Kita bersama

Daisypath Anniversary tickers

Nur Ilyanie Najwa

Lilypie Kids Birthday tickers

Nur Ilyanie Najihah

Lilypie Kids Birthday tickers

Saturday, December 31, 2016

#Edisi Nurraysa Beauty- Dia dah mai dah... Dia dah mai dah...........

Assalamualaikum... Selamat Pagi!!

Dia datang dengan lenggang lenggoknya....

Dia datang dengan senyum manisnya.....

Dia dah mai dah... Dia dah mai dah....

Apa yang dah mai dah ni?????

Apalagi??!

Nun dia.......



Cepat-cepat grab peluang keemasan ni sebab masa terhad, stok yang ada pun terhad dah.... Semua orang pakat rebut nak dapatkan set combo cam kat dalam gambar di bawah ni. Once in a life time offer la kata Mat Salleh!

Yang tak tahan tu yang ni ha........


Semua ada dalam satu set... Lengkap baq hang!!!
 1. Glowing DD Moist Cake
2. Flawless mineral loose powder
3. Perfect Brow shaping
4. Miracle Black Eyeliner
5. Perfect Long Lash Mascara
6. Shining Mineral Blusher
7. Pearl Magic Lipstick
8. Fast Clean Eye Makeup Remover
 Yang paling penting set make up ni daripada bahan semulajadi. Lepas tu bila kita nak solat, kita ambil wudhu, touch up muka dengan set ni dah boleh solat dah... Senang cepat dan Murah je!!!

Itu je ke??

Ada lagi baq hang.....

Nin dia...












 Apa tunggu lagi??? Cepat-cepat grab peluang keemasan ni. Nanti lambat menyesal sebab kena tunggu lama.......... lagi baru dapat peluang macam ni.

#belumcubabelumtau
#dahcubanakgunaselalu
#NurraysaBeauty
#mesrawudhu
#mesrasolat
PM Whatsapp/SMS/WeChat/Call 017-5346280
FB: Fatin Nurraysa
 

Monday, December 19, 2016

#13: Surat buat Si Polan

Dear Si Polan,

Terima kasih kerana hadir dalam hidupku dan mencorakkan pengalaman yang menjadi memori dan kenangan. Pertama sekali maafkan aku kerana tidak dapat menjadi sahabatmu yang setia. Hidup kita haluannya berbeza. Tak sama! Engkau dengan jalan hidup engkau dan aku dengan jalan hidupku.

Tetapi semuanya sudah suratan dan Allah telah menemukan kita dalam keadaan yang kita tak dapat jangkakan. Terima kasih sekali lagi kerana pengalaman ini mengajar aku mengenali siapa insan yang perlu ada dalam hidupku.

Semoga engkau berbahagia dengan jalan hidupmu sendiri. Maafkan aku kerana tak dapat menjadi sahabat setiamu. Kerana kita berbeza!

Sekian.

#Nota kaki: Pengajarannya: Biarkan kenangan lalu itu berlalu ucapkan Alhamdulillah dan terima kasih kepada yang hadir dan pergi dalam hidup kita kerana semuanya itu dari Allah dan Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat diri kita....

 


 

Wednesday, December 14, 2016

#12: Flashback 2010

Assalamualaikum... Morning!

Alhamdulillah... dah nak masuk tahun ke 7 saya berblogging. Blog saya ni ibarat seperti diary virtual tempat saya meluahkan isi hati dan perasaan saya. Walaupun tak 100% saya luahkan di sini tetapi rasanya apa yang saya tulis akan menjadi memori dan kenangan buat anak-anak bila diorang dah meningkat dewasa nanti.

Alhamdulillah... saya seronok berblogging walaupun follower tak ramai dan entri saya jarang berkomen. Insya Allah nawaitu saya berblogging bukan sebab nak kejar itu pun. Seperti saya nyatakan tadi, inilah diari virtual saya.

Menyingkap kenangan bermulanya blog IT'S ALL ABOUT OUR LIFE ni adalah pada Khamis, 1 April 2010. Dengan tajuk entri yang pertama, Apakah Perasaannya Berblogging? Pencetus idea berblogging ni datangnya dari seorang sahabat. Dan belajar sikit-sikit je dari dia cuba langkah pertama untuk membuat blog ni. Idea nama datang secara spontan! Tengok entri pertama tu pun dah boleh agak apa cerita yang ada dalam blog ni.

Insya Allah selagi ada idea saya akan berterusan menulis di blog ni. Secara tak disengajakan ada juga beberapa rakan baru yang saya kenal melalui dunia Blog ni.

#Nota Kaki: Ada rasa cam nak buat GiveAway sempena ulangtahun ke 7 ni. Ada yang nak ikut tak??


Monday, December 12, 2016

#10: Halwa Telinga

Assalamualaikum... Selamat Pagi!!

Untuk blogging challenge hari ni saya kena tulis entri tentang lagu-lagu yang saya suka dengar bila sedih, marah, happy, gembira atau bosan.

Saya takde kategori lagu-lagu untuk semua perasaan tu.... saya suka je dengar lagu-lagu yang saya suka tak kira masa bila pun perasaan tu. Sebab saya lebih suka dengar dari menonton TV. Dengar radio dalam kereta. Dengar Youtube kat PC.... Macam tu la.

So far saya ada deep interest kepada lagu-lagu Bahasa Inggeris instead of Bahasa Melayu. Maaf bukan nak condemn industri tempatan, cuma telinga lebih terima lagu bahasa asing.

Antara favorite saya...

 
LAGU-LAGU ALTERNATIVE ROCK

LAGU-LAGU OLDIES


 
PIONO PLAYER MAKSIM

 Banyak lagi la... Janji lagu-lagu bahasa Inggeris. Nak senaraikan nanti panjang berjela pulak entri ni... hehehe


Korang pulak minat lagu apa?

Saturday, December 10, 2016

#9: Self Improvement 2016

Assalamualaikum... Selamat Pagi!

Alhamdulillah.. terima kasih Ya Allah di atas segala kurniaan nikmat yang tak terhingga banyaknya dan yang tak disangka-sangka datang dari segenap penjuru. Terima kasih Ya Allah...

Projek #selfimprovement saya mula dilancarkan (chewah....ayat power!!) pada tahun 2014. Sebab saya mula rasa bosan dengan kehidupan yang sama dan saya fed up berhadapan dengan kehidupan yang sama pada masa tu. Alhamdulillah... Allah kasihkan kita dengan pelbagai cara. DIA memberikan kita petunjuk, jalan dan kemudahan cara dalam pelbagai bentuk. Kita kena terima dengan redha apa yang berlaku dalam kehidupan kita ok ke tak, bagus ke tak, lebih bagus atau tak dari orang lain. Kita kena berlapang dada bersangka baik dengan semua yang dah Allah rancangkan untuk kita. Bila kita redha, kita akan lebih bersabar dan kemudian kita akan berdoa dan berikhtiar dan akhirnya kita akan berserah kerana segala perancangan yang lebih baik itu datang dari Allah.

Alhamdulillah... dalam 2 tahun kebelakangan ni saya mampu merasa bangga dengan apa yang saya capai dalam hidup saya. Tiada yang lebih bermakna untuk kita kecapi selain dari "inner peace". Insya Allah saya akan terus istiqamah... Amin.

Sebelum ni saya adalah seorang yang negatif thinker. Saya membina "TEMBOK BERLIN" di sekitar hidup saya menolak untuk sesiapa masuk ke dalam hidup saya. Maka jadilah saya seperti kera sumbang. Kemudian saya mengorak langkah perubahan pertama iaitu untuk SENYUM. Memang sukar permulaannya. Bukan malu tetapi sebab pemikiran negatif tu saya takut bertentang mata dengan orang yang tak dikenali. Itu yang membanggakan saya sekarang sebab saya mampu memberikan SENYUMAN kepada orang yang tak dikenali walaupun orang tu tak reply balik dengan Senyuman.

Kerana pemikiran negatif membelenggu diri, saya selalu rasa rendah diri. Alhamdulillah kini saya boleh mendabik dada sebab saya dah dapat lawan sifat negatif tu... (eeeee... kereknya!!). Bukan senang nak ubah sesuatu yang menjadi kebiasaan dalam hidup kita.

Dengan anak-anak pun terkena tempias pemikiran negatif saya tu, bila rasa marah anak-anak jadi mangsa teriak tempik terpekik terlolong saya. Jangan la tersilap sikit... jadi monster la saya. Alhamdulillah... perlahan-lahan saya buang sikap negatif tu terhadap anak-anak. Kesian mereka jadi mangsa, sedangkan diorang tak bersalah pun.

Untuk kita merasa tenang, kita perlu let go dulu barang yang dah lepas. Forgive yourself and others. Kemudian kita kena bersungguh-sungguh melepaskan peristiwa yang membuat kita rasa sedih, tertekan, pilu, menderita, terseksa...

Untuk kehadiran 2017, permulaan yang baik untuk memulakan sesuatu kebaikan. Allah dah janjikan yang baik akan dibalas kebaikan. Insya Allah. Jom kita sama-sama beristiqamah melakukan kebaikan setiap hari! 

Monday, December 5, 2016

Uncle David..bukan David Beckham sebenar

Assalamualaikum... Selamat Pagi!!

Uncle David bukan David Beckham sebenar sebab semangat hidupnya tak boleh menyamai Uncle David yang sebenar.

Citernya...Selasa lepas saya berpeluang mendengar temubual dalam rancangan Wanita Hari Ini. Temubual tu adalah bersama dengan Uncle David. Cerita Uncle David ni saya pernah tengok kat dalam Majalah 3 sebelum ni tentang dia seorang tua yang menjual pelbagai soft toys di kaki lima sebuah bank. Uncle David bukan selebriti, tetapi dia menjadi viral di laman sosial kerana kisahnya. Apa yang menarik saya nak kongsikan hari ni ialah... secebis kisah dari pengalaman Uncle David ni yang buat saya rasa termotivasi.

Kisahnya begini...seperti yang Uncle David citerkan.
"Satu hari ada seorang yang nak sumbangkan RM300 kepada Uncle David sebagai wang ihsan kerana kasihan melihat nasib Uncle David. Wang RM300 tu Uncle David tak ambil sebagai wang ihsan, tetapi ditukar sebagai wang hasil jualan 30pcs soft toys kepada orang tu. Kata Uncle David soft toys yang dibeli tu dermakan kepada rumah anak yatim atau orang tua-tua. Kemudian tak lama lepas tu orang yang nak bagi duit kat Uncle David tu datang dan mengucapkan terima kasih kepada Uncle David sebab dia berasa amat gembira dapat mendermakan 30pcs soft toys yang dibeli tu kepada rumah orang-orang tua. Melihat wajah gembira orang-orang tua yang menerima hadiah soft toys tu buat dia rasa gembira, kata si penderma tu."
Kisah ni buat saya termotivasi untuk buat kebaikan setiap hari... 
"A day a good deeds."



Nota kaki: Kisah Uncle David http://www.worldofbuzz.com/soft-toy-uncle-shares-lifes-story-will-absolutely-break-heart/

Jom Follow Me

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails