Kita bersama

Daisypath Anniversary tickers

Nur Ilyanie Najwa

Lilypie Kids Birthday tickers

Nur Ilyanie Najihah

Lilypie Kids Birthday tickers

Follow Me

Friday, March 11, 2011

Semua orang pun bz. Tapi saya lagi.....bz!

Assalamualaikum semua!

Yup! Semua orang bz, tp saya lagi... bz! (Bz la sangat...).
Sampai sekarang saya masih struggle ngan kehidupan baru saya bersama orang baru. Since dia masih kecil dan memerlukan perhatian yang lebih, tambahan pula saya yang mengasuh dan mengadun dirinya sejak lahir sampai la sekarang ni dah 2 bulan. Makanya, dia mengada2 tak mo kat orang lain.

Bulan April nanti saya perlu menghadiri kursus 2 hari di Morib, so terpaksa la tinggalkan dia (but lum buat decision sama ada tinggal di umah atau angkut sekali ke tempat kursus tu).
Sekarang saya menginap di umah mak saya sehingga la nak ke kursus tu nanti. Plan asalnya nak bagi bb Jihah biasakan diri ngan tangan opah. Tapi hmmm..... nampak cam tak berjaya je. Ada la 2 kali saya kuar umah lebih dari 2 jam.

First saya g salon rambut tuk gunting rambut dan basuh, tapi tak sampai 2 jam pun saya ke sana mak kata bb Jihah nangis2 tak mo di pujuk.

Second time kuar berdua ngan En.Hubby g Tesco beli barang2 dapur. Niat asal nak berdating la ngan En. Hubby, alih2 saja try call umah tanya pasal bb Jihah. Pun akhirnya berdating kat umah je balik.. hehehe...

Bab nak kasi EBM tu takde masalah sebab dia dah mau minum EBM dalam botol. Bab nangis2 meragam walau dah bagi susu tu yang tak tau nak handle camne. Sebab tu saya dok tanya pengalaman u all bila antar bb kat bbsitter camne diorg handle bb u all?? Ye la.. anak2 kita berbeza sikit sebab guna EBM instead of bagi FM.

Oh ya! Tentang kursus di Morib tu, saya dapat tawaran dari SPA sebenarnya untuk g kursus bagi jawatan Penguasa Kastam. Ada sesiapa yang dapat tawaran yang sama tak? Meh la bagi tau saya. Leh la kita calling2 contact...

Ok la yek! Sian plak kat kakyung Wawa nakkan perhatian dari ibunya. Beransur dulu yek!!

See u real soon!!

Thursday, March 10, 2011

Happy 4th Anniversary!

*Special entry to a special couple


4 tahun lalu kita disatukan dalam ikatan yang sah walaupun kita berdua banyak perbezaannya.
2 tahun sebelumnya kita dipertemukan semula pabila diriku memerlukan seseorang sebagai tempat mengadu.

Dalam masa 2 tahun tu jugak, kita melalui pelbagai rintangan dan halangan sebelum kita dapat disatukan dalam ikatan yang sah.

4 tahun selepas itu kita dikurniakan seorang lagi permata hati yang mengikat kasih sayang dan rasa cinta antara kita.
Walaupun dalam masa 6 tahun ni kita dah lalui bermacam2 halangan dugaan dan cabaran, Insya Allah kita akan tetap bersatu sepakat dan sehati sehingga ke akhir hayat dengan izin dariNya.

Dan harapan kita agar 10, 20 tahun dari sekarang dan sehingga ke akhir hayat, kita akan tetap bersama melalui segala suka duka pahit manis dan segala ranjau kehidupan bersama seia sekata sehati dan sejiwa.

Amin...Ya Rabbal 'Alamin....

Happy 4th Anniversary To Us!

090307-090311


Jom Follow Me