Kita bersama

Daisypath Anniversary tickers

Nur Ilyanie Najwa

Lilypie Kids Birthday tickers

Nur Ilyanie Najihah

Lilypie Kids Birthday tickers

Follow Me

Showing posts with label KEHIDUPAN. Show all posts
Showing posts with label KEHIDUPAN. Show all posts

Monday, December 5, 2016

Uncle David..bukan David Beckham sebenar

Assalamualaikum... Selamat Pagi!!

Uncle David bukan David Beckham sebenar sebab semangat hidupnya tak boleh menyamai Uncle David yang sebenar.

Citernya...Selasa lepas saya berpeluang mendengar temubual dalam rancangan Wanita Hari Ini. Temubual tu adalah bersama dengan Uncle David. Cerita Uncle David ni saya pernah tengok kat dalam Majalah 3 sebelum ni tentang dia seorang tua yang menjual pelbagai soft toys di kaki lima sebuah bank. Uncle David bukan selebriti, tetapi dia menjadi viral di laman sosial kerana kisahnya. Apa yang menarik saya nak kongsikan hari ni ialah... secebis kisah dari pengalaman Uncle David ni yang buat saya rasa termotivasi.

Kisahnya begini...seperti yang Uncle David citerkan.
"Satu hari ada seorang yang nak sumbangkan RM300 kepada Uncle David sebagai wang ihsan kerana kasihan melihat nasib Uncle David. Wang RM300 tu Uncle David tak ambil sebagai wang ihsan, tetapi ditukar sebagai wang hasil jualan 30pcs soft toys kepada orang tu. Kata Uncle David soft toys yang dibeli tu dermakan kepada rumah anak yatim atau orang tua-tua. Kemudian tak lama lepas tu orang yang nak bagi duit kat Uncle David tu datang dan mengucapkan terima kasih kepada Uncle David sebab dia berasa amat gembira dapat mendermakan 30pcs soft toys yang dibeli tu kepada rumah orang-orang tua. Melihat wajah gembira orang-orang tua yang menerima hadiah soft toys tu buat dia rasa gembira, kata si penderma tu."
Kisah ni buat saya termotivasi untuk buat kebaikan setiap hari... 
"A day a good deeds."



Nota kaki: Kisah Uncle David http://www.worldofbuzz.com/soft-toy-uncle-shares-lifes-story-will-absolutely-break-heart/

Thursday, April 21, 2016

Ingat 5 sebelum 5

Assalamualaikum... Selamat Pagi!

Dua hari lepas 19 April 2016, saya dikejutkan dengan berita pemergian sepupu saya yang muda berumur 27 tahun. Masa menziarah ke rumah emak saudara, saya diceritakan yang arwah tidak menunjukkan tanda-tanda sakit yang serius tetapi 2 hari sebelum arwah pergi, keadaannya nampak seperti tidak sihat tetapi tanda-tanda demam tidak kelihatan. Arwah berasa panas (walaupun badannya tidak demam) muntah-muntah, kurang selera makan. Dari cerita kakaknya, arwah didiagnos menghadapi jangkitan kuman di paru-paru dan merebak ke seluruh organ termasuk di bahagian otak.

Untuk kita yang beragama Islam, kematian itu pasti dan hidup itu Insya Allah. Setiap yang dilalui arwah itu asbab kepada kematian beliau. Tetapi kita yang masih hidup ini patut menjadikan ia sebagai satu pengalaman.

Ingat 5 sebelum 5.. Salah satunya kesihatan sebelum kesakitan.

Kadang-kala mati boleh bagi kita inspirasi untuk hidup.
Jika sihat jangan anggap diri kita tak sakit. Jika kita tak sakit jangan anggap diri kita takde penyakit. Berhati-hati dengan tanda-tanda awal KEMEROSOTAN FUNGSI ORGAN kita... Badan kita unik, sebelum jumpa doktor badan kita dah tunjuk tanda-tanda diri kita tidak berada dalam keadaan kesihatan yang baik (separa sihat). Soalnya Adakah kita nak tunggu masa doktor yang bagi tau "pankreas awak ada masalah, kolestrol dalam darah terlalu tinggi, salur darah tersumbat, awak ada masalah dengan jantung...." Nauzubillah.... Pilihan di tangan kita, takde ilmu kita sama-sama belajar. 



