Kita bersama

Daisypath Anniversary tickers

Nur Ilyanie Najwa

Lilypie Kids Birthday tickers

Nur Ilyanie Najihah

Lilypie Kids Birthday tickers

Tuesday, February 21, 2017

#18:Plans/dreams/goals you have

Assalamualaikum... selamat pagi!

Apa kabar hari ni? Saya alhamdulillah sihat. Hari ni kat ipoh hujan lebat, syok ooo dapat tarik selimut kan... hikhikhik. By the way, meneruskan cabaran hari ni saya kena menulis ikut tajuk tu. Setiap orang pun ada impian, harapan, cita-cita dan matlamat hidup. Hmmm... mana satu saya nak mulakan dulu ye.

Macam ni la.. impian besar saya ialah saya nak sihat dan cantik sampai ke tua, aamiin In shaa Allah..

Suka tengok orang-orang tua yang berbangsa Cina dan Mat Salleh. Dah tua pun masih aktif buat macam-macam aktiviti. In shaa Allah saya pun nak macam tu.




Bila dah capai usia retirement, saya nak terus aktif dan impian saya, saya nak mulakan aktiviti kemasyarakatan. Jadi volunteer kat rumah anak yatim. Mula nak berkhidmat untuk masyarakat, masa ni anak-anak dah membesar dan sedang membina kehidupan mereka sendiri. In shaa Allah semua ni perancangan saya, semoga Allah mempermudahkan aamiin..

Friday, February 17, 2017

Kuliah Jumaat: Rezeki yang melimpah ruah

Assalamualaikum... Selamat Pagi!

 #syukurselalu, Allah memberikan kita rezeki yang melimpah ruah. Tetapi manusia selalu melihat kepada perkara yang belum ada, tiada, tak sama, berbeza.

Lihat dulu apa yang ada, apa yang sedang kita perolehi, secukupnya...

Salam Jumaat penuh barakah.

 

Saturday, February 11, 2017

#16: It's me Fatin Nurraysa

Assalamualaikum... Selamat pagi!

Apa khabar komer? Harap semuanya dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Hehehe macam nak mengarang surat pulak. Meneruskan misi Blogging Challenge hari ni saya kena post entri gambar yang terkini. 
Tapi apa ke halnya tajuk tu?
 Ha.. Memang nak iklan sama pun. Hehehe..


Gambar ni test pakai Lipstik ngan Maskara Nurraysa. Saya memang guna Loose Powder Nurraysa.
 Set Make Up Nurraysa memang best pakai! Bila pakai tu rasa macam tak pakai, tapi orang akan tegur kita bila tengok muka kita sebelum guna dan selepas guna. Yup! Seeing is believing kan... So tengok la perbezaannya ye.

Kak Ngah Najihah pun nak juga, bila tengok ibunya melawa. Tiada kesan sampingan jika digunakan ke atas kulit kanak-kanak sebab produk Nurraysa Beauty produk bebas bahan kimia.

Yang ni testing guna DD Moist Cake, Loose Powder, Eyeliner. Eyeliner Nurraysa senang digunakan dan senang ditanggalkan cuma basuh dengan air je dan tak comot.

 Rugi tak cuba tau... Siapa yang berminat nak tau leh contact saya ye.
FB: Fatin Nurraysa
@
SMS/WeChat/Telegram/Call je No Ni ๐Ÿ“ฑ0175346280 Fatin
๐Ÿš—free COD RTC Gopeng, Medan Gopeng, Tambun, Batu Gajah

Wednesday, February 8, 2017

#17: Tajuk Entri Asal Saya Ubah

Assalamualaikum... Selamat Pagi!

Tajuk asal entri #17 ni saya ubah sebab saya memang takkan buat macam tajuk yang diminta tu.

Alhamdulillah saya sangat bersyukur dengan siapa diri saya sekarang. Hidup saya sederhana dalam semua segi. Dari segi diri sendiri saya pernah la, mengaku la kan sebelum ni tak suka, benci, menyampah dengan diri sendiri. Buktinya tak selalu suka tengok cermin. Bila tengok cermin nampak keadaan diri rasa sedih dan benci. Itu dulu..... dulukala la... masa zaman jahiliah dulu.

Alhamdulillah... sekarang bila tengok cermin saya mampu tersenyum pada diri sendiri dan selalu mengucapkan kata-kata positif pada diri sendiri.  Mampu untuk melihat ke dalam mata diri sendiri.

Kalau kawan-kawan nak tau, salah satu punca hidup kita dibelenggu nasib malang adalah kerana kita belum menerima diri kita 100% segala keburukan dan kebaikan. Cuba berdiri di hadapan cermin dan tenung mata kita sendiri sedalam-dalamnya. Lihat apa reaksi kita, secara fizikal dan secara rohani (apa kata hati).

Alhamdulillah hidup saya sederhana dari segi kewangan. Masih ada tempat tidur yang selesa, masih makan walau adakala tak ikut selera tekak, masih boleh ke sana ke mari dengan mudah.

Alhamdulillah saya di kelilingi oleh orang yang sentiasa sayangkan saya dan sentiasa melindungi saya.

 Kita adalah diri kita. Apa yang berlaku dalam kehidupan kita adalah atas pilihan kita sendiri. Takde yang menjadi punca sebenar melainkan asbab untuk kita meneruskan hidup di dunia yang fana ni. Jangan kata sebab mak la saya jadi macam ni, sebab awak la saya tak dapat buat ni... No no no no..
Kaji selidik balik, asalnya adalah dari kita sendiri. Pilihan yang kita buat Baik atau Tidak Baik. Dan selebihnya adalah ujian dari Allah untuk kita sebab bila kita ditimpa ujian baru kita kerapkali menyebut namaNya dan itu yang Dia suka.

Bersyukurlah dengan apa yang ada pada diri kita kurang atau lebih sebab itu adalah pinjaman dari Allah. Semua pun bukan kita punya.

Alhamdulillah... Thank you Allah!

Saturday, February 4, 2017

#15: 10 lagu yang paling suka dengar kat radio ke.. youtube ke...


Assalamualaikum... Selamat Pagi!

Citer pasal lagu-lagu ni boleh tengok entri saya yang lepas ni. So meneruskan blogging challenge saya, hari ni entri ke #15, saya kena citer lagu top 10 yang saya suka dengar (since saya takde iPod ke iPad ke) kat radio la selalunya... kekadang kat Youtube.

Apa lagu kegemaran korang?

ZAYN, Taylor Swift - I Don’t Wanna Live Forever

Ed Sheeran - Shape Of You

Shawn Mendes - Treat You Better

twenty one pilots: Heathens 

 Yuna - Crush ft. Usher

Miike Snow - Genghis Khan 

 twenty one pilots: Ride

 Bruno Mars - 24K Magic

Coldplay - Hymn For The Weekend 

Justin timberlake- CAN'T STOP THE FEELING!

Jom Follow Me

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails