan makanan seimbang atau mengandungi vitamin penting untuk kelangsungan proses pembesaran.
* Galakkan anak minum susu dalam diet harian.
* Atur jadual pemakanan anak seperti menu yang baik.
* Ibu bapa tentukan jenis menu bukan ikut selera anak.
* Sediakan snek sihat seperti buah-buahan atau salad sayuran jika keluar dalam tempoh yang lama.
* Didik anak gaya hidup sihat.


Salah satu rujukan yang kita boleh gunakan untuk amalan pemakanan sihat adalah berdasarkan Piramid Makanan Malaysia.


Namun begitu, mampukah kita memenuhi keperluan HARIAN anak-anak kita berdasarkan Piramid Makanan ini jika gaya hidup ibu bapa itu sendiri sibuk dan tidak mempunyai masa yang cukup untuk menyediakannya??

Sebagai seorang ibu, saya ingin kongsikan pengalaman dan tips yang saya amalkan. Saya akui, saya bukanlah ibu yang rajin memasak di dapur. Saya masak ikut keperluan, masak sarapan masak lunch dan bila perlu saya sediakan tambahan untuk dinner.

Wawa adalah seorang 'picky eater', untuk usia dia 5 tahun ni, tak banyak menu yang boleh saya sediakan untuk dia. Salah saya juga sebab takde nak cari ilmu atau tanya orang cara nak deal kanak-kanak picky eater. Wawa sangat tidak suka makan buah-buahan dan sayuran. Ada masa la dia mahu. Lebih banyak masa yang dia tak mahu. Tentang snek, saya lebihkan dia makan roti, biskut dan sajian snek masak sendiri contohnya roti hotdog ke, roti telur ke. Junk food?! Dilarang sama sekali!!! Saya sangat menjaga.

Najihah adalah budak suka makan apa saja. Cuma yang pedas-pedas dia tak leh terima. Buah sayuran dia mau makan, senang la jugak nak sediakan menu untuk dia.

Apa yang saya amalkan.. Breakfast MESTI walau sekeping roti. Junk food Dilarang sama sekali (ada masa teringin tu bagi la jugak..tapi terkawal), saya kurangkan bagi gula-gula sebagai snek, tetapi saya bagi coklat dalam kadar sederhana. AIR SUAM (air tulen) MESTI diminum lebih dari air manis. Makan nasi at least sehari sekali sama ada makan tengah hari atau malam. Dan lagi satu, saya akan pastikan mereka makan ELKEN SPIRULINA SETIAP HARI! Wawa 3 biji telan, adik 2 biji (kadang-kadang berbiji-biji) kunyah.



 Ramai ibu bapa memilih untuk memberikan suplemen (multivitamin, vitamin C, dsb) sebagai pilihan alternatif termasuklah saya sendiri. Melalui pengalaman peribadi, ELKEN SPIRULINA adalah makanan pilihan terbaik untuk diberikan kepada anak-anak bagi mengatasi situasi 'kelaparan tersembunyi'.

Ini kerana khasiat yang terkandung di dalam ELKEN SPIRULINA terbukti mampu memenuhi keperluan nutrien anak-anak SETIAP HARI. Saya tak kata bergantung sepenuhnya kepada suplemen, tetapi makanan pilihan terbaik paling mudah diperolehi dan diberikan kepada anak-anak, di samping mengamalkan pemakanan sihat mengikut piramid makanan Malaysia adalah ELKEN SPIRULINA. Anda boleh google SPIRULINA untuk tau khasiatnya tetapi kenapa kena pilih ELKEN SPIRULINA dalam banyak-banyak yang ada di pasaran? Itu leh saya citerkan di sini dan leh direct call/sms saya di talian 017-5346280.

Thursday, June 28, 2012

KISAH JEREBU, DURIAN DAN RAMADHAN

Assalamualaikum dan Selamat Pagi!!!!!

Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi kerana sifatNya yg Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang telah mengurniakan nikmat hujan petang semalam. Alhamdulillah.. Bumi perak dibasahi hujan sampai tido malam tadi pun tak perlu berkipas... Sejuk!!!

Makanya berlalulah sudah bencana alam JEREBU yg menyelubungi bumi Malaysia sejak dari awal bulan Jun yang membawa cuaca panas terik selama berminggu2 smpi rumput2, pokok2 habis menguning.

Tak cantik pemandangan ini

Berbanding gambar ini yg sangat cantik pemandangannya sebab tak berjerebu
 Saya paling tak suka bila berlakunya jerebu nih... sebab bukan sahaja masalah kesihatan apa segala.. tp sy tak suka bau busuk udara yg tercemar tu!! 

Tapi alhamdulillah syukur semuanya dh berlalu.

Tak lama lepas citer jerebu datang, ramai la org yg kena sakit demam batuk dan selesema termasuklah kedua2 anak saya. Skrg datang dah musimnya yg boleh membantu meningkatkan jumlah kehadiran di hospital2 dan klinik2 (tak kisah le swasta or kerajaan).

Siapa suka ini???

Raja segala buah-buahan
 Saya tak suka makan buahnya, tapi suka juga hidu baunya. Cuma mampu makan hasil dari buahnya, cth tempoyak, cucur durian, kuah durian dsb. Jadinya bila ipar duai berkumpul menikmati kenikmatan raja buah ini, saya lak duk melayan baunya saja. Huhuhhu.. dh try dh tp takleh masuk le rasanya ke lidah saya. Kalu kata sambal tempoyak gulai tempoyak memang 2 kali tambah le nasinya.

Semalam saya pergi berkongsi dengan kawan di Kampar, Perak. Sepanjang perjalanan penuh di kiri kanan jalan gerai2 menjual buah durian. Biasanya kalu ada raja buah ni mesti ada rambutan, duku langsat dan jugak buah manggis kan.

Credit Picca
 Lagi satu tinggal sebulan je umat Islam akan menunaikan rukun Islam yg ketiga. Berpuasa di Bulan Ramadhan. Tapi selalunya persediaan yg kita buat bukan utk menghadapi bulan Ramadhan. Sebab apa time ni le ada kawan2 kita yg promo utk tempah baju raya, kuih raya, cup cake raya dan kek raya.

Macam mana pun itu satu permulaan yang baik utk kita memperolehi keberkatan bulan Ramadhan yg biasa org kata Bulan Murah Rezki.

Di sini saya ingin berkongsi persediaan yg boleh dilakukan utk menghadapi bulan Ramadhan yg penuh cabaran (sebab bertembung dengan buah durian).

Amalkan pemakanan yg sihat tau, jangan le bulan puasa ni masih nk pulun berbuka dengan buah durian atau bersahur dgn buah durian.. Pening perut nak digest nanti. Ye la waktu siangnya perut kosong bila berbuka diisi pula dengan makanan yg bersifat berasid.

Jadinya amalkan 20 hingga 30 biji sehari ELKEN SPIRULINA ketika bersahur, ditambah dengan memakan buah kurma dan banyak minum air suam semasa berbuka dan bersahur.

Ini kerana ELKEN SPIRULINA mengandungi 46 jenis nutrien yg diperlukan badan semasa bulan Ramadhan (sebab tak makan siang jd badan kehilangan banyak nutrien perlu), kemudian ia bersifat 100% alkali yg memenuhi keperluan badan yg memerlukan pemakanan bersifat asid cuma 20% sahaja dan juga ia 100% bersifat organik (certified organik).


 
Jadikan bulan Ramadhan anda bulan utk berdiet dgn cara yg sihat.

Selamat Menghadapi Ibadah Puasa!!

I'm Sorry, Pls forgive me, Thank You, I Love u

Wednesday, April 4, 2012

KENAPA ELKEN SPIRULINA??

Assalamualaikum...

Saya mula mengamalkan pemakanan makanan kesihatan tambahan (health supplement) pada tahun 2010. Pada ketika itu saya hanya mengikut kawan yg memperkenalkan saya kepada ELKEN SPIRULINA. Selama saya mengandungkan Najihah, saya tak pernah tinggal setiap hari saya akan makan 10 hingga 15 biji. Sehingga saya bersalin pada Januari 2011 dan seterusnya berpantang, saya masih makan tetapi tanpa mengetahui nature of the product dan kebaikan sebenar ELKEN SPIRULINA itu. Kira makan sebab ikut kata kawan produk ni bagus je la.. :D.

Sepanjang mengamalkannya saya tak penah mengalami apa2 tanda kecuali saya mulai perasan yg badan saya tidak boleh menerima fast food dan makanan yg mengandungi lemak, minyak, garam dan gula berlebihan. Tetapi pada ketika tu saya masih belum nampak kebaikan sebenar ELKEN SPIRULINA.

Sampai pada satu ketika, Feb 2012, saya menyertai MRT Camp, dan dari situ saya mula mengenali nature of the product dan kebaikan sebenar ELKEN SPIRULINA. Dan kini saya percaya 100% kepada produk ini dan sangat teruja utk berkongsi kebaikannya dengan sesiapa sahaja (sebab ia boleh diamalkan oleh setiap lapisan umur ibu mengandung, bayi, kanak2, org dewasa, warga emas, golongan yg menghidap sebarang jenis penyakit berjangkit dan kronik).

Dan juga perkongsian oleh generasi kedua kepada pengasas ELKEN SPIRULINA iaitu Prof Yasumasa Kodo pada hari Isnin lepas 2 April 2012, telah menambahkan kepercayaan saya pada produk ini. Bayangkan anak kepada pengasas (Pengasasnya Prof Keiun Kodo) dari Jepun datang sendiri ke Ipoh bersua muka utk berkongsi kebaikan ELKEN SPIRULINA kepada khalayak umum!! Memang luar biasa!!!


Prof Yasumasa Kodo


Jadi apakah kebaikan dan kelebihan ELKEN SPIRULINA berbanding yg sedia ada di pasaran?

Untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut, boleh dengan cara di bawah ye...

hubungi no 
017-5346280

atau

jenguk FB saya 

Ibu Ilyanie (Fatin Hamamah)

atau


Di bawah adalah salah seorang testimonial ELKEN SPIRULINA yg menggunakan produk ini utk menyelamatkan anaknya yg lahir pra matang pada berat kelahiran 1.1kg dengan pelbagai komplikasi kesihatan termasuk 'blue baby'.

Ini gambar anaknya sebelum (iaitu semasa anak beliau lahir pra matang).

Bapanya sendiri berkongsi di atas pentas

Keadaan baby ini semasa diberikan ibu susu badan mengunakan tiub. Beserta pelbagai wayar yg berselirat di tubuh si kecil ini.


Selepas mengamalkan ELKEN SPIRULINA sejak dilahirkan mengalami komplikasi kesihatan, kini membesar seperti kanak2 normal lain dan menurut bapanya anak beliau mempunyai IQ yg sgt berbeza dari adik beradiknya. Ini kerana kandungan Vitamin B12 (makanan utk perkembangan otak) yg terkandung di dalam ELKEN SPIRULINA.

Wajah berpuas hati seorg bapa.


Lagi satu testimoni kuat ELKEN SPIRULINA...

Nur Ilyanie Najihah, budak kecik yg comel licik dan nakal...

Dilahirkan dgn berat 3.25kg, sihat alhamdulillah and takde jaundis (tak perlu susah2 ke klinik setiap hari utk check jaundis).

Sangat bijak, walau baru berusia 1 tahun 3 bulan, perangai dh mcm budak umur 2 tahun. Sangat pandai mengikut arahan, aktif, lasak, licik, nakal dan penuh agenda propaganda (terutama bila berebut mainan ngan kakaknya).

Senyuman yg mencairkan hati...


Jom Follow Me