Kita bersama

Daisypath Anniversary tickers

Nur Ilyanie Najwa

Lilypie Kids Birthday tickers

Nur Ilyanie Najihah

Lilypie Kids Birthday tickers

Follow Me

Monday, October 23, 2017

TIPS SOLEKAN MATA YANG NATURAL





TIPS SOLEKAN MATA YANG NATURAL

Kebanyakan wanita yang bekerjaya sukakan makeup  yang sederhana, tidak terlalu heavy namun nampak ringkas dan lebih natural walaupun bermakeup. Solekan pada mata juga boleh menaikkan seri di wajah supaya hasilnya nampak lebih cantik dan natural tanpa solekan yang berlebihan.


LANGKAH 1 : Pembayang Mata
Anda perlukan tiga warna pembayang mata iaitu tona tanah yang cerah, sederhana cerah dan gelap. Sapukan tona cerah bermula dari garisan bulu mata sehingga ke bawah kening.
Kemudian, sapukan pembayang mata dengan tona sederhana cerah. Tona sederhana cerah adalah definisi kepada warna natural, jadi anda tidak perlu meratakan pembayang tersebut.
Untuk tampak lebih gelap, sapukan pembayang mata tona gelap di garisan mata yang berkedut untuk menampakkan pembayang mata tersebut sekata dengan warna cerah tadi.
 
 
LANGKAH 2 : Penggaris Mata
Gunakan penggaris mata yang berona gelap untuk menggariskan sepanjang hujung kelopak mata.
Pastikan garisan yang anda oles menggunakan penggaris mata pada bahagian atas kelopak mata dan bawah garisan bulu mata bertemu pada hujung mata.
Juga pastikan penggaris mata itu tersebut kering kerana jika tidak ia akan menyebabkan penggaris mata comot di sekitar kelopak mata.
 
 
LANGKAH 3 : Maskara
Gunakan pelentik bulu mata sebelum memakai maskara.
Oles maskara bermula dari akar bulu mata sehingga ke penghujung bulu mata.
Sapu beberapa lapis maskara agar bulu mata tampak lebih lentik dan tebal.

Selamat Mencuba!

Monday, October 16, 2017

4 TEKNIK MUDAH MEMAKAI PERFECT BROW SHAPING NURRAYSA


4 TEKNIK MUDAH MEMAKAI PERFECT BROW SHAPING NURRAYSA

Hai semua, siapa dekat sini dah dapatkan Perfect Brow Shaping Nurraysa? Dah dapatkan Brow Shaping tapi tak reti nak guna macam mana sebab anda baru nak try?
Ha… jangan risau. Kakyung akan share kan step mudah cara memakai perfect brow shaping Nurraysa okay? Jom check it out.

LANGKAH 1:
Sikat bulu kening dengan menggunakan berus dengan mengahala ke atas
LANGKAH 2: 
Dengan menggunakan Perfect Brow Shaping lukis bentuk kening
LANGKAH 3:
Penuhkan kening yang dilukis tadi dengan menggunakan Perfet Brow Shaping
LANGKAH 4:
Sentuhan terakhir, dapkan Glowing DD Moist Cake di bawah kening agar kening lebih nampak kemas

Jom Follow Me