P/s: Salah satu kesan guasa ialah menunjukkan simptom penyakit.

Monday, April 20, 2015

Bila kita dah tua nanti...

Assalamualaikum... Selamat Pagi!

Bila kita dah tua nanti macam mana la agaknya keadaan kita ye..? Sekarang ni pun tak berapa nak muda sangat dah pun, cuma kita rasa masih muda sebab badan masih kuat, sakit belum datang, makan minum boleh tibai semua, kudrat masih kuat, kulit belum kedut dan masih bertenaga.

Cuba renung sejenak, bayangkan keadaan kita bila kita dah tua nanti...

Credit pic to google


 

 

Thursday, November 13, 2014

What are you waiting for????

Assalamualaikum... Selamat Pagi!!!

What are you waiting for???

What are you waiting for wow oh (oh oh oh)
What are you waiting for wow oh (oh oh oh)
Are you waiting on a lightening strike
Are you waiting for the perfect night
Are you waiting till the time is right?
What are you waiting for wow
Don't you wanna learn to deal with fear
Don't you wanna take the wheel and steer
Don't you wait another minute here
What are you waiting for wow
What are you waiting for wow oh
You gotta go and reach for the top
Believe in every dream that you got
You only living one so tell me?
What are you, what are you waiting for?
You know you gotta give it your all
And don't you be afraid if you fall
You only living one so tell me?
What are you, what are you waiting for?
Are you waiting for the right excuse?
Are you waiting for a sign to choose
While your waiting it's the time you lose
What are you waiting for wow? (What are you waiting for wow)
Don't you wanna spread your wings and fly?
Don't you wanna really live your life?
Don't you wanna love before you die?
What are you waiting for wow?
What are you waiting for wow?
You gotta go and reach for the top
Believe in every dream that you got
You only living once so tell me
What are you, what are you waiting for?
You know you gotta give it your all
And don't you be afraid if you fall
You only living once so tell me
What are you, what are you waiting for?
Tell me what your waiting for (Tell me what your waiting for)
Show me what your aiming for (Show me what your aiming for)
What you gonna save it for? (What you gonna save it for?)
So what you really waiting for? (So what you really waiting for?)
Tell me what your waiting for (Tell me what your waiting for)
Show me what your aiming for (Show me what your aiming for)
What you gonna save it for? (What you gonna save it for?)
So what you really waiting for? (So what yo
Everybody's gonna make mistakes
But everybody's got a choice to make
Everybody needs a leap of faith
When are you taking yours?
What are you waiting for wow?
You gotta go and reach for the top
Believe in every dream that you got
You only living once so tell me
What are you, what are you waiting for?
You know you gotta give it your all
And don't you be afraid if you fall
You only living once so tell me
What are you, what are you waiting for?
You gotta go and reach for the top
(What are you) What are you waiting for wow?
Believe in every dream that you got
What are you, what are you waiting for?
You know you gotta give it your all
What are you, what are you waiting for wow?
You only living once so tell me
What are you, what are you waiting for?
What are you, what are you?
What are you, what are you waiting for?
What are you, what are you
What are you, what are you waiting for?

Monday, November 10, 2014

Falsampah...Ops! Falsafah D>U>I>T

Assalamualaikum... Selamat Pagi!!

Hari ni entry sentap sikit... Minta maaf bebanyak dulu kalau ada yang tersinggung...

Hari ni nak citer pasal D>U>I>T.

Jika kita bertungkus lumus mencari duit di masa muda...ia tidak lagi dapat membeli masa muda kita bila kita dah tua nanti.

Jika kita bertungkus lumus mencari duit ketika kita sihat.... belum tentu ia dapat beli kesihatan yang baik bila kita dah jatuh sakit nanti.

Jika kita bertungkus lumus mencari duit sehingga kita menjadi kaya... ingat itu HAK Allah yang anytime Dia boleh tarik balik, so ingat kita masa kita miskin dulu.

Jika kita bertungkus lumus sibuk mencari duit.... ingat masa lapang kita untuk beribadat kepada Allah.

Jika kita sibuk mencari duit... belum tentu ia boleh support kita di akhirat kelak bila kita dah pergi tak kembali.



 Namun begitu,

Dengan

D- DOA

U- USAHA

I- Istiqamah

T- Tekad

Kita boleh mengubah kehidupan kita dari "HERO to ZERO".

HALF FULL VS HALF EMPTY???


 
Assalamualaikum... Selamat Pagi!!


Apa yang anda nampak???

Yang mana satu anda lihat adalah betul!

Separuh penuh atau separuh kosong.

Inilah kehidupan!!

Apa yang anda lihat melambangkan peribadi diri anda sendiri.

Dalam perjalanan saya di Elken, saya belajar tentang gelas yang separuh kosong itu. Biar siapa pun diri anda, apa pun kelulusan akademik anda, apa pun pekerjaan anda, di mana pun letak duduk diri anda.... jadi gelas yang separuh kosong itu! Kosongkan diri buangkan rasa ego anda belajar semula setiap kali anda telah mencapai sesuatu kejayaan.

Kejayaan di Elken bukan semata-mata dengan lambang RM$$$$ sahaja. Ia lebih dari itu!!

Dalam Elken kita kena belajar menjadi orang baru yang sanggup dan rela berubah melakukan perkara-perkara luar biasa yang tidak dilakukan oleh orang biasa. Sanggup mengambil risiko! Risiko ditinggalkan kawan-kawan, risiko tentangan dari ahli keluarga, risiko penolakan dari orang ramai, dan paling utama risiko kita kena 'MATIKAN' diri kita untuk menjadi orang baru.

Elken mendidik kita menjadi PEMIMPIN. Bukan setakat memimpin orang di dalam rangkaian, tetapi mula-mula sekali kena jadi pemimpin diri sendiri terlebih dahulu. Belajar mengikut sistem pendidikan Elken, belajar mengikut cakap upline dan belajar mengikut arus dalam Elken.

Memetik kata-kata Jutawan MCCM Terence Koh, kehidupan kita adalah refleksi diri kita dari dalam. Bukan setakat pemikiran kita sahaja yang mahu, tetapi hati kita jugak mesti...mesti...mesti mahu!!!

Saya belum berjaya di Elken, kejayaan yang saya kecapi di Elken baru sebesar kuman, tak nampak kuman tu kan... Saya belum berjaya bukan sebab Biz Elken susah nak buat... tetapi kerana saya belum bersedia otak, hati dan perasaan untuk buat. Seperti kata jutawan CCM Kumar, sel-sel saya belum nak buat Biz Elken lagi!!

Itulah keunikan Elken yang buat saya Fall In Love at the first sight, sedangkan saya adalah individu yang ANTI MLM!!!

Kerana of course PRODUK... semakin sihat dan muda! (ramai yang kata saya student!)

Kerana SYARIKAT.... yang luar biasakk!! (sistem pendidikan dan Budaya)

Kerana Upline-upline saya.. yang sentiasa membimbing dan mendidik!

I am proud to be Elkenian!

Build you to build others!!

Wednesday, October 22, 2014

B.E.R.B.A.L.O.I

Assalamualaikum... Selamat Pagi!!

Hari ni saya nak berkongsi tentang suatu isu yang agak serius! Siyes nih!!! (nampak muka siyes kat bawah tu?).
Hehehehe...




Dalam setiap entri saya suka tanya soklan, dalam entri ni saya nak tanya soklan.

Kenapa anda buat apa yang anda buat sekarang??? Maksud saya dari segi ikhtiar anda untuk mencari sumber pendapatan....

Kenapa anda buat? Ada jawapannya....?

Kalau dah jawab kenapa.... saya nak tanya satu lagi soklan.

Berbaloi tak anda buat apa yang anda buat sekarang??

Selama setahun ni saya tak aktif dengan biz Elken, saya bekerja dengan satu syarikat swasta yang menjalankan perniagaan retail yang anda memang suka nak pergi beli barang-barang dapur, barang-barang haji, barang-barang nak kawin, barang-barang nak sambut hari raya... (agak-agak tau la kan...).

Saya terpaksa!!!! Saya buat dengan paksa rela demi kelangsungan hidup (survival)!!!

Alhamdulillah dah amik keputusan untuk STOP!! TITIK!! NOKTAH!! DOT...DOT...DOT...!! Bulan ni last saya berkhidmat untuk mereka. Dan selama hampir setahun ni, saya dapat banyak ilmu pengajaran dan pengalaman yang sangat berguna sehinggalah saya rasa sangat perlu untuk keluarkan entri ni... dengan tajuk...

B.E.R.B.A.L.O.I



Jadi berbalik kepada persoalan saya tadi... adakah apa yang anda buat sekarang berbaloi??

Apa sebenarnya maksud berbaloi ni??

Sumber: BERBALOI
berbaloipadan atau seimbang dgn sesuatu spt yg sepatutnya: Upah yg diterima tidak ~ dgn tenaga yg dicurahkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
berbaloiberpadanan, seimbang: gadis itu tidak ~ dengannya.Kamus Dewan Edisi Keempat
baloi; berbaloi padan atau seimbang dgn sesuatu spt yg sepatutnya: Upah yg diterima tidak ~ dgn tenaga yg dicurahkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
baloiKd 1. seimbang, sepadan: upah itu tidak ~ dgn kerjanya; 2. balasan (yg setimpal), bela: menuntut ~ atas kezaliman orang; air ~ air yg tidak mengalir;berbaloi berpadanan, seimbang: gadis itu tidak ~ dengannya.Kamus Dewan Edisi Keemp


Kalau ditanya saya soklan ni... tentu sekali saya kata tak berbaloi, tak padan tak seimbang dengan apa yang sepatutnya....!!!

Cuba anda renung-renungkan...(ini di tempat tinggal saya, bukan di KL, kalau di KL anda lebih memahaminya).

Anda bangun pagi jam 6 sediakan segala keperluan keluar rumah seawal jam 7.30 pagi masuk kerja jam 8.00 atau 8.30 pagi... bertungkus lumus di tempat kerja selama 9 jam tolak 1 jam waktu rehat yang sangat rushing cukup masa untuk makan dan solat sahaja, kalau sempat lepak jap layan FB, kemudian pulang kerja jam 6 petang.. dah letih mandi manda makan malam rehat tengok tv tido... itu life cycle siang.

Life cycle keje shift petang masuk kerja jam 2 petang, bertungkus lumus 9 jam yang sama, pulang di kala malam yang gelap, balik umah tgk tv makan supper jap (tak elok buat sebenarnya) jam 1 pagi baru tidur selepas siap mandi malam.

Selebihnya anda tahu jadual anda sendiri... bertungkus lumus untuk siapa??
Untuk anda?? Tidak.... anda buat untuk majikan anda.... anda tiada langsung keputusan penuh untuk organize schedule hidup anda... semuanya ditentukan oleh majikan!!!

Nak cuti kena apply!! Nak apply kena ada approval, nak approve kena ada orang ganti keje anda....pada hal anda perlu cuti tu dan anda layak untuk dapat cuti tu!!!

Cukup bulan dapat habuan untuk tungkus lumus anda tetapi sangat tak berbaloi sebab majikan anda dah tentukan nilai hidup anda!!! Walau tungkus lumus anda itu separuh pengsan!!!

