Kita bersama

Daisypath Anniversary tickers

Nur Ilyanie Najwa

Lilypie Kids Birthday tickers

Nur Ilyanie Najihah

Lilypie Kids Birthday tickers

Tuesday, June 21, 2011

BOGEL MENUJU TUHAN

Assalamualaikum

Tak tau le boleh ke tak post tajuk yg sebegitu kat blog nih. Tapi ni bukan tajuk n3 saya bulat2.. saya 'cut anda paste' dari blog yg tuan empunya dirinya sendiri yg buat.
Sebelum tu, saya nak tanya...siapa suka tgk citer JUVANA??

Masa episod yg awal tu saya tak tengok sangat sebab berpendapat citer tu tak best. Bila masuk episod pertengahan, rasa cam best dan terus mengikutinya sampai sekarang. Best!! Memang layan la citer tu.

Dalam ramai2 watak citer tu saya terberkenankan si dia nih. Ntah la.. dari awal kemunculan saya terasa ada sesuatu yg tak leh dinyatakan secara lahiriah. Apa yg pasti lps tgk citer Juvana, baru saya pasti yg bl tgk wajah pelakon ni, rasa sedap mata memandang. Suka tgk lama2 wajah dia.
And then saya terjumpa pulak blog pelakon nih dan selalu mengikuti penulisan beliau. Dah sah dan tak salah sangka saya tentang dia, memang jiwa pelakon ni dicerminkan melalui wajahnya sendiri. Wallawei!! Bahasa puitis tuh!

Kalu nak tau apa kaitan tajuk n3 saya dengan pelakon ini, silalah ke blog beliau dengan mengklikkan picca di bawah.

Dia buku bergerak saya!

Assalamualaikum semua..

 Petang2 gini sedap gak buat taik mata yek! Anak dh tido tapi si ibu pula tak boleh nak tido. Kena menelaah utk intebiu minggu depan. Haish!! Seram pula sebut pasal intebiu.

Petang ni nak citer pasal buku bergerak saya, iaitu En.Hubby. Yup! Dia buku bergerak saya. Tanyalah pasal politik, isu semasa, ekonomi, dunia, NAM, ASEAN, NATO, UNCHR, KOMANWEL, Perang Dunia Pertama, Perang Dunia Kedua, semualah yg berkenaan mesti dia dapat jawab. Detail pulak tu! Bila dibuka satu topik contohnya pasal ekonomi meleret2 la nanti dia bercerita. Suke!!!
Tapi saya tak reti hape pun, walau saya degree holder. Kengkadang malu jugak ngan dia sebab pendidikan dia setakat SPM je. Tapi ilmu pengetahuan am dia ibarat master degree holder.

Sebenarnya memang dia bising sebab saya malas baca pasal isu semasa. Pada dia dah kita ni degree holder, pemikiran dan ilmu mesti la lebih sket dr dia yg SPM je kan. Tapi tu la, bukan masalah tahap pendidikan. Masalah utamanya budaya membaca tak tersemat dalam diri saya. Membaca pun takat mana yg perlu dan memilih lagi tu apa yg nak dibaca. Hee...malu rasanya bila dia perlekehkan degree yg saya ada. En.Hubby sangat suka membaca, kalu suratkhabar tu dari kulit ke kulit. Menurut katanya masa zaman sekolah dulu fav subjek dia ialah Sejarah. Dia menelaah buku sejarah tu mcm baca buku cerita. Sebab tu kalu cerita pasal kemerdekaan Malaysia dia ingat setiap tarikh penting dan peristiwa dan juga nama org yg terlibat.

Tu la, walau dia tak seromantik Seth (watak dalam Nora Elena), tak sehensem Aaron Aziz (ku jatuh cinta padamu kini), tak pandai nak bergaya macam Abah saya. Saya tetap sayangkan dia sebab dia buku bergerak saya!
Actually n3 ni dibuatkan khas utk edisi hari bapa Ahad lepas dan dia g keje tinggalkan kami anak beranak tuk 3 hari mulai dari hari ni. Windu kat dia!!


Monday, June 20, 2011

Revision on my wishlist 2011

Assalamualaikum

Hasrat hati menggunung tinggi nak buat mcm2 perkara di tahun 2011 ni. Tapi apakan daya cempedak tak akan menjadi nangka sebab buah cempedak boleh digoreng, buah nangka sedap di masak lemak sahaja.
Azam tahun Baru 2011 nak buat macam2
  • Blogshop
Honestly, nak buat. TAPI ada 3 perkara utama yg mengekang hasrat ini tidak dapat dilaksanakan pada tahun ini. Modal of course tak mandang masa ni, produk tak decide nak jual pe sebab dah banyak sgt blogshop jual tudung, pakaian, aksesori wanita dan kek. Last but not least, masa yg sangat mengekang.
  • Breastpump
 Nampak gayanya tak mandang gak yg ni sebabnya rasa tak perlu nak beli yg baru, tak tau le kot esok dh dpt koje gomen, kena pulak pakai BP baru. Ni kira KIV dulu la.
  • Exclusive Breastfeeding for 6 month-Phase 1
Insya Allah lagi 2 minggu dapat capai phase 1 in breastfeeding bb Jihah. Sekarang ni pun dh get ready menu pertama yg nak diberikan pada dia. Semoga dipermudahkan Allah perjalanan breastfeeding saya bersama bb Jihah, Amin...
  • Maintain berat badan ideal 55kg
Masa dalam pantang fikirkan mudah je nak maintain berat badan. Bukan la susah sangat cuma diri sendiri je yg tak pandai nak berdisiplin dalam diet harian. Tak cukup zat yg diperlukan dalam diet harian, masih kurang vitamin (sayuran dan buahan), terlebih sikit sebanyak gula, garam, aji ngan minyak (lemak), kengkadang tu termiss gak minum air ais. Hehehe.. btw, berat terkini yg saya timbang 57.9kg, ok la tu kot. But always and everyday amalkan supplemen kesihatan ELKEN, especially ELKEN Spirulina. Kena usaha lebih gigih lagi. Chaiyok! Chaiyok!
  • New Me
 Alhamdulillah, saya dah jadi diri saya semula. Before this saya seringkali rasa down, stress dan sering bersifat negatif. Ntah le.. last year memang saat2 mencabar bagi saya. Sekarang pun sama tapi dengan diri saya yg baru (seperti sedia kala) saya tabah menghadapi saat2 genting dan sukar dalam hidup.

Lagi satu saya dah berani mencuba untuk new presentation of myself, maybe sebab umur pun dah menginjak angkanya ke series lain, nak tak nak kena la amik berat sikit soal kesihatan diri. Nanti bila dah sampai masa sakit sana sini susah juga kan.

Begitulah adanya diri saya sekarang. Nak kena revise selalu supaya kita ingat matlamat diri dan hidup ada landasan untuk mencapai matlamat tersebut.

Apa yg saya perlu buat sekarang ialah keep on track dan terus mencari jalan untuk meningkatkan kualiti hidup from negative to positive.
Chaiyok! Chaiyok!

Sunday, June 19, 2011

Al Fatihah buat keluarga Zami Ismail 'Pak Uda'

Assalamualaikum

Yang hidup pasti akan menghadap kembali kepada Yang Mencipta. Al Fatihah buat keluarga Allahyarham Pak Uda Zami Ismail.
Tiada lagi aksi dan lawak jenaka spontan yg menceriakan dari arwah.

Teringat sangat lawak bersahaja arwah dalam filem terakhir lakonannya 'Hantu Kak Limah Balik Kampung'.

Berita lanjut di sini, mStar Online.

Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah...

Contest: Contest by Ciare Baha: Priceless moment with my baby

How to participate? Klik gambar untuk g direct ke n3 link.

Tarikh tutup pada 25 Jun 2011.

Hadiah untuk pemenang tajaan ALA ANGGUN BUTIK.



Nama Ibu: Fatin Hamamah

Nama Anak: Nur Ilyanie Najihah Bt Che Fadzlee (5 bulan)

DOB: 7 January 2011

Sunday, June 12, 2011

Rombongan cik kiah ke Stadium Putra Bukit Jalil

Assalamualaikum semua

Semalam heboh pasal piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil. Saya pun sibuk juga mengikut rombongan cik kiah ke Bukit Jalil, tapi bukan ke Stadium Nasional. Saya ke indoor stadium di sebelahnya, Stadium Putra Bukit Jalil.

Untuk apa???
Nak tau leh tengok picca kat blog saya yg lagi satu.

Friday, June 10, 2011

Kuliah Jumaat: 10 amalan terbalik

Assalamualaikum

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan. 

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain. 

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

Gerodek ilmu pasal pemakanan pulak

Assalamualaikum semua!!

Sebelum ni saya gerodek ilmu pasal breastfeeding. Hari ni saya kena gerodek ilmu pasal pemakanan tuk lil Jihah pulak. Sebab tak lama dh dia nak mula makan. Sekarang ni pun nampak gayanya dah pandai tengok benda makan dan orang tengah makan.
Semalam saya try bagi dia pegang biskut marie. Nak tau apa yg dia buat? Terus dia ngap biskut tuh!! Tapi dia tak pandai isap... dia nak gigit terus biskut tuh!!! Haish.. nasib cepat2 amik. Kalu tak tercekik pulak dia. Buat masa ni takde la nampak tanda2 nak tumbuh gigi. Tapi dia sangat suka menggigit ngan gusinya.

Oh ya! Pas saya tarik biskut tu dari tangan dia.. apa lagi.. huwaaaaaa!!!!! Menangis dia. Marahkan saya amik biskut tuh.. Jihah..jihah...
Jika ada apa2 menu nak dikongsikan sila la tinggalkan link kat komen nanti tau. Leh saya terjah dan cuba nanti.

Wednesday, June 8, 2011

Nak bagi makan ke tak nak???

Assalamualaikum Semua!!!

Nak tanya sket...
Memang le polisi breastfeeding kena exclusive sehingga 6 bulan.

Tapi oleh sebab bb Jihah sangat teringin nak makan, sehinggakan kalu kita cuba suakan makanan dia nak ngap!! Boleh tak kita bagi dia makan bites (macam biskut marie, rusk) bukan utk kenyangkan dia, tp bg dia food utk dia hisap atau gigit (cam kita bagi bb mainan gigit utk dia gigit tu)??

Kesian la tgk dia bila dia perhatikan kita makan, memang cam reti aje dia yg kita tengah makan. Dia tengok makanan yg kita makan dan mulut kita bergerak kunyah makanan. Bila tengok muka kesian dia tu, kita pulak rasa tak larat nak makan.
Macam mana ek??

Fyi, baby Jihah sudah pandai meniarap sendiri dengan rasminya pada 1 jun 2011. Dan she's going to be 5 month this coming 12 jun 2011.

All about $$$$$

Assalamualaikum semua!!

Dah hampir 8 bulan saya dok goyang kaki aje di rumah, tak berkhidmat bersama masyarakat. Kini sudah sampai ke penghujung ketika di mana, saya perlu bangkit semula untuk berkhidmat bersama masyarakat (wallawei!! ayat tak leh blah!!).

Selama saya dok di rumah bersama anak2, saya jadi insaf dan mula percaya kepada kuasa wang ringgit. Memang tak hidup manusia sekarang tanpa wang ringgit. Semuanya tentang $$$$$$$.

Kan best kalu kita ada pokok duit kat laman rumah. Kuar umah je main petik aje duit2 yg ada kat pokok tu. Tapi nak ada pokok duit pun kena la usaha tuk tanam, baja dan siram. Pendek kata, apa2 pun yg kita nak di dunia ni walaupun $$$$ kena la usahakan jugak. Takleh la nak harap duit tergolek depan mata, atau kita seru je duit terus menyembah ke kaki kita.

Selama ni, sejak saya menjadi graduan, graduate dan berada di alam pekerjaan saya pegang duit sendiri. Saya nak beli apa2 pun saya tak susahkan sesiapa baik mak abah atau adik beradik. Tapi sekarang bila dah duduk umah rasa susahnya takde duit!!! Terasa sangat la yg diri ni kerdil di hadapan semua orang. Sebabnya kita graduan yg ada kelayakan tapi tak dapat nak cari duit sendiri, terpaksa mengharap belas ihsan dari En. Hubby (huwaa!! nak nangis nih).

Saya kasihan tengok En.Hubby, setiap hari teruk bekerja nak dapatkan gaji bulanan yg sama setiap bulan, yg mana bila dapat setelah 25 hari bekerja abis dalam sekelip mata jek. Nak lekat kat dalam bank satu hari pun tak sampai. Haish!!! Duit..duit..duit...

Harga itu naik, harga ini naik tu dh takleh nak cakap apa sebab itu semua di luar kawalan kita. Nak tak nak sekarang ni, terpaksa la saya keluar untuk mencari keje untuk dapatkan $$$$ lebih.

Tapi kata orang tua2, besar periuk besar la kerak nya. Sampai bila2 pun kalu kita cari $$$ tak penahnya nak cukup. Tapi apa nak dikata, itu la lumrah kehidupan kita di zaman sekarang. Jadi macam mana???

Nak tak nak saya kena keluar juga la mencari $$$.

P/s: Ngomelan kosong seorang insan yg tak berapa nak mandang $$$ nya.

Tuesday, June 7, 2011

Hati Ibu

Assalamualaikum Semua!!!

Selama saya tidak beronline, banyak perkara yg saya belajar.

Belajar erti kehidupan.

Belajar erti bersabar.

Belajar erti bersyukur.

Belajar erti berjimat.

Belajar jadi pemikir.

Belajar utk tidak jadi malas.

Belajar dan terus belajar mengenali hidup.

Oleh itu kawan2, apa pun yg sedang anda lalui sekarang. Baik buruknya kita kena bersyukur.

Belajar untuk bersyukur dan Ikhlas.

"Ya Allah!! Kuatkan semangat hambamu ini yang kadangkala sering lalai dan leka dalam mengingatiMu...." 

Jom Follow Me

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails