Kita bersama

Daisypath Anniversary tickers

Nur Ilyanie Najwa

Lilypie Kids Birthday tickers

Nur Ilyanie Najihah

Lilypie Kids Birthday tickers

Follow Me

Thursday, March 15, 2018

PENGENALAN TENTANG NURRAYSA

logo nurraysa.png
Nurraysa Beauty sebuah syarikat produk kecantikan buatan muslimah yang diasaskan oleh Puan Nur Aini Zolkepeli. Nurraysa Beauty mengeluarkan produk kecantikan yang berasaskan bahan-bahan semulajadi dan membawa tema MESRA WUDUK. Semua produk keluaran NURRAYSA BEAUTY bebas daripada kimia merbahaya sesuai dengan temanya yang Mesra Wuduk di mana ia mudah dicuci dan boleh dibawa solat.

Berikut adalah Kenapa Nurraysa Mesra Wuduk;

MESRA WUDHUK:
Tanpa silikon dan tanpa plumbum yang menghalang air sampai ke pori bila berwuduk.

BEBAS SLES:
SLES digunakan untuk menggalakkan buih keluar lebih banyak tetapi tidak elok untuk kulit kerana untuk kulit sensitif boleh menyebabkan keradangan atau kulit menjadi kering.

BEBAS PARABEN:
Bahan-bahan ini adalah mimik estrogen. Apabila digunakan pada kulit akan masuk ke dalam aliran darah dan berlaku ketidakseimbangan estrogen. Boleh menyebabkan baligh awal atau menyebabkan masalah pembiakan dalam kedua2 lelaki dan wanita.

BEBAS PLUMBUM:
Bahan yang boleh menyebabkan bibir kita menjadi hitam apabila dipakai lama kerana ia terdiri daripada toksik logam yang boleh menyebabkan penyakit kronik seperti kanser.

Nama NURRAYSA merupakan gabungan dari 3 nama depan keluarga pengasas nurraysa iaitu :
NUR : Nama awal pengasas sendiri NUR AINI ZOLKEPELI
RAY  : Nama Anak Sulung RAYYAN
SA     : Nama Suami SAIFUL

Monday, March 12, 2018

Setiap Hari adalah "Present" untuk diri sendiri

Assalamualaikum..

Bestnya kalau setiap hari orang bagi kita hadiah kan? Tambahan pulak kalau hadiah tu dapat dari orang yang kita sayang dan kita cintai. Terima pula hadiah tu surprise gift di hadapan rakan-rakan sekerja kita, kembang kuncup jap jadinya. Hehehehe...

Itu kita terima hadiah (PRESENT) dari manusia setiap hari, tak kisah la apa bentuk hadiahnya apatah lagi kalau memang benda yang kita nak sesangat orang bagi sebagai hadiah. 

Itu juga tamsilan untuk kehidupan kita setiap hari. Allah bagi peluang kita mendapat hadiah (PRESENT) setiap hari. Setiap hari kita dapat macam-macam gift dariNya dalam bentuk rahmat dan nikmat rezeki yang melimpah ruah. Even jika kita menerima ujian dan dugaan itu juga adalah rahmat Allah yang menunjukkan kasih sayangNya kepada kita.

Rezeki yang Allah bagi tu bukan tertakluk pada wang ringgit semata-mata. Keupayaan kita mencelikkan mata dan menyedut udara setiap pagi selepas 'dimatikan' seketika pada malam harinya itu adalah rahmat dan nikmat paling besar.

Bangun pagi tiada ucapan yang lebih baik dari 'ALHAMDULILLAH' kita mulakan dan kemudian memulakan rutin di mulai menyebut nama yang agung, BISMILLAH...

Allah SWT berfirman:
Credit pic: Google



Jom Follow Me