Kita bersama

Daisypath Anniversary tickers

Nur Ilyanie Najwa

Lilypie Kids Birthday tickers

Nur Ilyanie Najihah

Lilypie Kids Birthday tickers

Thursday, January 29, 2015

Kuasa hikmat kayu hitam

Assalamualaikum... Selamat Pagi!!

Ha.. hari ni entri gempak sikit. Nak kasi tau kuasa hikmat kayu hitam!

Pada suatu hari, tak disangka-sangka telah berlaku kejadian pengeluaran angin kus kus dari mulut berbunyi begini "Burp". Biasanya angin ni keluar bila kita dah rasa kenyang. Tapi hari tu, anginnya bunyi agak kasar dan menunjukkan simptom banyak lagi angin di dalam perut yang bertungkus-lumus mahu dikeluarkan dari arah atas dan bawah. Makanya, dengan hikmat kayu hitam.... sedikit gesekan di bahagian perut, alhamdulillah angin tersebut dapat dikeluarkan, dan mewujudkan sensasi kelegaan pada paru-paru!

Suatu hari, seorang mengadu bahunya lenguh dan kakinya sakit. Dengan kuasa hikmat kayu hitam, sedikit minyak dan sedikit gesekan di atas kulit, membantu pengaliran darah supaya lebih lancar ibarat traffic jam yang lancar dibantu oleh polis trafik di jalan raya.

Aduhh!!! Sakit kepala.... kuasa hikmat kayu hitam mampu melegakan rasa sakit di kepala dan mendatangkan kesan kelegaan yang cepat!

Nak rasa sendiri kuasa hikmat kayu hitam ni?? Jom cepat2 booking masa dengan saya di talian 017-5346280. Saya tolong anda hilangkan angin kus kus, sengal-sengal badan, lenguh-lenguh kaki dan tangan, sakit kepala, migrain, selesema dan demam, dsb....

Ni la dia kayu hitam tuh. Kecil molek aje... tapi kuasanya... cubalah sendiri!


Free demo guasa!! PMME.





Thursday, January 22, 2015

Back to Basic

Assalamualaikum... Selamat Pagi!!

Alhamdulillah... bersyukur ke hadrat Allah di atas limpah kurnia nikmat yang melimpah ruah. Hari ni dah masuk hari ke 22 dalam tahun baru 2015. How is everything? Harapan saya anda semua dapat terus istiqamah dengan azam yang dah ditetapkan di awal-awal tahun.

Back to basic.

Setiap hari kita memulakan hari yang baru. Orang yang kita jumpa semalam tak kita jumpa hari ni pada masa keadaan dan mood yang sama seperti semalam. Kelukaan yang kita alami semalam takkan berulang hari ni pada masa, keadaan dan orang yang sama. Setiap hari adalah hari yang baru.

Dalam kehidupan kita, apa pun yang kita buat sebagai orang yang beragama terutama sekali kita yang beragama islam, seorang Muslim, kita buat apa pun mesti kembali kepada fitrah.

Seperti itu jugalah ilmu yang saya temui di Elken. Elken mengajar saya menjadi orang baru setiap hari. Zerorize.. mengosongkan diri walaupun dah berstatus tinggi dan berpendapatan 5 atau 6 angka sebulan. Apatah lagi saya yang masih merangkak mencipta kejayaan di dalam perniagaan saya di Elken. Setiap hari kita perlu belajar, dan guru paling dekat dengan kita adalah pengalaman. Pengalaman akan mendidik kita untuk menjadi orang yang hebat, secara negatif atau positif adalah pilihan kita sendiri. Tetapi dalam skop entri saya of course saya nak jadi orang yang hebat dari segi positivity. Dapat keuntungan senyum, dapat Hadiah senyum, dapat berita gembira senyum, dapat dugaan senyum, dapat ujian dari Allah pun senyum, hujan panas ribut petir pun senyum. Bukankah hebat macam tu!!

Duduk dalam Elken selama 4 tahun dan tahun ni dah masuk tahun ke 5, terus bertahan sebab ilmu kehidupan, ilmu kesihatan dan ilmu kecantikan yang ada dalam Elken!!

Not just because of $$$$$RMRMRMRMRM sahaja!

Tahun ni 2015, Elken dah bertapak 20 tahun di Malaysia dan berkembang pesat ke 9 buah negara Asia!


Proud to be ELKENIAN.

"BUILD YOU TO BUILD OTHERS".

Tuesday, January 13, 2015

Cerita 12 Jan 2015... part 2

Assalamualaikum... Selamat Pagi!!!

Alhamdulillah hari ni genap umur kak Ngah Najihah 4 tahun. 
Selamat hari lahir kak ngah! Semoga menjadi anak yang solehah dan mendengar kata ibu abah dan opah2 atuk, mengenang jasa ibu abah dan guru dan menjadi hamba Allah yang beriman. Amin....

Mula homeschool dengan dia seawal 8 pagi after breakfast, bertahan selama 40 minit je... Pastu dah tak fokus dah. Heheheheh....
 Ada je alasannya letih la, nak minum la, nak tengok tv la, ngantuk la...
Mencabar jugak nak homeschool ni!!

Takpe-takpe, esok masih ada kita cuba lagi. Tukar cara pulak. Ibu cuba belajar bersabar dan bertenang melayan karenah mu nak....

Semoga sesi homeschool kami untuk tahun 2015 ni berjaya, Amin....


 

Monday, January 12, 2015

Cerita 12 Jan 2015.. part 1

Assalamualaikum.... Selamat Pagi!!!

Alhamdulillah puji-pujian bagi yang Maha Esa kerana telah memberikan nikmat yang melimpah ruah kepada kita despite ada rakan-rakan kita yang masih sedih atas kesan bencana banjir yang melanda.

Alhamdulillah cerita saya hari ni sangat best.. teruja dan sangat seronok.

Kak Long Najwa dah officially murid SK Pengkalan Bharu, tahun 1 Pintar sesi 2015. 







 Terkenang saat mengandungkan dia dan melahirkan dia 7 tahun yang lalu, now she is big girl, big sis!! Huhuhuhu rasa cam nak nangis plak.

Her journey begin today, what will she become after 12 years education begin today. This is her big day!! 

12 JANUARY 2015.

Ibu mendoakan kejayaan yang gilang gemilang buat kak long dan semoga menjadi anak yang solehah dan mengenang jasa ibu abah dan guru serta menjadi hamba Allah yang beriman. Amin.....

Monday, January 5, 2015

Welcome 2015!!! Kena Homeschooling la....

Assalamualaikum... Selamat Pagi!!!

Alhamdulillah dah masuk hari ke 5 dalam tahun 2015. How is ur day in this new year?

I'm feeling superb!!! Rasa macam baby baru lahir... Tak tau lah kenapa berperasaan begini. Normally orang akan kata, biasalah awal-awal tahun... No No No... Rasanya kali ni lain macam.

Tahun ni ada cabaran baru untuk saya, saya kena homeschool Najihah. Yup! Saya katakan ini cabaran sebab saya kena make it through and true. Tahun 2016, Najihah dah masuk pre school, so tak mo dia ketinggalan dari kawan-kawannya. Kenapa tak hantar sekolah tahun ni? Yeah... ada some last minute issues dan keputusan homeschool ni diambil.

Sekarang tengah surf and browse web untuk dapatkan bahan mengajar yang boleh membantu. Saya ambil kesempatan dengan cabaran ni untuk membentuk diri saya jugak, sebab saya not so so dengan budak-budak even dengan anak sendiri. Saya sangat garang, tegas, susah nak bergurau dan selalunya saya serius dengan anak-anak. So, saya harap dengan cabaran ni saya boleh membentuk diri sendiri jadi lemah lembut, sabar dan lebih bertenang bila berhadapan dengan ragam anak. And bonding antara saya dan anak akan jadi lebih lagi.

Ada kawan-kawan di dunia blogger yang pernah ada experience homeschool anak? Boleh la share your experience and tips.

Ok la, got to go. Nanti kita jumpa lagi! Wish u all the best for this year and may all your dreams come true. Amin.. Doakan saya jugak ye kawan-kawan.

Happy New Year 2015!!!!

Jom Follow Me

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails