Kita bersama

Daisypath Anniversary tickers

Nur Ilyanie Najwa

Lilypie Kids Birthday tickers

Nur Ilyanie Najihah

Lilypie Kids Birthday tickers

Follow Me

Showing posts with label Blogging challenge. Show all posts
Showing posts with label Blogging challenge. Show all posts

Wednesday, March 7, 2018

#30: Favorite Song

Assalamualaikum...selamat pagi!

Sejak dari bulan Ramadhan tahun 2017, kakyung dah mula berjinak-jinak membuka pintu hati untuk mendekatkan diri dengan Al-Quran. Alhamdulillah setelah mula membaca semula Al-Quran sejak 2014, tahun lepas dapat khatam Al-Quran tak ingat dah kali ke berapa.

Sebelum ni memang biasa buka Al-Quran dan baca. Tapi masa Ramadhan tahun lepas ada niatkan di hati untuk mendalami bacaan Al-Quran. Secara tak langsung semakin hari semakin jatuh cinta untuk mendengar alunan ayat-ayat suci Al-Quran.

Kakyung membesar bukan di kalangan keluarga alim ulama'. Ilmu agama kakyung dapat pendedahan dari sekolah baik sekolah agama atau sekolah kebangsaan. Jadi dengan hidayah Allah jugalah yang menyebabkan kecintaaan terhadap Al-Quran tu mula berputik di usia menginjak ke siri 40.

Sekarang ni kakyung dah mula berjinak-jinak dengan mendalami maksud ayat-ayat suci Al-Quran. Dan dah pasang niat nak menghafal surah-surah dalam Juz 'Amma. Doakan agar dipermudahkan...aamiin.

Jom sama-sama mencintai Al-Quran!


Firman Allah SWT:
Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (agama Islam), dan memberikan berita yang mengembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar.

Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.

Wednesday, February 28, 2018

#29: Hidayah itu Milik Allah

Assalamualaikum...Selamat Pagi!

Alhamdulillah... syukur dan terima kasih Ya Allah dalam sisa-sisa kehidupan yang masih ada, Kau berikan kesempatan untuk aku terus hidup dan terus menerima hidayah dariMu. Alhamdulillah...

Kehidupan kakyung sejak memasuki era 30an banyak bezanya dari sebelum-sebelum ni. In fact sebenarnya perjalanan hidup yang dah diatur oleh Allah cukup cantik dan baik untuk kakyung sampai ke tahap sekarang ni.

Di usia menginjak ke siri 40an, hijab demi hijab terbuka dan alhamdulillah kakyung dapat melihat segala kebaikan Allah yang Maha Baik. Tak tau nak ungkapkan dengan perkataan macam mana. Jika dah tiba ke peringkat ni rasanya menghadapi hidup tu lebih rasa tenang dan lebih kuat serta sabar.

Hidayah, kita kena minta dan selalu mencari. Jangan tunggu dapat baru nak berubah. Mulakan sedikit perubahan, cari dan minta hidayah itu, In Shaa Allah semakin lama semakin kita akan merasakan kehadirannya.

Firman Allah SWT:

"Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam)".

Surah Al-Qasas: Ayat 56




Monday, February 26, 2018

#28: Me before and after Nurraysa

Assalamualaikum..selamat pagi!

Alhamdulillah diam tak diam dah masuk tahun kedua kakyung bersama jemaah Nurraysa.

Means dah takde buat biz Elken dah ke?
Semenjak Elken berubah arah ke i-Elken, kakyung kurang aktif mengikuti segala sistem pendidikan perniagaannya. TETAPI kakyung masih lagi Independent Distributor Elken dengan ID no 101000000724. Masih guna produk Elken dan masih amalkan Guasa untuk diri sendiri dan seisi keluarga.

Berbalik kepada citer kakyung bersama jemaah Nurraysa. Alhamdulillah.. asbab mencari cara mudah untuk menjana pendapatan dari rumah kakyung bertemu dengan agen kakyung yang banyak bagi tunjuk ajar. FYI, kakyung adalah dropshipper Nurraysa tapi ada buat COD untuk kawasan Ipoh.

Asbab sabun kolagen Nurraysa, kakyung jatuh cinta dengan produk-produk Nurraysa yang organik dan bebas bahan kimia berbahaya seperti merkuri, paraben, SLE dan plumbum serta bebas silikon bagi produk mekap.

Sabun kolagen Nurraysa sangat membantu kakyung menyelesaikan masalah jerawat dan muka berminyak yang kakyung hadapi sejak umur akil baligh. Muka kakyung sensitif dan sangat mudah naik jerawat bila guna produk yang tak sesuai.

Alhamdulillah.. terima kasih Ya Allah. Korang nak tau banyak lagi pasal Nurraysa?
Meh add dan follow FB Fatin Nurraysa.


#27: Kenapa nak sibuk buat Blogging Challenge ni?

Assalamualaikum.. Selamat Pagi!

Kenapa la kakyung ni sibuk-sibuk nak buat Blogging Challenge ni?

Ha... sebab paling utama ialah nak pastikan ada topik untuk ditulis dalam blog kesayangan kakyung ni. Hehehe.. itu je sebabnya.

Peraturan sebenarnya kena buat selama 30 hari berturut-turut. Tapi sebab buat sendirian berhad, jadi peraturan challenge ikut sendiri je la.

Bila mula buat challenge ni?
Meh singgah baca entri Blogging Challenge.
Dari September 2016! Wah... gigihkan rasanya nak melengkapkan challenge ni!

Ni dah masuk entri yang ke #27 dah pun. Hehehe..Tinggal lagi 3 entri je nak lengkapkan.

Sapa berani nak join challenge ni?


Monday, February 19, 2018

#26:Siapa kita adalah siapa orang yang bersama kita

Assalamualaikum... selamat pagi!

Nak dikisahkan sebenarnya siapa diri kita ni kita kena tengok orang-orang disekeliling kita. Bila kita kenal siapa orang disekeliling kita, maka kita adalah seperti mereka juga.

Memang kita tak perasan perkara ni. Tapi itulah hikmah kita memerhati alam sekeliling, dengan cara tu kita boleh belajar ilmu yang Allah nak tunjuk secara tak langsung.

Cuba kita tengok..

Orang yang minat main bola sepak.. di sekelilingnya orang yang minat bola sepak juga.

Orang yang minat memancing, di sekelilingnya juga orang yang minat memancing.

Orang yang jalan hidupnya mempelajari Al-Quran tidaklah bersama dengan orang yang suka menyanyi.

Begitulah keadaannya kan?

Perkara ni tak berlaku secara kebetulan. Tetapi ini yang dah dirancang rapi oleh Allah.

Alhamdulillah.. kakyung dalam proses mencari kawan-kawan yang sama-sama nak berubah kehidupan menjadi seorang hamba yang taat. In Shaa Allah..Aamin.




Friday, July 21, 2017

#22: Rambut sama hitam...

Assalamualaikum wbt.. Selamat Pagi!

Kakyung lahir bulan Julai. Sapa lahir bulan Julai?? Kita geng...


  1. Sangat suka didamping. 
  2. Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki. 
  3. Agak pendiam kecuali dirangsang. 
  4. Ada harga dan maruah diri. 
  5. Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan. 
  6. Mudah dipujuk dan bercakap lurus. 
  7. Sangat menjaga hati orang lain. 
  8. Sangat peramah. 
  9. Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya. 
  10. Berjiwa sentimental. 
  11. Jarang berdendam. 
  12. Mudah memaafkan tapi sukar melupakan. 
  13. Tidak suka benda remeh-temeh. 
  14. Membimbing cara fizikal dan mental. 
  15. Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang. 
  16. Layanan yang serupa terhadap semua orang. 
  17. Tinggi daya simpati. 
  18. Pemerhatian yang tajam. 
  19. Suka menilai orang lain melalui pemerhatian. 
  20. Mudah dan rajin belajar. 
  21. Suka muhasabah diri. 
  22. Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama. 
  23. Suka mendiamkan diri. 
  24. Suka duduk di rumah. 
  25. Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan. 
  26. Tidak agresif kecuali terpaksa. 
  27. Lemah dari segi kesihatan perut. 
  28. Mudah gemuk kalau tak kawal diet. 
  29. Minta disayangi. 
  30. Mudah terluka hati tapi lambat pulih. 
  31. Terlalu mengambil berat. 
  32. Rajin dalam membuat kerja 

Setiap orang ada keunikan tersendiri. Rambut sekarang pun bukan semuanya warna hitam. Dah bermacam-macam warna.

Allah SWT pun dah berfirman

QS AL HUJURAT:13
Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling takwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.

Jadinya kejadian Allah tu tak sia-sia. Pasti ada hikmah, teladan dan petunjuk yang Allah nak kita singkap dan bongkarkan.

Kakyung special dan unik in my own way. Yang mana korang nak tau korang mesti kena kenal kakyung dulu. Tak kenal, makanya tak tau le.

Wednesday, July 19, 2017

#21: Gambar yang buat kakyung rasa Happy..

Assalamualaikum wbt.. Selamat pagi!



Melihat gambar makhluk Allah paling seksi ni memang dah boleh buat kakyung tersenyum. Makhluk berekor dan berbulu ni pun sejenis alat terapi kan!

Kat umah kakyung dah bertambah jadi 6 ekor dah... huhuhu. Yang pergi tu pergi la, yang bertambahnya sekejap je bertambah.

Ni kakyung share kat korang fakta-fakta menarik tentang kucing. Happy reading!


  1. Kucing memiliki 30 ruas tulang belakang, yaitu 5 kali lebih banyak dari manusia
  2. Kucing memiliki 230 tulang, yaitu 24 kali lebih banyak dari manusia
  3. Kucing tidak memiliki collarbone, sehingga memungkinkan masuk melewati celah selebar kepalanya
  4. Kelenturan tubuh kucing sangat menakjubkan, kaki depannya dapat diputar ke segala arah dan setengah bagian tubuhnya dapat bergerak ke arah yang berlawanan
  5. Pendengaran kucing lebih sensitif dari manusia dan anjing. Batas pendengaran kucing 65 khz, sedangkan manusia 20 khz
  6. Kucing memiliki mata terbesar dibandingkan dengan mamalia lainnya (dalam hubungannya dengan besarnya tubuh)
  7. Kucing tidak dapat melihat pada kegelapan total, akan tetapi ketajaman matanya pada malam hari sangat baik. Mata kucing memiliki lapisan perefleksi cahaya yang disebut tapetum yang dapat berfungsi untuk memperkuat cahaya yang masuk retina.
  8. Cakupan pandangan kucing 185 derajat
  9. Kucing memiliki indera penciuman 20-80 juta sel olfactory, sedangkan manusia hanya 5-20 juta
  10. Denyut nadi kucing normal antara 110-170 denyutan per menit (jika anda ingin melakukan pengecekan denyut nadi lakukan di paha belakang di bagian sendi yang menghubungkan kaki dengan tubuh)
  11. Kucing menarik nafas sebanyak 20-40 kali per menit
  12. Suhu tubuh kucing normal 102 °F atau 38.8 °C
  13. Kucing kampung dapat lari dengan kecepatan 31 mile per jam
  14. Kucing memiliki system syaraf yang sangat sensitif.
  15. Kucing dapat melompat ke ketinggian 5 kali tinggi badannya.
  16. Setiap kucing memiliki nose pad yang sangat khas, sehingga tidak akan penah ada dua kucing yang memiliki sidik hidung yang sama
  17. Kucing merespon panggilan wanita lebih baik dari pada pria, mungkin karena suata wanita memiliki puncak yang lebih tinggi
  18. Orang yang alergi terhadap kucing pada umumnya alergi terhadap air liur kucing
  19. Telah dibuktikan secara ilmiah bahwa mengelus-elus kucing merupakan salah satu cara menurunkan tekanan darah kita.
  20.  Rata-rata umur kucing 15-16 tahun.
  21. Untuk menentukan kesetaraan umur kucing dengan umur orang, mulailah dengan 20 tahun sebagai umur tahun pertama kucing, kemudian tambahkan 4 tahun umur manusia untuk setiap umur tahun kucing. Sebagai contoh : Jika kucing anda berumur 4 tahun berarti umurnya setara dengan 20 tahun (untuk umur 1 tahun) ditambah 3 x 4 tahun,yaitu setara dengan umur 32 tahun pada orang.
  22. Kucing memiliki daya penciuman yang sangat baik. Ini adalah alasan mengapa kucing tidak akan menggunakan kotak sampah kotor. Dan mereka juga memiliki pendengaran yang bagus.
  23. Kucing benci bau parfum. Mereka juga membenci aroma jeruk dan lemon.
  24. Kucing menganggap daerah yang memiliki bau amonia sebagai daerah eliminasi. Jadi, tidak dianjurkan untuk menggunakan amonia untuk membersihkan bau urin kucing.
  25. Seekor kucing mengetahui perubahan dalam suasana hati Anda, dan kadang-kadang itu akan mempengaruhi kucing Anda.
  26. Di Indonesia, suara kucing sering ditulis dengan kata “Meong”. Dalam bahasa Inggris yang digunakan di Amerika, suara kucing sering ditulis dengan “Meow”. Di negara Inggris sendiri, suara kucing ditulis “Miaow”. Kalau bahasa Jepang sering ditulis dengan kata “Nya”.
  27. Kucing termasuk hewan yang sangat bersih. Mereka sering merawat diri dengan menjilati rambut mereka. Saliva atau air liur mereka adalah agen pembersih yang kuat. tapi dapat memicu alergi pada manusia. Kadangkala kucing memuntahkan semacam hairball atau gulungan rambut yang terkumpul di dalam perutnya.
  28. Kucing dapat menyimpan energi dengan cara tidur lebih sering ketimbang hewan lain. Lama tidur kucing bervariasi antara 12 – 16 jam per hari, dengan angka rata-rata 13 – 14 jam. Tapi tidak jarang dijumpai kucing yang tidur selama 20 jam dalam satu hari.
  29. Pintu khusus kucing (cat flap) yang biasa terdapat pada pintu rumah, ditemukan pertama kali oleh Sir Isaac Newton (penemu hukum gravitasi).
  30. Ekor kucing dipergunakan untuk menjaga keseimbangaan, terutama ketika sedang melompat atau berlari.
  31. Kucing memakan rumput dengan tujuan memperbaiki pencernaan dan membantu mengeluarkan rambut yang tertelan dan menumpuk di lambung.
  32. Kucing yang sehat mempunyai suhu tubuh 38°C – 39.5°C.
  33. Kucing betina matang secara seksual ketika berumur 6-10 bulan, sedangkan kucing jantan pada umur 9 -12 bulan.
  34. Rata-rata jumlah anak kucing dalam satu kelahiran adalah 2-6 ekor.
  35. Dengkuran kucing (purring) tidak selalu menunjukkan bahwa kucing dalam keadaan nyaman. Kucing juga akan melakukan hal yang serupa dan lebih keras pada saat dalam keadaan stres atau kesakitan
  36. Semua kucing memerlukan taurine dalam makanan untuk mencegah kebutaan. Kucing juga harus mengkonsumsi sejumlah lemak dalam makanan karena tidak dapat memproduksi lemak sendiri.
  37. Ketika seekor kucing menggosokkan badannya ke kaki atau badan anda, ia sedang menandai anda dengan baunya dan menyatakan anda sebagai pemiliknya.
  38. Rata-rata umur kucing yang hidup di luar rumah sekitar 3-5 tahun, sementara yang hidup didalam rumah dapat mencapai umur 16 tahun atau lebih lama.
  39. Rata-rata waktu tidur kucing sekitar 16 jam
  40. Kaki depan kucing mempunyai 5 jari dan 4 jari pada kaki belakang. Kucing yang lahir dengan 6 atau 7 jari pada kaki depan dan tambahan jari pada kaki belakang disebut polidaktil.
  41. Kucing dewasa mempunyai 30 buah gigi, 16 buah di rahang atas dan 14 buah di rahang bawah.
  42. Ada sekitar 9600 helai rambut tiap cm2 kulit bagian atas dan sekitar 19200 helai rambut tiap cm2 kulit bagian bawah.
  43. Lidah kucing tidak dapat merasa karena kurangnya sensor syaraf perasa di lidah. Manusia mempunyai sekitar 9000 sensor syaraf perasa di lidah, sedangkan kucing hanya mempunyai 473 buah. Nafsu makan kucing terutama dipengaruhi oleh bau bukan rasa makanan.

Wednesday, July 12, 2017

#20: Sapa tak sayang isteri/suami oi........

Assalamualaikum wbt...Selamat Pagi!

Entri blogging challenge yang sebenarnya kakyung ubah sikit dan relate dengan tajuk asal. Sekarang ni nak kongsi citer sikit ngan korang semua dan nak bagi tips kepada newbie yang baru berumah tangga.

Berumahtangga zaman sekarang menjadi semakin mencabar kerana pelbagai faktor yang korang dah sedia maklum semuanya berkait dengan RM$$$.

Nak citernya, macam mana sekali pun itu bukan matlamat asal korang berumahtangga dengan pasangan masing-masing. Korang kena cari balik selidik balik kaji balik matlamat asal korang berkahwin dengan pasangan masing-masing. Jika memang sebab RM$$ cepat-cepat ubat niat tu. Kerana kahwin sebab RM$$ memang tak pernah kekal lama.

Berumahtangga ni satu ibadat dan sunnah sebab Rasulullah SAW pun berkahwin. Jadinya nakkan rumahtangga yang sakinah, mawaddah, wa rahmah (kecenderungan/ ketenangan (as sakiinah), rasa cinta (mawaddah) dan kasih sayang (ar rahmah)), kita kena ikut apa yang Allah dan Rasul suruh, jangan buat apa yang Allah dan Rasul larang.

Bila dah berkahwin, melayari bahtera hidup bersama 5 tahun yang pertama tolong jangan expect macam-macam dari pasangan korang. Kita suaikenal. Masa tempoh ni la baru kita tau buruk baiknya pasangan kita. Berlapang dada, bersangka baik terima kelebihan dan kekurangan.

Yang si isteri, kakyung share tips ni korang mesti belajar berdikari sedari awal lagi. Usah nak bergantung sangat dengan suami kita. En suami kita bila dia keluar rumah dia jadi milik masyarakat. Bila kat umah pun belum tentu dapat tolong sidai baju yang kita basuh. Kena berdikari! Usah nak manja sangat!
Nanti bila dah biasa manja dari awal lagi lama-lama korang yang akan makan hati sendiri.

Alhamdulillah... kakyung banyak belajar tentang kehidupan setelah berkahwin. Kakyung bersyukur dapat berkahwin dan bekeluarga.

Untuk anak-anak dara yang masih bujang, berkahwinlah sebab banyak rahmat yang korang akan dapat setelah berkahwin. Nak dapat pahala pun senang! Masak makan masa bulan puasa dapat pahala senang! Apatah lagi pahala masa bersalin tu..

Orait.. stop kat sini. Nanti kakyung sambung citer lain.

Daaa!

Pesanan penaja
Nak dapatkan produk-produk Nurraysa Beauty di Ipoh leh add & Follow 
FB: Fatin Nurraysa
LIKE PAGE https://www.facebook.com/PengedarNurraysaIpoh/


Wednesday, March 29, 2017

#19: Di Sebalik Nama

Assalamualaikum...selamat pagi!

Lama tak update blogging challenge... hari ni entri ke 19... Di sebalik Nama.

Masa mula-mula google gambar blogging challenge, bila terpandang challenge #19 ni, saya tersenyum. Sebab tajuk ni sangat kena dengan saya untuk mengimbas kenangan 20 tahun yang lepas... 

Challenge kali ni saya nak citer tentang nickname yang saya gunapakai selama di dunia nyata atau di alam maya.
Firstly nickname saya kat umah keluarga panggil saya dengan nama KAKYUNG. Dah terang lagikan bersuluh la kan.. saya memang anak yang sulung. hehehe...

Zaman sekolah saya masa tingkatan 4 citernya bermula, bila saya menjalani orientasi kat SMTLC Ipoh, masa tu kami semua kena perkenalkan diri masing-masing. Sebut nama dan cita-cita. Bab cita-cita tu semua sebut nak jadi cikgu, polis la.. askar la.. cliche sangat kan! So, zaman tu saya kaki loyar buruk saya jawab "Nak Jadi Penyanyi Alternatif Terkenal". Makanya melekatlah nickname sampai sekarang ABOT. Hehehe.. Kawan-kawan sekelas tingkatan 4 masih memanggil saya dengan nickname tu.

Nickname saya di alam maya mula-mula sekali saya guna sampai sekarang..
PUTERIHANNAN.
Sebab apa saya pilih nickname ni jelasa saya seorang perempuan, hannan bermaksud penyayang. Saya dah guna sejak tahun 1999, masa tu belajar kat uni dan masa tu jugak femes chatting mISC.. time tu YM tak de lagi.

Bila dah ada anak ni, saya guna la nickname Ibu Ilyanie. Sebab 2 anak saya tu namanya Ilyanie... 

Apa pulak nickname korang?

 

Friday, March 3, 2017

#11:TBBBB: Ladies night like a lady like

Assalamualaikum... Selamat pagi!

Saya berhutang entri ni, so ari ni saya nak tebus. Hehehe...

Sabtu lepas (18 feb), saya ber'off' duty malam dan menyerahkan tugas kepada en Hubby untuk menjaga anak-anak. Sementara tu saya dan geng-geng bini ber'ladies' night pulak.

Bukan senang nak dapat peluang macam ni. Takde ke mana pun kitorang mencari barang kat 'Gerbang Malam'. Sapa pernah datang Ipoh tau la tempatnya macam mana. Pas dah puas pusing-pusing sampai pening, kitorang gi lepak makan char kuey teow. Dapnya char kuey teow tu!!

In shaa Allah ada rezeki saya update citer pasal cuti-cuti Malaysia ke Cameron Highlands nanti ye.. Family trip geng-geng bini dan encik encik suami.


Tuesday, February 21, 2017

#18:Plans/dreams/goals you have

Assalamualaikum... selamat pagi!

Apa kabar hari ni? Saya alhamdulillah sihat. Hari ni kat ipoh hujan lebat, syok ooo dapat tarik selimut kan... hikhikhik. By the way, meneruskan cabaran hari ni saya kena menulis ikut tajuk tu. Setiap orang pun ada impian, harapan, cita-cita dan matlamat hidup. Hmmm... mana satu saya nak mulakan dulu ye.

Macam ni la.. impian besar saya ialah saya nak sihat dan cantik sampai ke tua, aamiin In shaa Allah..

Suka tengok orang-orang tua yang berbangsa Cina dan Mat Salleh. Dah tua pun masih aktif buat macam-macam aktiviti. In shaa Allah saya pun nak macam tu.




Bila dah capai usia retirement, saya nak terus aktif dan impian saya, saya nak mulakan aktiviti kemasyarakatan. Jadi volunteer kat rumah anak yatim. Mula nak berkhidmat untuk masyarakat, masa ni anak-anak dah membesar dan sedang membina kehidupan mereka sendiri. In shaa Allah semua ni perancangan saya, semoga Allah mempermudahkan aamiin..

Saturday, February 11, 2017

#16: It's me Fatin Nurraysa

Assalamualaikum... Selamat pagi!

Apa khabar komer? Harap semuanya dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Hehehe macam nak mengarang surat pulak. Meneruskan misi Blogging Challenge hari ni saya kena post entri gambar yang terkini. 
Tapi apa ke halnya tajuk tu?
 Ha.. Memang nak iklan sama pun. Hehehe..


Gambar ni test pakai Lipstik ngan Maskara Nurraysa. Saya memang guna Loose Powder Nurraysa.
 Set Make Up Nurraysa memang best pakai! Bila pakai tu rasa macam tak pakai, tapi orang akan tegur kita bila tengok muka kita sebelum guna dan selepas guna. Yup! Seeing is believing kan... So tengok la perbezaannya ye.

Kak Ngah Najihah pun nak juga, bila tengok ibunya melawa. Tiada kesan sampingan jika digunakan ke atas kulit kanak-kanak sebab produk Nurraysa Beauty produk bebas bahan kimia.

Yang ni testing guna DD Moist Cake, Loose Powder, Eyeliner. Eyeliner Nurraysa senang digunakan dan senang ditanggalkan cuma basuh dengan air je dan tak comot.

 Rugi tak cuba tau... Siapa yang berminat nak tau leh contact saya ye.
FB: Fatin Nurraysa
@
SMS/WeChat/Telegram/Call je No Ni 📱0175346280 Fatin
🚗free COD RTC Gopeng, Medan Gopeng, Tambun, Batu Gajah

Wednesday, February 8, 2017

#17: Tajuk Entri Asal Saya Ubah

Assalamualaikum... Selamat Pagi!

Tajuk asal entri #17 ni saya ubah sebab saya memang takkan buat macam tajuk yang diminta tu.

Alhamdulillah saya sangat bersyukur dengan siapa diri saya sekarang. Hidup saya sederhana dalam semua segi. Dari segi diri sendiri saya pernah la, mengaku la kan sebelum ni tak suka, benci, menyampah dengan diri sendiri. Buktinya tak selalu suka tengok cermin. Bila tengok cermin nampak keadaan diri rasa sedih dan benci. Itu dulu..... dulukala la... masa zaman jahiliah dulu.

Alhamdulillah... sekarang bila tengok cermin saya mampu tersenyum pada diri sendiri dan selalu mengucapkan kata-kata positif pada diri sendiri.  Mampu untuk melihat ke dalam mata diri sendiri.

Kalau kawan-kawan nak tau, salah satu punca hidup kita dibelenggu nasib malang adalah kerana kita belum menerima diri kita 100% segala keburukan dan kebaikan. Cuba berdiri di hadapan cermin dan tenung mata kita sendiri sedalam-dalamnya. Lihat apa reaksi kita, secara fizikal dan secara rohani (apa kata hati).

Alhamdulillah hidup saya sederhana dari segi kewangan. Masih ada tempat tidur yang selesa, masih makan walau adakala tak ikut selera tekak, masih boleh ke sana ke mari dengan mudah.

Alhamdulillah saya di kelilingi oleh orang yang sentiasa sayangkan saya dan sentiasa melindungi saya.

 Kita adalah diri kita. Apa yang berlaku dalam kehidupan kita adalah atas pilihan kita sendiri. Takde yang menjadi punca sebenar melainkan asbab untuk kita meneruskan hidup di dunia yang fana ni. Jangan kata sebab mak la saya jadi macam ni, sebab awak la saya tak dapat buat ni... No no no no..
Kaji selidik balik, asalnya adalah dari kita sendiri. Pilihan yang kita buat Baik atau Tidak Baik. Dan selebihnya adalah ujian dari Allah untuk kita sebab bila kita ditimpa ujian baru kita kerapkali menyebut namaNya dan itu yang Dia suka.

Bersyukurlah dengan apa yang ada pada diri kita kurang atau lebih sebab itu adalah pinjaman dari Allah. Semua pun bukan kita punya.

Alhamdulillah... Thank you Allah!

Saturday, February 4, 2017

#15: 10 lagu yang paling suka dengar kat radio ke.. youtube ke...


Assalamualaikum... Selamat Pagi!

Citer pasal lagu-lagu ni boleh tengok entri saya yang lepas ni. So meneruskan blogging challenge saya, hari ni entri ke #15, saya kena citer lagu top 10 yang saya suka dengar (since saya takde iPod ke iPad ke) kat radio la selalunya... kekadang kat Youtube.

Apa lagu kegemaran korang?

ZAYN, Taylor Swift - I Don’t Wanna Live Forever

Ed Sheeran - Shape Of You

Shawn Mendes - Treat You Better

twenty one pilots: Heathens 

 Yuna - Crush ft. Usher

Miike Snow - Genghis Khan 

 twenty one pilots: Ride

 Bruno Mars - 24K Magic

Coldplay - Hymn For The Weekend 

Justin timberlake- CAN'T STOP THE FEELING!

Monday, December 19, 2016

#13: Surat buat Si Polan

Dear Si Polan,

Terima kasih kerana hadir dalam hidupku dan mencorakkan pengalaman yang menjadi memori dan kenangan. Pertama sekali maafkan aku kerana tidak dapat menjadi sahabatmu yang setia. Hidup kita haluannya berbeza. Tak sama! Engkau dengan jalan hidup engkau dan aku dengan jalan hidupku.

Tetapi semuanya sudah suratan dan Allah telah menemukan kita dalam keadaan yang kita tak dapat jangkakan. Terima kasih sekali lagi kerana pengalaman ini mengajar aku mengenali siapa insan yang perlu ada dalam hidupku.

Semoga engkau berbahagia dengan jalan hidupmu sendiri. Maafkan aku kerana tak dapat menjadi sahabat setiamu. Kerana kita berbeza!

Sekian.

#Nota kaki: Pengajarannya: Biarkan kenangan lalu itu berlalu ucapkan Alhamdulillah dan terima kasih kepada yang hadir dan pergi dalam hidup kita kerana semuanya itu dari Allah dan Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat diri kita....

 


 

Wednesday, December 14, 2016

#12: Flashback 2010

Assalamualaikum... Morning!

Alhamdulillah... dah nak masuk tahun ke 7 saya berblogging. Blog saya ni ibarat seperti diary virtual tempat saya meluahkan isi hati dan perasaan saya. Walaupun tak 100% saya luahkan di sini tetapi rasanya apa yang saya tulis akan menjadi memori dan kenangan buat anak-anak bila diorang dah meningkat dewasa nanti.

Alhamdulillah... saya seronok berblogging walaupun follower tak ramai dan entri saya jarang berkomen. Insya Allah nawaitu saya berblogging bukan sebab nak kejar itu pun. Seperti saya nyatakan tadi, inilah diari virtual saya.

Menyingkap kenangan bermulanya blog IT'S ALL ABOUT OUR LIFE ni adalah pada Khamis, 1 April 2010. Dengan tajuk entri yang pertama, Apakah Perasaannya Berblogging? Pencetus idea berblogging ni datangnya dari seorang sahabat. Dan belajar sikit-sikit je dari dia cuba langkah pertama untuk membuat blog ni. Idea nama datang secara spontan! Tengok entri pertama tu pun dah boleh agak apa cerita yang ada dalam blog ni.

Insya Allah selagi ada idea saya akan berterusan menulis di blog ni. Secara tak disengajakan ada juga beberapa rakan baru yang saya kenal melalui dunia Blog ni.

#Nota Kaki: Ada rasa cam nak buat GiveAway sempena ulangtahun ke 7 ni. Ada yang nak ikut tak??


Monday, December 12, 2016

#10: Halwa Telinga

Assalamualaikum... Selamat Pagi!!

Untuk blogging challenge hari ni saya kena tulis entri tentang lagu-lagu yang saya suka dengar bila sedih, marah, happy, gembira atau bosan.

Saya takde kategori lagu-lagu untuk semua perasaan tu.... saya suka je dengar lagu-lagu yang saya suka tak kira masa bila pun perasaan tu. Sebab saya lebih suka dengar dari menonton TV. Dengar radio dalam kereta. Dengar Youtube kat PC.... Macam tu la.

So far saya ada deep interest kepada lagu-lagu Bahasa Inggeris instead of Bahasa Melayu. Maaf bukan nak condemn industri tempatan, cuma telinga lebih terima lagu bahasa asing.

Antara favorite saya...

 
LAGU-LAGU ALTERNATIVE ROCK

LAGU-LAGU OLDIES


 
PIONO PLAYER MAKSIM

 Banyak lagi la... Janji lagu-lagu bahasa Inggeris. Nak senaraikan nanti panjang berjela pulak entri ni... hehehe


Korang pulak minat lagu apa?

Saturday, December 10, 2016

#9: Self Improvement 2016

Assalamualaikum... Selamat Pagi!

Alhamdulillah.. terima kasih Ya Allah di atas segala kurniaan nikmat yang tak terhingga banyaknya dan yang tak disangka-sangka datang dari segenap penjuru. Terima kasih Ya Allah...

Projek #selfimprovement saya mula dilancarkan (chewah....ayat power!!) pada tahun 2014. Sebab saya mula rasa bosan dengan kehidupan yang sama dan saya fed up berhadapan dengan kehidupan yang sama pada masa tu. Alhamdulillah... Allah kasihkan kita dengan pelbagai cara. DIA memberikan kita petunjuk, jalan dan kemudahan cara dalam pelbagai bentuk. Kita kena terima dengan redha apa yang berlaku dalam kehidupan kita ok ke tak, bagus ke tak, lebih bagus atau tak dari orang lain. Kita kena berlapang dada bersangka baik dengan semua yang dah Allah rancangkan untuk kita. Bila kita redha, kita akan lebih bersabar dan kemudian kita akan berdoa dan berikhtiar dan akhirnya kita akan berserah kerana segala perancangan yang lebih baik itu datang dari Allah.

Alhamdulillah... dalam 2 tahun kebelakangan ni saya mampu merasa bangga dengan apa yang saya capai dalam hidup saya. Tiada yang lebih bermakna untuk kita kecapi selain dari "inner peace". Insya Allah saya akan terus istiqamah... Amin.

Sebelum ni saya adalah seorang yang negatif thinker. Saya membina "TEMBOK BERLIN" di sekitar hidup saya menolak untuk sesiapa masuk ke dalam hidup saya. Maka jadilah saya seperti kera sumbang. Kemudian saya mengorak langkah perubahan pertama iaitu untuk SENYUM. Memang sukar permulaannya. Bukan malu tetapi sebab pemikiran negatif tu saya takut bertentang mata dengan orang yang tak dikenali. Itu yang membanggakan saya sekarang sebab saya mampu memberikan SENYUMAN kepada orang yang tak dikenali walaupun orang tu tak reply balik dengan Senyuman.

Kerana pemikiran negatif membelenggu diri, saya selalu rasa rendah diri. Alhamdulillah kini saya boleh mendabik dada sebab saya dah dapat lawan sifat negatif tu... (eeeee... kereknya!!). Bukan senang nak ubah sesuatu yang menjadi kebiasaan dalam hidup kita.

Dengan anak-anak pun terkena tempias pemikiran negatif saya tu, bila rasa marah anak-anak jadi mangsa teriak tempik terpekik terlolong saya. Jangan la tersilap sikit... jadi monster la saya. Alhamdulillah... perlahan-lahan saya buang sikap negatif tu terhadap anak-anak. Kesian mereka jadi mangsa, sedangkan diorang tak bersalah pun.

Untuk kita merasa tenang, kita perlu let go dulu barang yang dah lepas. Forgive yourself and others. Kemudian kita kena bersungguh-sungguh melepaskan peristiwa yang membuat kita rasa sedih, tertekan, pilu, menderita, terseksa...

Untuk kehadiran 2017, permulaan yang baik untuk memulakan sesuatu kebaikan. Allah dah janjikan yang baik akan dibalas kebaikan. Insya Allah. Jom kita sama-sama beristiqamah melakukan kebaikan setiap hari! 

Monday, November 28, 2016

#8: Short Term Goals for this Month of December and Y?

Assalamualaikum.... Selamat Pagi!!

Alhamdulillah... diberikan kesempatan untuk hidup pada hari ni dan seterusnya Insya Allah agar kita dapat melakukan usaha yang dah kita set kan untuk tahun 2016. Tinggal tak berapa lama je lagi kita nak melangkah ke tahun baru 2017. Ayat yang cliche... tahun yang mencabar!

Untuk bulan Disember nanti, anak-anak dah mula bercuti means kita sebagai ibu terutamanya yang bekerja sebagi surirumah tangga sepenuh masa perlu la 1. mencari idea yang bernas untuk pengisian masa anak-anak di rumah. So, dah decide 25 November lepas kami akan adakan mesyuarat untuk membincangkannya. Hehehe...

Since bebudak dah cuti sekolah untuk bulan Disember, 2. ibu kena usahakan untuk mencari pendapatan sampingan untuk perbelanjaan bulan Januari 2017. Fyi, kat taman perumahan saya ni ada parents yang mintak tolong saya drive anak-anak diorang ke sekolah. Sebab anak-anak satu sekolah, satu darjah dan satu kelas satu taman so dapat la sikit-sikit tampung duit minyak harian. Ada beberapa source of income yang bakal diusahakan...
a. Elken (MRT dan Guasa)
b. Nurraysa
c. Jaga Homestay (Izzam Homestay)

Then sempena cuti sekolah dan juga keluarnya movie kat pawagam pada November ni, 3. ibu kenalah menyimpan budget untuk menonton citer ni.... hehehe.

Citer ni maknya yang terlebih...



Last but not least... 4. Review balik pencapaian kita sepanjang 2016 supaya kita boleh menambahbaik mana yang perlu dan mengekalkan mana yang dah kita capai. Insya Allah!

Jom Follow Me