Kita bersama

Daisypath Anniversary tickers

Nur Ilyanie Najwa

Lilypie Kids Birthday tickers

Nur Ilyanie Najihah

Lilypie Kids Birthday tickers

Follow Me

Wednesday, March 7, 2018

#30: Favorite Song

Assalamualaikum...selamat pagi!

Sejak dari bulan Ramadhan tahun 2017, kakyung dah mula berjinak-jinak membuka pintu hati untuk mendekatkan diri dengan Al-Quran. Alhamdulillah setelah mula membaca semula Al-Quran sejak 2014, tahun lepas dapat khatam Al-Quran tak ingat dah kali ke berapa.

Sebelum ni memang biasa buka Al-Quran dan baca. Tapi masa Ramadhan tahun lepas ada niatkan di hati untuk mendalami bacaan Al-Quran. Secara tak langsung semakin hari semakin jatuh cinta untuk mendengar alunan ayat-ayat suci Al-Quran.

Kakyung membesar bukan di kalangan keluarga alim ulama'. Ilmu agama kakyung dapat pendedahan dari sekolah baik sekolah agama atau sekolah kebangsaan. Jadi dengan hidayah Allah jugalah yang menyebabkan kecintaaan terhadap Al-Quran tu mula berputik di usia menginjak ke siri 40.

Sekarang ni kakyung dah mula berjinak-jinak dengan mendalami maksud ayat-ayat suci Al-Quran. Dan dah pasang niat nak menghafal surah-surah dalam Juz 'Amma. Doakan agar dipermudahkan...aamiin.

Jom sama-sama mencintai Al-Quran!


Firman Allah SWT:
Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (agama Islam), dan memberikan berita yang mengembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar.

Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.

Orang Toksik

Assalamualaikum...Selamat Pagi!

Gempak tajuk entri hari ni. Orang pun ada yang bertoksik, beracun. Hehehe..
Usah nak citer pasal orang, kita sendiri pun sentiasa bermohon kepad Allah supaya dilindungi dan dijauhkan diri daripada menjadi orang toksik...

Kakyung nak share satu tips tentang cara orang yang berjaya dunia dan akhirat berhadapan dengan orang toksik ni.

Sila membaca artikel penuh dan selamat beramal!

Neutralize toxic people.

Dealing with difficult people is frustrating and exhausting for most. Mentally tough people control their interactions with toxic people by keeping their feelings in check. When they need to confront a toxic person, they approach the situation rationally. They identify their emotions and don’t allow anger or frustration to fuel the chaos. They also consider the difficult person’s standpoint and are able to find common ground and solutions to problems. Even when things completely derail, mentally tough people are able to take the toxic person with a grain of salt to avoid letting him or her bring them down.

credit gambar dari google

Jom Follow Me