Kita bersama

Daisypath Anniversary tickers

Nur Ilyanie Najwa

Lilypie Kids Birthday tickers

Nur Ilyanie Najihah

Lilypie Kids Birthday tickers

Follow Me

Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Monday, April 2, 2018

Tips Biz Dropship

Tips Biz untuk Newbie
Biz tanpa modal (Part 1).

Yup! Untungkan buat biz tanpa keluar modal. Mula-mula kakyung start jadi dropship Nurraysa memang tak keluar modal.

Tapi kan....
RM untuk beli top up internet tu dikira modal la kan?
RM untuk isi minyak kereta jika buat COD macam kakyung tu dikira modal kan?
RM untuk beli plastik bungkus barang nak bagi customer tu kira modal kan?
Jadinya kakyung masih kena keluar RM untuk menjalankan aktiviti bizdropship walaupun permulaannya dikatakan Biz tanpa Modal..

Hukumnya simpel je.. buat Biz mesti kena keluar RM untuk dapat hasil berbentuk Jualan@Keuntungan.

Yang dikatakan Biz tanpa Modal itu hanyalah tidak keluar RM untuk beli stok, set up biz itu sendiri dan set up premis. Ini yang dikatakan tidak keluar RM sebagai modal permulaan.

Itulah kelebihan yang ada bagi newbie yang pestime nak mencebur diri dengan biz on9, yang takde RM sebagai modal permulaan.

Biz Modal Rendah.

Monday, March 26, 2018

Tips Biz Dropship

Tips Biz untuk Newbie
Tips ni khas untuk kawan-kawan yang baru mula terfikir, baru mula bergerak, baru mula berjinak-jinak nak buat biz low cost modal macam kakyung.

Bila kata nak buat biz, setiap hari mesti perlu pastikan ada aktiviti bizdijalankan. Sangat-sangat pelik bila kata nak buat biz tapi aktiviti biz tidak dibuat setiap hari.

Contohnya macam kakyung buat Dropship Nurraysa Beauty secara online dan offline. Jadi aktiviti biz yang kakyung kena buat SETIAP HARI ialah ikut jadual ni
Jadual posting setiap hari...on9
ucap selamat pagi, share tips, share testimoni, share promosi produk share info produk, share testimoni dan buat jualan.


Pastu aktiviti biz secara offline kena update akaun, rekod order, edar flyers, edar sampel, follow up customer. Macam tu la.
In Shaa Allah asbab usaha kita bertindak SETIAP HARI, ada rezeki kita nanti.
Semoga Bermanfaat!
SILAKAN SHARE.

Monday, March 19, 2018

6 TIPS DEKORASI UNTUK RUANG TAMU KECIL

6 TIPS DEKORASI UNTUK  RUANG TAMU KECIL
Kebanyakan idea dekorasi ruang tamu kecil biasanya memanipulasi mata untuk jadikan ruang nampak lebih luas. Pelbagai trik digunakan dalam pemilihan perabot, pemilihan warna tema, aksesori dan juga susunan untuk pastikan ruang tamu yang kecil tampil lebih selesa. Untuk itu admin akan kongsi beberapa idea di bawah. Mungkin idea yang akan admin bawakan ini sudah diketahui ramai. Tetapi, ia masih relevan dalam memastikan dekorasi untuk ruang tamu kecil lebih sempurna. Hari ini admin bawakan kepada anda semua beberapa tips serta contoh dekorasi ruang tamu kecil yang pasti buat anda teruja. Siapa tahu, mungkin ada di antara contoh ini sesuai dengan citarasa anda. Walau sekecil mana pun ruang tamu anda, ia layak untuk dijadikan tempat untuk berehat sambil berhibur bersama keluarga. Inilah tips dan contoh dekorasi ruang tamu yang kecil patut anda nilai.

1. GUNAKAN CERMIN HIASAN
Tips menggunakan cermin pada dinding selalu digunakan oleh kebanyakan pakar hiasan dalaman untuk pastikan ruang nampak lebih luas. Bukan itu saja, cermin hias dinding juga mampu menjadikan ruang tampil lebih elegant dengan gaya tersendiri.

2. GUNA WARNA NEUTRAL UNTUK RUANG TAMU
Gunakan warna neutral pada dinding, siling, lantai atau hiasan perabot contohnya kusyen. Warna neutral lebih diberi keutamaan kerana ia mampu bangkitkan rasa tenang dan buat ruang tamu anda nampak lebih luas. Sebagai contoh, ruang tamu dengan warna beige mampu jadikan ruang lebih menyerlah pada ruang kecil.

3. GUNA MEJA KOPI YANG SESUAI
Untuk ruang yang kecil mungkin anda perlu ubah balik meja kopi kepada saiz yang lebih kecil. Dari sebuah meja kopi yang bersaiz besar anda mungkin boleh tukar kepada 2 meja bulat yang bersaiz kecil. Bukan saja cantik untuk ruang yang kecil malah bagus untuk “traffic flow”, dan mudah alih.

4. PILIH PERABOT BERSAIZ KECIL
Senarai tips dekorasi ruang tamu kecil di atas seakan tidak lengkap tanpa idea pemilihan perabot. Saiz perabot adalah penting untuk diambil kira agar ruang tamu yang kecil tidak terlalu sesak. Pilih perabot yang tidak terlalu besar kerana ini akan menjimatkan ruang. Guna konsep yang biasa kita dengar dalam hiasan dalaman – “Less is More”.

5. SUSUNAN PERABOT
Cuba susun set sofa atau kerusi di tengah-tengah, berbanding meletakkan kerusi rapat ke dinding. Jika anda tinggalkan jarak di antara perabot dan dinding, ini akan buatkan ruang tamu nampak lebih luas dan selesa. Idea lain yang juga selalu digunakan ialah dengan memilih perabot yang lebih rendah.

6. GANTUNG HIASAN DINDING
Anda boleh tampilkan hiasan dinding untuk berikan ilusi berbeza pada mata. Ini adalah helah untuk membawa mata fokus kepada hiasan dinding yang seterusnya jadikan ruang nampak lebih luas. Bukan saja berfungsi sebagai hiasan, untuk hiasan dinding juga memberikan identiti tersendiri kepada pemilik rumah.

Sumber: Hias.my

Jom Follow Me