Itu cakap pasal ganjaran dan usaha, bercakap pulak pasal kesan jangka panjang yang anda terima...terutama dari segi kesihatan.

Rushing waktu pagi tak sempat breakfast kena tunggu waktu lunch baru boleh makan kadang lunch pukul 4 petang baru dapat. Sebab tak cukup manpower dan nak kena kejar deadline pukul 3.30 petang hari tu.

Lepas tu habis keje jam 7 petang makan malam jam 9 malam, lanjut sampai minum malam supper pukul 12 malam. Balik rumah tak sempat nak mandi dah letih.. terus tidur!! Untuk selama mana khidmat anda dengan majikan anda lakukan perkara yang sama setiap hari...!

Itu tak cerita bab appoinment dengan EN. JAM_ _ _, berapa kali sehari? Berapa kali seminggu? Seminggu 2 3 kali??

Kesannya dari tungkus lumus anda itu, KESIHATAN menjadi perkara terakhir yang anda fikirkan penting dan menjadikan $$$$RMRMRMRM top priority kerana memenuhi keperluan kelangsungan hidup anda (survival), nak penuhi keperluan sekolah anak-anak, nak bawak anak pergi bercuti, nak beli barang dapur rumah etc...etc....

(Sorry... entri terlebih emo lak...)

Berbanding saya buat biz Elken (sebelum saya decide untuk kerja semula tahun 2014), saya rasa sangat berbaloi buat biz Elken.

Apa yang anda usaha+tungkus lumus+ susah payah+long working hours=ganjaran yang anda dapat sepadan seimbang dengan yang sepatutnya yang bukan ditentukan oleh sesiapa (anda tentukan sendiri Cek kosong yang anda terima!!).

Memang BERBALOI BALOI!!!!!

Bukan setakat berbaloi dari segi $$$RMRMRM

Semua pakej kehidupan anda dapat 6K!!

KESIHATAN

KECANTIKAN

KEWANGAN

KEBEBASAN

KEKELUARGAAN

KEROHANIAN


 Jadi, sila tanya soklan ini sekali lagi...

Adakah ianya berbaloi??

#jomubah
#ubahgayahidupanda
#kepadagayahidupMRT

Monday, September 1, 2014

Life Goes On

Assalamualaikum.... Selamat Pagi!!




Setiap yang bermula pasti...pasti...pasti ada pengakhirannya yang hanya diketahui oleh yang Maha Mengetahui yang Maha Esa dan Maha Berkuasa. 

Siapalah kita insan dan hamba yang lemah dan penuh pengharapan pada yang SATU, mempertikaikan cara sesuatu perkara itu berakhir.

Dalam Al-Quran telah disuratkan tentang ini... LIFE GOES ON.



Namun berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.

Tabah dan kuatkan semangatmu... buat seluruh ahli keluarga mangsa nahas dan tragedi MH17 dan MH370.

Ganjaran sabar di sisi Allah itu sangatlah besar.

Peringatan, iktibar dan hikmah untuk kita semua.....

Wednesday, July 2, 2014

Ramadhan berlalu.... hikmahnya??

Assalamualaikum... Selamat Pagi!!

Alhamdulillah hari ni dah masuk 4 Ramadhan. Alhamdulillah... sangat bersyukur kerana diberikan kesempatan untuk menikmati hikmah Ramadhan kali ini. Saya berharap agar kita semua dapat melalui Ramadhan pada tahun ini sehingga ke akhirnya.

Alhamdulillah....sangat merasakan perbezaan yang nyata untuk Ramadhan pada kali ini.

Sebenarnya hidayah Allah itu ada di mana-mana, pada bila-bila masa dan dalam pelbagai bentuk. Allah pasti akan memberi petunjuk dan hidayah itu tetapi kita sendiri kena mencari.

Alhamdulillah... di usia masuk 3 series ini saya belajar semula tentang kehidupan DALAM ERTI YANG SEBENAR!

Yup!! Saya tidak dapat mengekspresikannya di sini. Kerana perasaan itu tidak terucap dengan kata-kata. Jika mengikuti blog saya sedari awal, saya sendiri merasakan transformasi diri melalui setiap penulisan yang ada di dalam blog ini.

Berbalik kepada kisah Ramadhan, jika anda masih merasakan tiada apa-apa, Ramadhan kali ini masih sama seperti bulan-bulan lain, dan seperti hari-hari biasa... Jangan berputus asa terus mencari HIKMAH dalam setiap hari yang anda lalui.

HIKMAH dalam maksud bahasanya adalah.....(rujuk sini). Salah satu yang saya pelajari di usia 3 series ini, HIKMAH! Ia perlu dicari dan tidak datang dengan sendirinya.

Saya merasakan adalah sangat rugi jika kita melalui hari-hari di bulan Ramadhan ini seperti hari-hari biasa di bulan-bulan yang lain. Walau perbezaanya hanya pada berlapar dan dahaga, lebih dari itu ada dalam pakej di bulan Ramadhan ini. Lebih dari semata-mata menuntut malam Al Qadar, bersedekah dan membaca Al-Quran.

Mendengar perkongsian dari radio IKIM.fm, bagi orang yang betul-betul memperolehi dan merasai hikmah yang ada di dalam bulan Ramadhan ini, akan merasa sangat gembira apabila Ramadhan menjelang dan akan menangis apabila sampai ke penghujung Ramadhan nanti!

Perasaan ini tidak wujud sendiri, ia perlu dipupuk. Untuk dipupuk, kita perlu mengenali, untuk mengenal, kita perlu ada ilmu dan untuk memperolehi ilmu kita perlu belajar.

Hikmah bulan Ramadhan lebih dari bazar Ramadhan, lebih dari persediaan untuk Syawal, lebih dari itu!!!

Carilah...teruskan mencari Hikmah yang tersembunyi di sebalik bulan Ramadhan ini.

Semoga kita berkesempatan memperolehi hikmah itu dalam Ramadhan kali ini... Amin.

Jadikan Ramadhan kali ini sebagai TURNING POINT... untuk hari-hari yang mendatang.

credit picca to Google.com

Monday, June 23, 2014

Pandangan... yang mana satu pilihan???

Assalamualaikum... Selamat Pagi!!

Alhamdulillah syukur diberikan nikmat yang begitu banyak kepada kita, mata, mulut telinga udara untuk bernafas dan sebagainya.

Pandangan hidup ini pelbagai... ada begini ada begitu.

Ada yang ini ada yang itu...

Tetapi pandangan apa yang menjadi pilihan hati??

Tepuk dada tanyalah iman....

Pandangan mata selalu menipu
Pandangan akal selalu tersalah
Pandangan nafsu selalu melulu
Pandangan hati itu yang hakiki
Kalau hati itu bersih
Hati kalau terlalu bersih
Pandangannya kan menembusi hijab
Hati jika sudah bersih
Firasatnya tepat kehendak Allah
Tapi hati bila dikotori
Bisikannya bukan lagi kebenaran
Hati tempat jatuhnya pandangan Allah
Jasad lahir tumpuan manusia
Utamakanlah pandangan Allah
Daripada pandangan manusia

Pelajari dan laksanakan cara untuk membersihkan hati... secara fizikal (bersihkan organ hati itu..nanti saya sharekan) dan secara spiritual (kerohanian).

Salah satu paling mudah untuk dilakukan...

amalkan 10 elakkan 10.


Wednesday, May 7, 2014

R.I.P

Assalamualaikum... Selamat Pagi!

Semoga rohnya dicucuri rahmat...

Tiada kata dapat diungkap pabila menerima perkhabaran pemergian Arwah Pak Ajis Satar. Maka berakhirlah legasi trio Bujang Lapok.

Walaupun begitu, filem trio Bujang Lapok tidak penah LAPOK!

Semoga Allah merahmati dan menempatkan beliau di kalangan orang-orang yang beriman... Al Fatihah.


Jom Follow Me