Kita bersama

Daisypath Anniversary tickers

Nur Ilyanie Najwa

Lilypie Kids Birthday tickers

Nur Ilyanie Najihah

Lilypie Kids Birthday tickers

Friday, March 30, 2012

KEHEBATAN GUASA TIADA TANDINGANNYA

Assalamualaikum...

 Hari ni saya nak berkongsi tentang kehebatan GUASA.

Kalu anda mengalami sakit kepala, apa yg anda lakukan??

Kalu anda lenguh2 badan, tengkuk, tangan or kaki, apa yg anda lakukan??

Percaya tak selain dr berjumpa doktor, anda sendiri boleh mengetahui masalah kesihatan badan dan merawatnya sendiri hanya dengan GUASA??

 Jawapan saya sebagai PENGGUNA BERPUAS HATI, saya gunakan kaedah terapi urutan GUASA (dan juga produk MRT).

 Setiap kali saya rasa penat dan letih selepas seharian buat kerja rumahtangga dan keluar sharing, mlm2 sblm tido saya akan GUASA di bahagian kepala....rasanya??? FUHHH!!! LEGA BEB!!

Kalu saya lenguh2 badan, saya mintak tolong hubby GUASAkan... selain legakan lenguh2 badan, boleh mengeratkan hubungan suami isteri... jimat belanja! Tak perlu nak upah org tolong urutkan. Kalu salah urat, terseliuh kaki tangan pun saya gunakan GUASA je.

Ada satu hari tu, saya demam dan sakit kerongkong. Saya tak makan apa2 ubat pun. Cuma GUASA sahaja, sakit kerongkong saya sembuh dlm masa singkat.

So, apalah dia GUASA ni ye??

Inilah dia guasa...



Kisah di sebalik gambar menurut kata dari Sifu Guasa, Mr. Lee.

"Is it called "Chilli Plaster"?
She have this stiff shoulder for a long time and she went to the chinese medical hall and buy those plaster with herbs and stick on her shoulder...
Now it seems like those thing giving her another problem i.e allergy
and the shoulder pain is still there
The Guasa reviewed her earlier remedy she tried to apply but failed.
After Guasa, no more stiff shoulder and no more allergy.
"

For more details and free consultation boleh call saya di talian 0175346280.

Dan untuk orang2 Ipoh, ada peluang utk anda berjumpa dengan Sifu Guasa, Mr.Lee. Selain belajar ttg Guasa, anda boleh juga mendapatkan FREE CONSULTATION dari Sifu Guasa tentang masalah kesihatan yg dpt dikesan dengan GUASA dan rawatan yg boleh diamalkan melalui konsep MRT (MOLECULAR REFORM THERAPY). Dalam sesi perjumpaan itu juga, anda berpeluang utk membuat HEALTH SCREEN TEST juga secara PERCUMA.

Jika anda dh penat makan ubat, tp penyakit or sakit yg anda alami masih belum sembuh, ini satu PELUANG dan alternatif utk anda cuba. JANGAN LEPASKAN PELUANG!!!

Tarikh perjumpaan dan tempat adalah seperti gambar yg tertera di bawah. Jika ada sebarang kemusykilan boleh hubungi saya di talian 017-5346280.

Klik image for enlargement.


P/S: Anda juga boleh membaca info ttg Guasa di FB: GUASA dan juga blog http://ibuilyaniescottage.blogspot.com/.


Monday, March 19, 2012

Maniskan wajah dengan senyuman itu lebih baik....

Assalamualaikum....

Fakta dan bukan auta

"5.6 juta daripada 28 juta bersamaan hampir suku rakyat Malaysia disahkan menghidap penyakit kencing manis atau diabetes ketika ini."

"..tabiat pemakanan yg mana mereka gemar mengambil makanan tinggi kandungan gula."

"Malaysia antara negara paling banyak menggunakan gula hinggakan barang asas itu pernah kehabisan di pasaran."

Sumber: Harian Metro, Khamis 8 Mac 2012.

Bukankah ini suatu fakta yg amat membimbangkan. Adakah anda mahu menjadi sebahagian dari statistik tersebut. Jika anda tidak, adakah anda rela ahli keluarga menjadi sebahagian drpdnya?

Jika jawapan anda adalah tidak, anda harus bertindak. Bagaimana??

Kurangkan gula dalam makanan dan minuman??

 Satu lagi fakta menarik.


 Fakta ini menunjukkan betapa rakyat Malaysia terlalu taksub dengan gula. Sudah la minuman instant tersebut mengandungi kandungan gula tinggi, ditambahkan lagi gula utk memaniskan. Berganda2 gula kita minum setiap hari. Itu tak termasuk makanan lain yg kita ambil akhirnya tidak ditukar menjadi tenaga bahkan di simpan di dalam tubuh sbg gula.


Kanak2, wanita mengandung, remaja sesiapa saja berisiko menghidap diabetes kerana ia bukan penyakit berjangkit tetapi disebabkan oleh metabolic disorder dan tabiat pemakanan kita.


Oleh itu apa langkah terbaik?


Amalkan TERAPI PEMBAHARUAN MOLEKUL. Itu adalah kaedah penjagaan dan rawatan secara holistik yg boleh membantu tubuh bertindak melakukan pemulihan secara semulajadi.


Nak tau lanjut?


Tunggu entri saya seterusnya.


P/s: Maniskan wajah dengan senyuman itu lebih baik....








Thursday, March 15, 2012

Pelaburan yg mana lebih baik???

Assalamualaikum...

Hari ni saya ingin berkongsi dengan anda tentang cerita PELABURAN.

Apa itu PELABURAN??

Yang senang kita nak faham, kita keluarkan $$$ untuk sesuatu perkara dan dengan harapan akhirnya mendapat keuntungan atau pulangan balik (lagi bagus dpt pulangan $$$ berganda) dari pelaburan tersebut.

Dalam konteks entri saya kali ni ada 2 jenis pelaburan saja yg ingin saya bualkan dan saya ingin tahu yg mana satu menjadi pilihan kita?

Yang pertama kita melabur contohnya untuk diri sendiri dan anak2.


Melabur $$$ untuk teknologi terkini






Melabur $$$ untuk pakaian berjenama
Apakah pulangan balik yang kita perolehi di masa hadapan?

Adakah ia suatu pelaburan yg baik dan tepat??

Cuba kita fikirkan kembali, jika kita telahpun melabur sebahagian $$$ untuk barangan di atas dan tak lama kemudian ditakdirkan anak2 atau ahli keluarga kita mengalami masalah kesihatan (kita tidak pernah meminta tetapi dalam zaman sekarang segalanya mungkin akan berlaku). Persoalannya sekarang, apakah persediaan yg telahpun kita lakukan untuk menghadapi kesulitan tersebut???

Semalam saya menonton slot Bersamamu TV3. 

Sebuah keluarga nelayan mempunyai 8 org ahli keluarga. Seorang bapa bertungkus lumus bekerja sebagai nelayan, membantu menternak lembu, mengutip kelapa dan membaiki enjin bot. Seorang ibu tidak mampu bekerja menghidapi masalah kesihatan KANSER PANGKAL RAHIM TAHAP 4,  hanya mampu menangis mengenangkan nasib yg bakal menimpa 6 orang anak dan beliau memerlukan perbelanjaan besar untuk rawatan penyakit tersebut. 6 orang anak berumur 12 tahun dan yg bongsu baru umur setahun jagung, masing-masing masih lagi mentah dan tidak faham dengan masalah dan kesulitan yg membelenggu keluarga.

Jadi apa pilihan kita????


Pelaburan yg pertama???


Atau....

Pelaburan yg kedua??

Melabur $$$ untuk kesihatan seisi keluarga dan akhirnya mendapat manfaat dan pulangan balik berbentuk KESEJAHTERAAN HIDUP dan KEWANGAN BERGANDA $$$$.


Sama2 kita berfikir sejenak, renung2kan dan selamat beramal!!


INGAT!!! 



Anak2 dan keluarga adalah harta yg tidak ada nilai pajak gadainya dan tidak boleh ditukar beli...












P/s: Jika anda berminat nak buat pelaburan dalam bidang yg kedua, sila hubungi saya 017-5346280.

Monday, March 12, 2012

Masa berlalu sangat cepat..tapi...

 Assalamualaikum...

Entry hari ni berkisar tentang anak2. Yup! Masa berlalu sangat cepat. Melihat anak2 membesar di hadapan mata sendiri, buat kita rasa puas hati. Tetapi, rasa banyak perkara yg masih belum cukup diberikan kepada mereka.

Saya salute to all working moms. You all adalah supermom yg bertungkus lumus bekerja to give the best to your children and yet terpaksa melepaskan peluang melihat setiap detik dan saat anak2 membesar di hadapan mata. Salute to you all di atas pengorbanan yg kalian lakukan!!

Saya surirumah jd mengasuh mereka dengan tangan dan kudrat sendiri, kalu terpaksa g program di luar yg mengambil masa seharian, bila balik umah dah nampak perkara baru yg mereka buat. Itu baru seharian...

Macam org kata setandan pisang bukan sama rasa semua buah pisang tu. Same goes to Wawa and Jihah. Makin membesar makin nampak perangai sebenar si kecik Jihah tu yg lebih menonjol berbanding kakaknya.

Without further do.. jom layan all the piccas.


Posing ngan baju n angry bird present dr auntie ina

alamak! tak girlish la dik...cover sket!

ha..wat pe tu?? kantoi!!

gelagat najihah with all the books, bukannya baca pun tapi...



Tidur lepas letih bermain...

kira pe tu dik? utang ke untung??

masa kena campak di usia 8 bulan. after 5 days fully recovered, saya sapukan IG6 ke seluruh badannya. Dan untuk kurangkan demam, saya bagi kington life plasma.

Jihah bam bam




part yg ni takleh tahan ni... nak marah pun tak jadi..
cantiknya jelingan tuh!

love to write, draw and read and tell story...

lagak nk jadi rappers!
lagak nak jadi diva!

all about sisterhood.. pls ignore rambut jihah yg belum brapa nk panjang tu. :D

Saturday, March 3, 2012

Bekerja untuk Hidup? Atau Hidup untuk Bekerja??

Assalamualaikum..

Saya sangat tertarik dengan falsafah ini yg dipegang oleh seorang insan biasa2 yg kini dah menjadi luar biasa...

Yup! Persoalannya... kita bekerja untuk hidup ataupun kita hidup hanya untuk bekerja semata2.

Saya memberi contoh kehidupan saya sendiri...

Menghabiskan masa 4 tahun di kampus (termasuk 1 tahun matrikulasi), kemudian saya graduate menganggur selama hampir setahun. Berkira2 menyambung peringkat Ijazah Sarjana dan berjaya melengkapkan satu semester. Tetapi disebabkan beban kewangan berusaha mencari kerja dan mendapat tawaran sebagai kerani dengan gaji RM 550. Selama 4 tahun bertungkus lumus jawatan terakhir hanyalah sebagai Supervisor sahaja. Selepas itu bekerja di syarikat swasta lain dengan jawatan KONTRAK, permulaan sebagai Supervisor bertungkus lumus untuk mendapatkan jawatan yg setara dengan segulung Ijazah yg dimiliki, akhirnya saya berkhidmat di dapur kedai milik abah saya. Selepas melahirkan anak kedua saya tidak lagi bekerja dan setelah gagal dalam temuduga jawatan kerajaan, saya berasakan putus asa untuk berusaha lagi.

Jadi ke mana hala nak kubawa diri ini???

Jika anda di berikan peluang kedua untuk memulakan kehidupan, jangan teragak2 untuk mengambil peluang itu. TETAPI dengan beberapa syarat.

Andai mahu berjaya perlu memilih tempat yg betul dengan sistem pendidikan yg betul, ada jurulatih yg dapat memberi tunjuk ajar dan memberikan semangat serta motivasi secara ikhlas dan jujur, mempunyai teamwork yg sanggup membantu dan bukan bersikap bersaing, sudi berkongsi dan mengamalkan budaya menghargai satu sama lain. Jika semua kriteria itu ada, jadi anda berada di tempat yg betul pd masa yg tepat.

Dan yang paling penting anda berpuas hati dengan pilihan tersebut dan anda merasakan pilihan yang dibuat itu tepat, teruskan perjuangan sehingga ke puncak kejayaan!!

Dari seorang cikgu sekolah kepada cikgu 'murid-murid' sendiri...



Friday, March 2, 2012

Molecular Reform Therapy

Assalamualaikum..

Minggu lepas saya mengikuti kursus pengurusan kesihatan menyeleruh menggunakan konsep MRT di Hotel Summit USJ Subang selama 3 hari 2 malam bermula 24hb Feb hingga 26hb Feb.

 Pertama kalinya saya mengikuti event terbesar seperti tu saya rasa sangat teruja sebab dapat berjumpa dengan ramai pemimpin2 yg biasa saya tengok di atas kertas sahaja, antaranya...

Haji Jamaluddin dan Isteri, sifu guasa.





MCCM Chua Tee Khoon, di usia muda dh jadi jutawan. Terbakor teman!!
CCM Zainal Lajis
MCCM Josliana Palilu, jutawan bergaya dengan income RM85k sebulan... Lagi le teman terbakor!!!
Pada hari pertama saya belajar mengenai realiti krisis kesihatan zaman moden yg berlaku sekarang. Kebanyakan kematian manusia di dunia ini adalah di akibatkan oleh penyakit tidak berjangkit iaitu KENCING MANIS (DIABETIS), TEKANAN DARAH TINGGI, STROK, SAKIT JANTUNG dan KANSER. Penyakit2 ini bukan disebabkan oleh virus, bakteria ataupun kuman. Ianya disebabkan masalah metabolik dalam badan dan juga diakibatkan oleh gaya hidup dan pemakanan yg tidak sihat. Tidak ada rawatan khusus dan hanya bergantung kepada ubat2an semata!!

Kemudian saya belajar tentang apa itu konsep pengurusan kesihatan menyeluruh menggunakan kaedah rawatan alternatif TERAPI PEMBAHARUAN MOLEKUL, MRT. Saya semakin memahami tentang keperluan untuk mengamalkan 4 langkah mudah dalam konsep tersebut iaitu Pemakanan Seimbang, Penambahan pengambilan Oksigen, Detoksifikasi dan Pelarasan Kesihatan. Kehidupan kita bermula dari peringkat sel dan 6 perkara dalam kehidupan harian kita yg mengakibatkan sel kita tidak sihat iaitu Pemakanan tidak seimbang, Pencemaran Udara, Pencemaran Air, Tekanan Hidup, Kurang bersenam dan juga Gaya Hidup tidak sihat. Dari situ baru saya faham kenapa org yg rajin bersukan dan berjoging serta bersenam, mereka juga terdedah kepada risiko penyakit kronik moden tersebut.

Kemudian saya juga mempelajari secara details tentang Kepentingan nutrien. Dan selain itu turut ada perkongsian testimonial daripada peserta. Salah seorangnya ialah anak muda berusia 32 tahun, strok akibat tekanan kerja. Tidak boleh berjalan, bercakap dan hanya mampu terbaring. Tetapi dengan kehebatan guasa, Alhamdulillah anak muda itu boleh berdikari semula.

Saya juga mendengar sendiri perkongsian dari seorang wanita yg dulunya mengusahakan kantin di Pahang menderita penyakit kanser payudara selama 7 tahun dan kini pulih sepenuhnya selepas 2 tahun mengamalkan MRT.

Selama 3 hari 2 malam di sana, banyak perkara yg telah saya pelajari dan saya bersyukur kepada Allah kerana mempermudahkan perjalanan saya untuk ke kursus tu. Masa mula2 takmo pegi sebab masalah RM, tp dh pegi saya tak menyesal sebab BANYAK.... perkara yg saya tak tahu saya dpt tahu pada hari tersebut.

Jom tgk gambar2 masa saya di sana...



Pemuda umur 32 tahun mengalami strok, sedang diguasa oleh sifu.

Posing dalam bilik jap


Dapat bertemu dengan senior Upline tersayang SAB Member MCCM Karen Leong. Umur nenek tapi rupa wajah gaya tak macam nenek langsung...

Bersama 'ibu' saya.

Bergambar dengan barisan pemimpin CCM dan MCCM. Bergaya dengan teman Gen Y utk aktiviti makan malam.

Jom Follow Me

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails