Kita bersama

Daisypath Anniversary tickers

Nur Ilyanie Najwa

Lilypie Kids Birthday tickers

Nur Ilyanie Najihah

Lilypie Kids Birthday tickers

Thursday, March 24, 2011

Breastfeeding in Public by Ibu Ilyanie

Assalamualaikum semua!!!

Credit to Joanna Goddard

Before this saya penah citer tentang bab Breastfeeding in Public. Masa saya tulis n3 tu dulu, saya tengah preggy rasanya 7 bulan kot. Saya begitu excited bercerita bab BF ni, sehingga saya begitu yakin 100% yg saya takkan rasa segan or malu bila BF in public.

Dan alhamdulillah hari ni dan semalam saja2 g outing ngan anak2 (actually gi ngan mak, and adik ipar serta anak sedara saya), saya berjaya melakukannya!!!
Hehehehe.. itu je saya nak citer dalam n3 ni, rasa teruja dan keseronokan berBF lil Jihah mengatasi perasaan malu atau segan nak berBF in public. Saya perasan gak ada mata2 yg memandang. Tapi saya buat2 tak heran dan to tell u all the truth, saya tak pandang keliling pun masa nak BF si Jihah tu. Yang saya pastikan cuma saya melakukan dengan penuh beradab dan tidak menampakkan aurat.

Maaf sebab saya tak dapat nak tepek picca, sebab tak amik picca pun. Kecoh ngan ragam anak2 tak sempat nak snap picca. Saya tak guna nursing blouse, poncho, or anything just cover ngan cardigan yg saya pakai je. Alhamdulillah, bb Jihah pun selesa masa BF tu.
Kalu baca balik n3 saya yg lepas tu, ada pro and cons pasal bab ni but it's up to u all nak guna pakai teori saya atau tak. Kita nakkan yg terbaik buat si manja kita kan, so ikut budi bicara masing2 la..
P/s: Sememangnya meletihkan (tapi menyeronokkan dan melucukan) bila bawa anak2 kecil g kuar jenjalan dah pulak tu kini dah ada 2 anak, macam2 ragam!! Respect abis kat ibu2 yg ramai anak leh handle diorg bila dibawa berjalan.

Tuesday, March 22, 2011

Harapan dan Impian buat my lil princess

*Entry penuh emosi seorang ibu.

Assalammualaikum semua!!



Bila melihat gambar yg paling last dalam keseluruhan picca di atas... hati saya selalu tersentuh. Tersentuh hati ibu ni bila memikirkan tentang masa depan anak2 saya yg baru 2 org tu.
Semalam dapat peluang menyembang ngan En.Hubby tentang anak2. Ada satu hal yg saya luahkan pada dia, "macam mana la masa depan anak2 kita ni nanti ye???"

Memerhatikan wajah mulus si Wawa ketika sedang tidur adalah saat di mana hati ini bertambah sayu mengenangkan betapa tapak kaki si kecil yg sebesar ibu jari dulunya dah pun berusia 3 tahun kini. Alhamdulillah membesar dengan sihat! Sebab tu saya letakkan picca di atas, picca itu mengembalikan semula ingatan saya pada saat2 pertama Wawa dilahirkan, yg takkan saya lupakan sampai bila2.

Melihatkan keadaan dunia semasa sekarang, hati ibu saya menjadi sangat risau. Peperangan, pembunuhan, jenayah, kezaliman, perebutan kuasa yg mengakibatkan manusia sanggup berbunuhan sesama sendiri hatta antara adik beradik dan yg terbaru krisi nuklear di Jepun akibat dari bencana alam. Sangat menakutkan!!!

Apa2 pun harapan dan impian saya (seperti juga ibu2 yg lain) hanya satu, biarlah Wawa dan Najihah membesar dengan sihat dan mampu berdepan dengan segala pancaroba hidup berlandaskan syariat Islam yg sebenar.

Monday, March 21, 2011

Contest: COMELLOTE NEW BORN CONTEST by Amieylee & Iedaremy

Syarat-syarat penyertaan:
1 - Follow blog akuamiey...phewwwitttt & blog sponsor http://babykudesign.blogspot.com/ -DONE
2 - buat satu entry dgn tajuk COMELLOTE NEW BORN CONTEST by Amieylee & Iedaremy -DONE
3 - letak banner kt entry n linkkan ke entry contest (sidebar sukati..tk kesahh)-DONE
4 - letak gambar masa newborn (umur 1 hari -2 bulan) dengan aksi comel (tak kisah aksi apa..lagi bagus kalau FRESHHH FROM OVEN maksudnye kt Hospital lagi -DONE
5 - Tulis nama ibu/nama korang,nama anak dan umur anak sekarang-DONE

TARIKH TUTUP : 31 MARCH 2011
sistem juri adalah juri awam ye...
(yg pasti tak payah raih undi)


 

Nama Ibu: Fatin Hamamah Mat Nor

Nama Anak: Nur Ilyanie Najihah

Umur: 2 bulan (DOB: 12 Jan 2011)

Sunday, March 20, 2011

Alkisah si kakyung Wawa

Assalamualaikum semua!!!

Asyik bercerita tentang baby Jihah, tak lupa juga saya nak bercerita pasal si Kakyung Wawa. Yup! Itulah recognition yg saya dan En.Hubby berikan kepada Wawa bila dah jadi seorang kakak sekarang.

At first dia mengiktiraf dirinya dengan panggilan "Kakyung Wawa", tapi lately dia mahu dipanggil Wawa je. Is she jealous with the attention given to her sister??

 It's really obvious sebenarnya. Contoh kejelasan yg tak secara langsung ditunjukkan dan yg saya faham secara langsung dia jeles ngan adik dia ialah
1. bila saya menyusukan adik Jihah, kakyung Wawa mintak dibuatkan susu untuk dia, padahal masa adik dia sedang main2 tak nak mintak pulak (ni la yg plg obvious sekali, mintak saya buat mcm2 while saya sedang BFing adik dia...)

2. bila dia tengok adiknya dah terlena dalam pangkuan saya, mesti dia mula menyanyi atau bersuara kuat sebab nak buat adiknya jaga.

3. buat perangai yg saya tak suka dengan niat mahu saya bising dan marah2kan dia dengan motif untuk mengalihkan perhatian saya kepada dia.

Selain dari perkara2 di atas, she is... I mean the truth is, Kakyung Wawa memang a loving sister. Usah cakap la bab kissing tu.. Sampai naik rimas adiknya bila dicium kakyung Wawa. Selebihnya dia seorang yg rajin membantu bila saya mintak tolong itu ini, amikkan diapers adik, minyak TYT adik, baju adik, mintak tolong tgk2 kan adik while saya di dapur or nak mandi, lapkan muak adik, apa lagi kalu main2 ngan adik mmg dia suka. Dan saya dapat mengesan yang bb Jihah pun sangat suka bila kakaknya berada bersama dia. Paling suka dia tgk bila kakaknya bermain. Kadang2 tu dpt tgk yg bb Jihah dapat mengesan kelibat kakaknya dari jauh.


Dari segi perkembangan diri, sudah makin pandai berceloteh mcm org tua! Itu pun yg plg obviousnya (perkataan feveret hari ni, obviousnya...harap maklum). Ada satu perkara yg dia sudah pandai belajar... using laptop. Walaupun setakat tekan2 je, but sh'e able to watch video kat Youtube, main game, tekan2 kat FB, tekan2 kat Website, snapshot using webcam......haish, budak2 sekarang!

Walaupun pada awalnya saya struggling ngan new life saya dan juga ngan BF journey saya, tapi saya tetap merasakan kebahagian dengan kesibukan dan kelam kabut saya menguruskan 2 orang puteri kesayangan saya. Mereka adalah racun dan penawar hidup saya.


Alhamdulillah syukur kepadaMu. Jom layan piccas di bawah yek!

With her new hair cut

Rupa tak sama tapi serupa

She really loves her sister much, love to kiss her!

Blog list Mommy To Be dah menyusut keahliannya

Assalamualaikum semua!!!

First of all, saya nak ucapkan tahniah to all mommies yang telah pun selamat melahirkan permata hati masing2.. dan harapan saya agar mommies akan teruskan perjuangan PENYUSUAN SUSU IBU secara eksklusif selama 2 tahun.
Then nak umumkan bahawa keahlian untuk blog list MOMMY TO BE di sidebar blog saya telah menyusut dan tinggal lagi 2 ahli je yg masih belum updated status mereka. Since saya pun dah bertukar status kepada NURSING MOM, makanya tumpuan utama saya kini adalah untuk siri jelajah blog NURSING MOM juga. To those yg ingin tersenarai dalam blog list NURSING MOM saya silalah tinggalkan link di bahagian comment.

For those blogger MOMMY TO BE yg dtg bertandang ke blog saya ni, leh jugak tinggalkan link untuk saya ikuti perkembangan kisah preggy anda. And berkongsi juga info2 menarik berkenaan dengan PENYUSUAN SUSU IBU.
And last but not least, to those yg ingin tersenarai di blog list saya yg lain boleh jugak tinggalkan jejak anda di sini untuk saya ikuti kisah anda nanti.

Till the next n3 kejap lagi. Da!!!!

Friday, March 11, 2011

Semua orang pun bz. Tapi saya lagi.....bz!

Assalamualaikum semua!

Yup! Semua orang bz, tp saya lagi... bz! (Bz la sangat...).
Sampai sekarang saya masih struggle ngan kehidupan baru saya bersama orang baru. Since dia masih kecil dan memerlukan perhatian yang lebih, tambahan pula saya yang mengasuh dan mengadun dirinya sejak lahir sampai la sekarang ni dah 2 bulan. Makanya, dia mengada2 tak mo kat orang lain.

Bulan April nanti saya perlu menghadiri kursus 2 hari di Morib, so terpaksa la tinggalkan dia (but lum buat decision sama ada tinggal di umah atau angkut sekali ke tempat kursus tu).
Sekarang saya menginap di umah mak saya sehingga la nak ke kursus tu nanti. Plan asalnya nak bagi bb Jihah biasakan diri ngan tangan opah. Tapi hmmm..... nampak cam tak berjaya je. Ada la 2 kali saya kuar umah lebih dari 2 jam.

First saya g salon rambut tuk gunting rambut dan basuh, tapi tak sampai 2 jam pun saya ke sana mak kata bb Jihah nangis2 tak mo di pujuk.

Second time kuar berdua ngan En.Hubby g Tesco beli barang2 dapur. Niat asal nak berdating la ngan En. Hubby, alih2 saja try call umah tanya pasal bb Jihah. Pun akhirnya berdating kat umah je balik.. hehehe...

Bab nak kasi EBM tu takde masalah sebab dia dah mau minum EBM dalam botol. Bab nangis2 meragam walau dah bagi susu tu yang tak tau nak handle camne. Sebab tu saya dok tanya pengalaman u all bila antar bb kat bbsitter camne diorg handle bb u all?? Ye la.. anak2 kita berbeza sikit sebab guna EBM instead of bagi FM.

Oh ya! Tentang kursus di Morib tu, saya dapat tawaran dari SPA sebenarnya untuk g kursus bagi jawatan Penguasa Kastam. Ada sesiapa yang dapat tawaran yang sama tak? Meh la bagi tau saya. Leh la kita calling2 contact...

Ok la yek! Sian plak kat kakyung Wawa nakkan perhatian dari ibunya. Beransur dulu yek!!

See u real soon!!

Thursday, March 10, 2011

Happy 4th Anniversary!

*Special entry to a special couple


4 tahun lalu kita disatukan dalam ikatan yang sah walaupun kita berdua banyak perbezaannya.
2 tahun sebelumnya kita dipertemukan semula pabila diriku memerlukan seseorang sebagai tempat mengadu.

Dalam masa 2 tahun tu jugak, kita melalui pelbagai rintangan dan halangan sebelum kita dapat disatukan dalam ikatan yang sah.

4 tahun selepas itu kita dikurniakan seorang lagi permata hati yang mengikat kasih sayang dan rasa cinta antara kita.
Walaupun dalam masa 6 tahun ni kita dah lalui bermacam2 halangan dugaan dan cabaran, Insya Allah kita akan tetap bersatu sepakat dan sehati sehingga ke akhir hayat dengan izin dariNya.

Dan harapan kita agar 10, 20 tahun dari sekarang dan sehingga ke akhir hayat, kita akan tetap bersama melalui segala suka duka pahit manis dan segala ranjau kehidupan bersama seia sekata sehati dan sejiwa.

Amin...Ya Rabbal 'Alamin....

Happy 4th Anniversary To Us!

090307-090311


Jom Follow Me

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails