Kita bersama

Daisypath Anniversary tickers

Nur Ilyanie Najwa

Lilypie Kids Birthday tickers

Nur Ilyanie Najihah

Lilypie Kids Birthday tickers

Follow Me

Showing posts with label Set Mekap Nurraysa. Show all posts
Showing posts with label Set Mekap Nurraysa. Show all posts

Wednesday, February 28, 2018

SET MEKAP NURRAYSA BEAUTY



SET MEKAP NURRAYSA
Orang kata tak kenal maka tak cinta kan.. Jom kenal2 dengan set makeup Nurraysa. πŸ˜Š
Dengan set makeup Nurraysa pun boleh nampak cun dan gojes tau..πŸ˜‰
πŸ“ŒGlowing DD Moist Cake
- campuran Foundation + Concealer + Powder berasaskan aloevera .

πŸ“ŒPerfect Brow Shaping
-berasaskan beeswax extract drpada yang mana senang utk dicuci dan telap air serta merawat kulit .

πŸ“ŒMiracle Black Eyeliner
- berasaskan beeswax extract drpada yang mana senang utk dicuci dan telap air serta merawat kulit .

πŸ“ŒPearl Magic Lipstick
-berasaskan kolagen utk merawat masalah bibir kering, kehitaman dan sensitif.

πŸ“ŒMineral Blusher
-mengandungi mineral kompleks utk menaikan seri wajah

πŸ“ŒMineral Loose Powder
-berasaskan bahan semulajadi menggunakan teknologi nano utk merawat kulit .

πŸ“ŒEye Make Up Remover
-πŸ¦‹Membersihkan segala kotoran dan habuk yang melekat serta bahan kosmetik/bedak/sunblock lotion yang digunakan pada wajah.

πŸ“Œ Perfect Long Lash Mascara 
Cepat dipakai, Mudah kering, Tidak Comot & Mudah Dicuci.Mascara Nurraysa membantu anda memanjangkan bulu mata sepantas 3 saat

Kelebihan Set Mekap Nurraysa :

✔Tanpa SILIKON
✔Mesra wudhu
✔Mesra solat
✔Senang dicuci
✔Tampil cantik sambil merawat
✔Tahan lama

** Nak cuba mana2 satu item pun boleh. πŸ˜‰
ada siapa nak cuba xπŸ™‹‍♀πŸ™‹‍♀
Berminat, meh whatsaap kakyung
0175346280















Monday, October 30, 2017

TIPS MEMAKAI BLUSHER MENGIKUT KESESUAIAN BENTUK WAJAH


TIPS MEMAKAI BLUSHER MENGIKUT KESESUAIAN BENTUK WAJAH


Sebelum kita nak keluar pastinya sudah tidak asing lagi dengan Blusher? Meskipun cara menggunakan blusher terlihat sangat senang, tapi tahu tak kalau setiap wajah memiliki cara memakai blusher yang berbeza mengikut bentuk wajah itu sendiri. Pemakaian yang salah membuat wajah akan kelihatan tidak cantik

 Nah, intai tips memakai Blusher mengikut kesesuaian bentuk muka dibawah ini!


Oval
  • Untuk  yang memiliki bentuk wajah oval, aplikasikan blusher secara memutar di bahagian tengah pipi, kemudian ke arah bahagian pelipis mata. Melalui cara ini akan menonjolkan tulang pipi tanpa terlihat berlebihan.


Bulat
  • Pemakaian blusher untuk wanita yang berwajah bulat. Sebaiknya dimulakan pada bagian bawah tulang pipi ke arah sudut mata. Aplikasikan blusher dengan gerakan dari atas kebawah. Cara ini memberikan effect pada wajah jadi lebih tirus dan ramping.


Petak
  • Sapukan blusher dengan cara memutar dan fokus pada bulatan pipi, cara ini untuk menyamarkan bentuk rahang. Bila menginginkan bentuk rahang bulat, kamu perlu menyapu blusher dari dagu ke bahagian bawah telinga secara nipis.


Hati
  • Kamu perlu menyapukan blusher dari arah tulang pipi ke arah telinga lurus secara horizontal. Supaya wajah nampak  lebih lebar. Boleh ditambahkan shading di area dagu dengan pemilihan warna yang lebih gelap dari warna blusher yang digunakan. Hasil akhir dari pemakaian blusher ini akan membuatmu terlihat feminin dan lembut.


Haa..dah tahukan teknik menggunakan blusher yang bersesuaian dengan bentuk wajah korang? Selamat mencuba !

Monday, October 23, 2017

TIPS SOLEKAN MATA YANG NATURAL





TIPS SOLEKAN MATA YANG NATURAL

Kebanyakan wanita yang bekerjaya sukakan makeup  yang sederhana, tidak terlalu heavy namun nampak ringkas dan lebih natural walaupun bermakeup. Solekan pada mata juga boleh menaikkan seri di wajah supaya hasilnya nampak lebih cantik dan natural tanpa solekan yang berlebihan.


LANGKAH 1 : Pembayang Mata
Anda perlukan tiga warna pembayang mata iaitu tona tanah yang cerah, sederhana cerah dan gelap. Sapukan tona cerah bermula dari garisan bulu mata sehingga ke bawah kening.
Kemudian, sapukan pembayang mata dengan tona sederhana cerah. Tona sederhana cerah adalah definisi kepada warna natural, jadi anda tidak perlu meratakan pembayang tersebut.
Untuk tampak lebih gelap, sapukan pembayang mata tona gelap di garisan mata yang berkedut untuk menampakkan pembayang mata tersebut sekata dengan warna cerah tadi.
 
 
LANGKAH 2 : Penggaris Mata
Gunakan penggaris mata yang berona gelap untuk menggariskan sepanjang hujung kelopak mata.
Pastikan garisan yang anda oles menggunakan penggaris mata pada bahagian atas kelopak mata dan bawah garisan bulu mata bertemu pada hujung mata.
Juga pastikan penggaris mata itu tersebut kering kerana jika tidak ia akan menyebabkan penggaris mata comot di sekitar kelopak mata.
 
 
LANGKAH 3 : Maskara
Gunakan pelentik bulu mata sebelum memakai maskara.
Oles maskara bermula dari akar bulu mata sehingga ke penghujung bulu mata.
Sapu beberapa lapis maskara agar bulu mata tampak lebih lentik dan tebal.

Selamat Mencuba!

Monday, October 16, 2017

4 TEKNIK MUDAH MEMAKAI PERFECT BROW SHAPING NURRAYSA


4 TEKNIK MUDAH MEMAKAI PERFECT BROW SHAPING NURRAYSA

Hai semua, siapa dekat sini dah dapatkan Perfect Brow Shaping Nurraysa? Dah dapatkan Brow Shaping tapi tak reti nak guna macam mana sebab anda baru nak try?
Ha… jangan risau. Kakyung akan share kan step mudah cara memakai perfect brow shaping Nurraysa okay? Jom check it out.

LANGKAH 1:
Sikat bulu kening dengan menggunakan berus dengan mengahala ke atas
LANGKAH 2: 
Dengan menggunakan Perfect Brow Shaping lukis bentuk kening
LANGKAH 3:
Penuhkan kening yang dilukis tadi dengan menggunakan Perfet Brow Shaping
LANGKAH 4:
Sentuhan terakhir, dapkan Glowing DD Moist Cake di bawah kening agar kening lebih nampak kemas

Jom Follow Me