Kita bersama

Daisypath Anniversary tickers

Nur Ilyanie Najwa

Lilypie Kids Birthday tickers

Nur Ilyanie Najihah

Lilypie Kids Birthday tickers

Thursday, April 21, 2016

Ingat 5 sebelum 5

Assalamualaikum... Selamat Pagi!

Dua hari lepas 19 April 2016, saya dikejutkan dengan berita pemergian sepupu saya yang muda berumur 27 tahun. Masa menziarah ke rumah emak saudara, saya diceritakan yang arwah tidak menunjukkan tanda-tanda sakit yang serius tetapi 2 hari sebelum arwah pergi, keadaannya nampak seperti tidak sihat tetapi tanda-tanda demam tidak kelihatan. Arwah berasa panas (walaupun badannya tidak demam) muntah-muntah, kurang selera makan. Dari cerita kakaknya, arwah didiagnos menghadapi jangkitan kuman di paru-paru dan merebak ke seluruh organ termasuk di bahagian otak.

Untuk kita yang beragama Islam, kematian itu pasti dan hidup itu Insya Allah. Setiap yang dilalui arwah itu asbab kepada kematian beliau. Tetapi kita yang masih hidup ini patut menjadikan ia sebagai satu pengalaman.

Ingat 5 sebelum 5.. Salah satunya kesihatan sebelum kesakitan.

Kadang-kala mati boleh bagi kita inspirasi untuk hidup.
Jika sihat jangan anggap diri kita tak sakit. Jika kita tak sakit jangan anggap diri kita takde penyakit. Berhati-hati dengan tanda-tanda awal KEMEROSOTAN FUNGSI ORGAN kita... Badan kita unik, sebelum jumpa doktor badan kita dah tunjuk tanda-tanda diri kita tidak berada dalam keadaan kesihatan yang baik (separa sihat). Soalnya Adakah kita nak tunggu masa doktor yang bagi tau "pankreas awak ada masalah, kolestrol dalam darah terlalu tinggi, salur darah tersumbat, awak ada masalah dengan jantung...." Nauzubillah.... Pilihan di tangan kita, takde ilmu kita sama-sama belajar. 



P/s: Salah satu kesan guasa ialah menunjukkan simptom penyakit.

Jom Follow Me

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails