Kita bersama

Daisypath Anniversary tickers

Nur Ilyanie Najwa

Lilypie Kids Birthday tickers

Nur Ilyanie Najihah

Lilypie Kids Birthday tickers

Friday, November 13, 2015

Insan-insan luar biasa

Assalamualaikum... Selamat Pagi!!

Dalam kehidupan kita ni ada di kalangan kita insan-insan yang sangat luar biasa. Melakukan perkara-perkara luar biasa. Saya sangat respek individu yang sanggup berkorban untuk melakukan perkara yang mereka minat. Ini kisah seorang insan yang begitu menyayangi makhluk Allah seekor kucing. 

Saya seorang pencinta kucing. Tetapi tidak seperti insan-insan ni. Mereka sanggup mengambil kucing-kucing terbiar untuk dijaga. Membantu kucing-kucing yang sakit untuk dirawat. Menyelamatkan kucing yang kena accident, seperti yang saya baca dalam FB baru-baru ni, memerlukan rawatan RM600. Mata kedua belah nya terpaksa dibuang, rahangnya yang patah perlu disambung. Insan-insan ini sangat gigih!

Salute kepada anda insan-insan luar biasa!!!

Friday, November 6, 2015

Oh My Jep.....

Assalamualaikum...selamat pagi!!

Oh my Jep... I'm in love with u Jep. U r always in my mind. Day and night. Matamu menggoda setiap yang melihat. Badanmu gebu sedap dipeluk seperti memeluk teddy bear. Bulu di badanmu sungguh menawan kalbu. Sungguh aku tak lena tidur kerana terkenangkan engkau Jep. Harapanku agar kita dapat bertemu walau ku tahu kau duduk jauh dengan tuanmu di Pahang.

Oh My Jep......

Thursday, November 5, 2015

Hobi saya.... BERKEBUN!

Assalamualaikum....Selamat Pagi!

Hari ni nak bercerita tentang hobi. Alhamdulillah Allah bukakan pintu hati saya untuk berubah menjadikan berkebun sebagai satu hobi apabila umur mencecah 30an. Yang mana sebelum dari umur itu, berkebun bukanlah sesuatu yang menjadi minat dan hobi saya.

Nak tau macam mana saya boleh terjebak dengan hobi berkebun ni?

Salah satu sebab paling utama kerana Alhamdulillah Allah murahkan rezeki kami untuk duduk rumah milik sendiri (maksudnya bukan la menyewa rumah orang lain). Jadi we have the full control la kan... (citernya sejak kawin dok ngan mak mentua dan kakak ipar.. ate pepaham le ye deme2 sume). Jadinya bila dah dok umah sendiri pakat-pakat la nak menghias halaman rumah yang sekangkang kera tu. Dan of course orang yang tak pernah berminat nak berkebun ni amik jalan mudah untuk cantikkan laman umah dengan menanam pokok-pokok bunga ini!! Ros Jepun....!

Asalnya saya memang peminat bunga-bunga ni sejak dari bergelar isteri dan ibu (which is masa anak dara... ada aku kesah!!). Jadi menyimpan azam yang tinggi bila dah ada umah sendiri mesti nak tanam pokok bunga ni. Mulanya jiran dekat umah tu hadiahkan sepasu bunga ni. Masa tu tak nak try2 je. Sebab orang kata kalau tangan panas susah nak jadi tanam apa pun.

Alhamdulillah dari sepasu, jadi la berpasu-pasu dan bunganya kembang sekuntum-sekuntum. Bila tengok kat umah orang berkuntum-kuntum bunganya yang berkembang (ada sikit jeles la...) terus berazam lagi cari cara nak bagi pokok-pokok bunga kat umah tu blooming. Dapat la cari baja bunga dan tambah dengan baja organik (tahi lembu yang dikutip kat padang permainan kat umah.. hehehe). Sebelum ni ada yang kata bunga ni tak boleh tempat panas dan perlukan banyak air. Maka di letakkan kat tempat yang redup. Pastu datang sorang kawan komen kata bunga ni kena letak tempat kena matahari. Kalih pulak letak kat luar umah. Alhamdulillah dengan gabungan tips2 dan hati suci murni nak berkebun, makanya terhasillah MINI GARDEN kat depan umah (which is sekarang ramai yang jatuh cinta dan berkenan ngan bunga-bunga tu).

Ada sapa2 yang bekenan nk bunga RJ ni, meh la ke kebun teman ni, just ketik2 je.. Senang sangat nak tanam!  



Sekolah dah nak cuti...?


Assalamualaikum... Selamat Pagi!!

Diam tak diam tinggal 2 minggu saja lagi sesi sekolah 2015 akan berakhir. Cepat betul masa berlalu!! Najwa dah nak masuk tahun 2. Najihah dah nak tadika.

Alhamdulillah, berkat usaha gigih kak ngah Najihah selama 11 bulan dia dah bersedia nak melangkah ke alam persekolahan. Kak ngah dah boleh kenal dan tulis nombor 1-10. Huruf Aa to Zz pulak banyak improvement dah. Mesti nak cuba sebut huruf-huruf yang dia nampak di mana-mana saja.

Kak Long Najwa pun semakin maju dalam pelajaran. Saya utamakan subjek Matematik Dan English. Setiap hari mesti buat latih tubi. Pengisian cuti sekolah pun dah diatur. Kak Long akan mula belajar sifir dan Grammar. Kak ngah pulak belajar kenal suku kata.

Sebenarnya Ibu Ilyanie ni yang over excited nak belajar semula, rindu saat-saat di zaman persekolahan. Silibus sekolah rendah tahun 1 semua dah khatam dah... Hahaha...

Dalam pendidikan anak-anak saya tak kejar sangat untuk jadi nombor satu. Saya tekankan belajar untuk ilmu. Dari tak tahu jadi tahu, dari tahu jadi pandai, dari pandai jadi bijak. Buat mereka rasa seronok untuk belajar setiap hari.

So, kita tunggu kisah ragam kak ngah ke sekolah pulak nanti. Tak sabarnya!!

Wednesday, November 4, 2015

Hidup itu satu pilihan

Assalamualaikum... Selamat Pagi!!

Hidup itu satu pilihan.

Memilih untuk membuat pilihan itu satu pilihan.

Memilih untuk tidak memilih pun satu pilihan.

Jadi... Hidup itu satu pilihan.

Jom Follow Me

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails