Kita bersama

Daisypath Anniversary tickers

Nur Ilyanie Najwa

Lilypie Kids Birthday tickers

Nur Ilyanie Najihah

Lilypie Kids Birthday tickers

Monday, February 28, 2011

Berkhidmat bersama masyarakat atau berkhidmat di rumah sahaja???

Assalamualaikum semua!!


First of all thanks to my blogger frens yg sudi revert pasal masalah saya dalam post ni.

Keputusan harus dibuat dalam bulan Mac ni jugak dan ia akan menentukan arah tuju masa depan saya seterusnya.
Yang menjadi musykil saya sekarang ni, macam mana ibu2 yg bekerjaya memilih dan membuat keputusan tuk tinggalkan bb yg masih kecil bersama babysitter atau di taska???

Mak saya mahu menjaga, tetapi berat pula rasa hati ni nak menyusahkan dia sebab nak jaga 2 org anak pun saya kelam kabut, inikan pula seorang opah nak jaga 2 org cucu. Kakyung Wawa dah besar boleh la jugak independent, yg si kecik ni ha... nak kena full attention.
Haduyai!! Fening la.. fening la...

Leh kongsi sket tak pengalaman ibu2 bloggers yg bekerjaya (terutama sekali yg BF bb), meninggalkan bb kecil yg comel ni utk dijaga oleh babysitter?

Lagi satu hal, macam mana sebenarnya cara kita nak bagi bb minum EBM? Oleh sebab saya masih di rumah, perlu ke saya training bb Jihah tuk minum EBM ikut time (buat schedule) or ikut demand jugak)??

Help me please... :(

Budak kecik yg mengubah hidup saya.

Saturday, February 26, 2011

BB Jihah Development: 7 weeks

Assalamualaikum semua!!!


Alhamdulillah minggu ni dah masuk minggu ke 7 bb Jihah or 46 days.
Setakat hari ni bb Jihah dah mula pandai nak bersembang, mulut nya henyot benyot nak bercakap. Dah pandai jerit2 panggil orang bila tgk takde org depan matanya sebab nak ajak bersembang. Dah pandai kenal org dari segi rupa yg dilihatnya dan suara yg didengarinya. Menyusu mcm biasa, selera besar! Selagi tak puas tak lepas. Tapi kalu nak tidokan dia susah juge, mayb sbb Wawa dulu ajar pakai pacifier tp bb Jihah takmo pulak pacifier.



Hidup saya berubah 100% dengan kehadiran bb Jihah. Dan sekarang ni saya terpaksa pula berhadapan dgn situasi yg memerlukan saya utk buat keputusan yg bakal memberi impak dlm hidup saya.
Nak terus bekerja bersama masyarakat @ bekerja di rumah sahaja???

Oh bb Jihah! U really changed my life completely...

Friday, February 25, 2011

Nutrition During Lactation

Assalamualaikum semua!!


Hari ni nak berkongsi tentang maklumat yg saya perolehi dari web MyHEALTH Portal, web yg sering saya kunjungi bila saya nak cari maklumat tentang kesihatan.
Yang menariknya kali ni saya ingin berkongsi tentang nutrisi semasa kita BFing bb kita. Since saya dah pun abis pantang ari ni, so pantang makan saya teruskan oleh sebab yg berikut:

  
Jadi, tak semestinya lepas kita abis pantang bersalin semua benda kita boleh sumbat dalam perut kita...tak..tak leh gitu ye ibu2... Tambah2 kita menyusukan bb kita, banyak pantang larangnya lagi yg perlu kita jaga. Selain dari sebab saya menyusukan Jihah, pantang makan saya terus amalkan sebab luka czer saya baru nak sembuh, jadi tak berani nak makan sembarangan. Takut sakit!!! :D
Dalam web tersebut ada dicadangkan menu nutrisi yg sesuai utk ibu2 BF mengikut piramid makanan yg kita sedia maklum.


Tetapi kepercayaan kita org Melayu ada certain makanan yg kita tak leh makan atas sebab 'sejuk', 'panas', 'tajam' dan 'berangin'. Ikut kesesuaian tubuh dan bb kita gak la yek.. so trial and error.

Kalu ikut kepada MIL dan mak saya, ada saja yg tak boleh dimakan. Gitu gayanya nnt, mcm mana kita si ibu dan bb nak dapat khasiat dan tenaga??
So, trial and error la yek. Kalu rasa bb tak tahan tak yah le teruskan makan.

Nak tau lebih lanjut, sila terjah ye...


  • Selamat Membaca!!!

Thursday, February 24, 2011

Merdeka! Merdeka! Merdeka!!!!

Tanggal dua puluh lima..

Bulan dua...

Dua ribu sebelas........

Merdeka! Merdeka!



Hehehehe.. Mood tak sabar nak abis pantang. Ari ni last day.....


Kepada ibu2 yg sedang berpantang, chaiyok! chaiyok!!



Sekian, terima kasih.

Tuesday, February 22, 2011

Edisi luahan perasaan: Tak tau nak luahkan macam mana


Sebenarnya hidup saya tak susah, tapi tak juga penah senang. Saya tak mo jadikan blog sebagai medium utk membuka pekung di dada sebab saya tak mo simpati orang atau pun plg worst umpat keji orang.

Tapi start semalam mood saya mmg sangat2 down. Fikiran saya runsing, saya tak tau nak luahkan pada siapa. Segalanya semakin kusut dan merunsingkan.

Oh! Bukan sebab BF journey saya. Setakat ni BF journey saya sangat menghiburkan dan menyeronokan.

Tapi sebab masalah diri sendiri yg tak penah sudah2.

Oh ya! Bukan juga sebab masalah rumahtangga. Alhamdulillah tak lama dh nak menginjak ke usia 4 tahun rumahtangga kami bahagia walaupun kengkadang ada le 'tergigit lidah' sikit2 tu.

Ntah le.. saya pun dah tak tau nak ikhtiarkan macam mana. Susahnya sejak dari dulu (lepas graduate) smpi sekarang. Tapi saya tak penah putus asa mencuba utk memperbaiki diri.

Hanya ALLAH yg tahu...*sighs*

Macam ni la keadaan saya sekarang....
P/s: N3 penuh emosi hari ni ye puan2..

Sunday, February 20, 2011

Eeeeeee.... malasnya nk pump!!! Susahnya nak uruskan EBM!!!


Honestly penyusuan susu ibu bknlah sst yg mudah utk dilakukan, TETAPI tidak pula menjadi sst yg mustahil utk dilakukan. 

Ini adalah statement yg akn sentiasa saya ulangi setiap kali menulis mengenai BF journey saya. Sebagai penyuntik semangat dan juga sebagai peringatan dan motivasi diri sendiri.

Kenapa saya kata begitu??

Secara fitrahnya semua yg bergelar ibu apabila melahirkan bayinya dikurniakan rezeki susu ibu yg cukup untuk diberikan kepada bayi tersebut. TETAPI, disebabkan cabaran2 yg terpaksa dilalui sama ada si ibu itu sedar atau tidak tentangnya, akhirnya anak itu diberikan susu lembu sebagai pengganti.


Bagi ibu2 yg bekerjaya (atau sekarang ibu2 yg menjadi suri rumah pun dh mula amik kisah), membuat stok EBM adalah satu perkara kritikal yg menjamin kejayaan BF journeynya. Oleh sebab itu, bukan setakat niat atau tekad sahaja diperlukan TETAPI ilmu dan sokongan rakan2 juga sangat penting membantu kejayaan seseorg ibu itu.

Panjangnyalah saya berceloteh ye... TETAPI ini realiti yg saya hadapi kini. Masa preggy dulu niat ada tekad ada ilmu dah dicari, tapi bila melaluinya sendiri barulah tau susah senangnya.

Hari ni dah 40 hari saya berpantang. Tinggal lagi 4 hari je lagi saya nak graduate pantang. Tapi stok EBM belum mencukupi, baru ada 3oz. Itupun 3oz lagi saya dah gunakan hari ni. Macam mana saya nak lalui perjalanan BF saya untuk 5 bulan yg akn dtg dan juga menempuh dugaan di bulan puasa nnt?????

Jawapannya kenalah rajin pumping!


Saya tak tau hari mendatang saya nanti (dan saya tidak mahu terlalu memikirkannya just go with the flow), TETAPI saya tidak akan pernah berputus asa utk berusaha (menghapuskan penyakit M) dan mencarigali lagi ilmu melalui pembacaan, perkongsian dan juga pertanyaan bagi memastikan stok EBM saya cukup bagi permata hati saya, bb Jihah.

Selain daripada ilmu nak pastikan stok EBM yg mencukupi, satu lagi cabaran adalah kaedah pengendalian dan pengurusan stok EBM. For the first time saya pump dan saya nak gunakan stok tersebut, di FB la saya gunakan sebagai tempat utk bertanya dan mendapat maklumat. Hasilnya saya mendapat 2 sumber maklumat yg bermanfaat yg telah membantu saya menguruskan EBM.


Mama Shazura


Mama Qaireen


Kepada ibu2 yg merasakan susahnya nak menyusukan anak2 dengan susu ibu ni, pastinya nak melaksanakan kaedah pengendalian EBM ni satu perkara yg rigid dan rumit serta remeh temeh. 

Sebenarnya nak bancuh susu FM anak tu lagi remeh temeh! Saya berkata semua ini di atas tiket pengalaman saya sendiri yg menyusukan anak sulung saya dengan susu FM selama 3 tahun. Remeh ye puan2 nak bancuh2 bagai susu FM tu. Kalu dh ada stok EBM dalam peti ais, amik rendam ngan air panas terus je bagi. Tak payah nak buka tin, buka termos air panas, nak sukat2 air.

To all mommy to be and mothers yg dh ada niat, tekad dan sedikit ilmu tentang BF teruskan perjuangan dan jgn mudah putus asa. Semoga kita sama2 berjaya ke puncak jaya!!!

Hasil tandem pumping (utk sesi pumping kali ke2 menggunakan pam manual Pureen yg berharga RM 54.90), pada 18/02/11 jam 3ptg. Inspirasi nak buat tandem pumping ni datangnya dari hasil pembacaan di blog Momma Mia tentang the power of tandem pumping.


P/s: Entry menaikkan semangat diri sendiri hari ni ye puan2...

Wednesday, February 16, 2011

Edisi luahan perasaan: Saya Ibu yang tak adil..Tak adil ke saya sebagai ibu???

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos 

Ada beberapa persoalan dan soalan2 yg sering berkumandang di minda saya selepas saya melahirkan bb Jihah.

Macam mana la nak manage 2 org anak sekaligus?

Macam mana la ibu2 lain yg ada anak ramai nak uruskan anak kecil yg baru lahir dan yg sedia ada??

Saya...ibu yg bersikap tak adil ke??? 

Bila dh ada 2 orang anak ni baru le saya teringat balik mcm mana mak kita dulu  mengasuh dan mendidik kita adik beradik. MIL saya lagi best! Kata2 keramat dari dia yg saya dah hafal bila berckp soal anak2 ni...
"Mak ni 8 org anak. Abah kome dulu polis kuar masuk hutan berbulan2. Takde sapa tolong, mak sorang2 je la. Mcm2 fiil ada. Yg tu ek yg ni ok. Yg ni nak berak, yg tu muntah, yg ni nangis, yg tu pulak gaduh. Bla..bla...bla... (panjang lagi leterannya... amik intipati je)".
 Itu le ayat keramat bkn utk saya seorang, utk semua anak menantu dia akan ungkapkan balik pengalaman dia mengasuh anak2nya yg 8 org tu. Tapi saya respect sbb dia mmg super mom. Mak saya pun super mom juga tapi cuma mengasuh saya 3 beradik je.

Menguruskan keperluan dan kehendak zahir anak2 bkn sst yg sukar. Walaupun kadang2 memenatkan tapi masih bisa diatur. Apa yg plg sukar pada saya ialah membahagikan rasa kasih sayang dan memenuhi keperluan batin mereka (perhatian yg didambakan).

Kadang2 terbit satu perasaan serba salah terhadap anak sulung saya, Wawa. Bkn apa masa sebelum ada adiknya dulu memang dia saya manjakan. Bukan manjakan ngan duit. Tapi kasih sayang saya pada dia tak berbelah bahagi. Every day tidur saya tepuk, saya peluk, saya kucup, saya spend a lot of time a day ngan dia. Tapi sekarang  ni saya hanya ada masa untuk memenuhi keperluan dan kehendak zahirnya saja mandikan dia, bagi dia makan, layan karenahnya serba sedikit. Bukan sebab saya full time ngan bb Jihah, tapi.. entah le.

Kadang2 tu karenah dia mmg buat saya hangin satu badan. Dah la bb Jihah ngan fiil dia biasa la bb baru lahir, Wawa pula memang sgt2 jelas saya nampak gelagatnya tu sengaja dibuat utk mengambil perhatian saya.

Di satu aspek, saya fikir bila dia dah masuk umur 3 tahun ni selayaknya saya bagi dia ruang utk bereksplorasi ttg diri dia sendiri, maksudnya bagi ruang privasi tuk diri dia sendiri. Takde la nak kena berkepit celah ketiak saya je 24 jam. Cuma kadang2 saya rasa ruang yg saya bagi tu makin besar. Lagipun saya duk umah MIL ada sorang sepupu yg dia boleh main bersama2. Tapi adat la bila budak2 ni main mesti ada adegan tangkap leleh ngan gaduh2nya.

Sebab tu saya tanya pada diri, saya ibu yg tak adil? Tak adil ke saya sebagai ibu??

Oh perasaan.... pergi main jauh2....!!

Friday, February 11, 2011

Bb Jihah at 30th day

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos 


Semalam gi klinik utk cucuk dan check up bb Jihah sebulan. Sbnrnya tak tau pun yg bb Jihah kena cucuk. Sampai kat KK, nurse bagitau kena cucuk. Apalagi.. saya lak yg terkejut. Anda pulak jangan terkejut. Dah lama tak bawak bb g KK, kali terakhir 3 tahun lepas, so memang le tak ingat ada cucuk sebulan.


Btw, Alhamdulillah berat bb Jihah pun dah bertambah berkat khasiat susu ibu. Daripada berat lahir 3.25kg, timbang semalam dah 4 kg anak ibu ni. Syukur sangat!


Sebelum cucuk tu, nurse buat test utk tgk perkembangan pancainderanya dan beberapa anggota badan lain. Alhamdulillah.. bb Jihah membesar dengan sihat.


After that, baru bb Jihah kena tembak. Utk membuatkan bb Jihah relief dari kesakitan kena tembak tu, saya sumbatkan susu ibu. Tapi by the time jarum suntikan tu terkena kulit lembutnya, huwaaaaaa!!!!!!!Saya pulak yg suspen kejap...


Nanti kena cucuk lagi next month...haishhh!


P/s: Bab cucuk mencucuk ni mmg tak gemor benor

Thursday, February 10, 2011

GA:TOTE BOUTIQUE'S GIVEAWAY




Senang saja nak join, sila ke blog di bawah untuk details.


 Hadiah untuk pemenang (bkn sorang tau.. 4 org pemenang akn dipilih secara rawak) sangatlah best! Bkn senang nak dapat. So jom kita join!

Kek Tiramisu?


Sedap ke kek tiramisu? Ais krim Tiramisu memang penah makan, tapi tak amik port pun rasanya.

Pas abis pantang nanti memang sangat teringin nak rasa. Tapi boleh ke makan?

Tapi tak kisahlah pasal tu sebabnya ada hal yang lebih penting perlu diselesaikan petang  ni.




Adakah perkahwinan Dani diteruskan bersama Tina??

Adakah Melur akan mengaku yg dia nak sabotaj majlis Dani dan Tina??

Adakah Zain akn bersama Liana??

Siapa yg akn bersama Melur??

Siapa, Apa, Bagaimana, Mengapa??

Kita layan sama2 petang nanti k! Episod akhir Tiramisu dalam slot Akasia hari ni (mcm dlm iklan plak).

Wednesday, February 9, 2011

My WishList (lepas berpantang)



Esok, 10 Feb 2011, genap 30 hari saya berpantang dan bermakna bb Jihah pun dah sebulan. Alhamdulillah dia membesar dengan sihat  dan bebas dari demam kuning, hasil dari penyusuan susu ibu secara eksklusif.


Berbalik kepada topik kita pada hari ni, macam penah saya katakan nak menunggu tempoh berpantang habis ni memang sangat memenatkan. Dihitung harinya tarikh pantang saya berakhir pada 24 Feb 2011. Lebih kurang 2 minggu lagi dari hari  ni. Fuhh!! Jenuh!


Dalam kepala saya ni pun dah bermacam2 benda dan keinginan yg ingin saya buat pada hari ke 45 nanti, iaitu 1 day after pantang habis (pantang kan 44 hari). Antaranya saya nak gunting rambut, nak berurut lagi sekali, nak g beli hadiah, nak itu, nak ini... Macam2 ada!!!


Sungguhlah tak sabar nak tunggu hari ke 45 ni!

BB Jihah on her 20th day... Baru lepas nenen.

P/s: Dah abis pantang 44 ari pun masih berpantang lagi untuk 100 hari.

Saturday, February 5, 2011

Ragam Berpantang Ibu Ilyanie



Hari ni dah masuk hari ke 25 berpantang... sekejap je masa berlalu.
Sekejap ke?? Ha ah!! Memang sekejap... walaupun penantian nak menghabiskan 44 hari tu suatu yg sangat memenatkan. U know why don't u??


Tapi saya berpuas hati sebab beberapa perkara berjalan lancar seperti yg dirancangkan walaupun saya bersalin secara czer.
Secara ringkasnya ragam berpantang saya mudah je, takde yg spesel sangat pun. Apa yang saya utamakan adalah dari segi pemakanan sebabnya saya mahu luka czer ni luar dan dalam sembuh dengan cepat. Alhamdulillah... setakat hari ni, saya dah boleh buat keje umah sepenuhnya tanpa rasa kesan pada luka czer tu.


Amalan pemakanan harian saya sama je setiap hari. Bila tgk org citer makan itu ini rasa cam nak cuba tapi takut sbb yg menanggung sakit adalah diri sendiri. Kalu ibu2 berpantang lain ada yg dh boleh makan ayam saya pun teringin tapi tak berani.


Antara yg menjadi amalan pemakanan saya:
1. Bubur nasi (awal2 berpantang)
2. Sup Ikan Haruan @ Bakar
3. Nasi putih
4. Ikan cencaru bakar
5. Roti Gardenia
6. Biskut Creamo coklat
7. Biskut Sugar Cracker Munchy's
8. Air Milo (tapi skrg tak minum sbb bb Jihah tak tahan, angin)
9. Kopi (sangat nipis)
10. Air Herbanika NR (Minum setiap hari)
11. Supplemen: Nu3Med NR, Elken Spirulina, Elken IG6 (sangat bagus tuk sembuhkan luka dengan cepat), Elken Fujita Lactose (utk kesihatan usus)
12. Bahan perisa: Bawang putih, Bawang merah, Halia, Lada Hitam, Cukup Rasa


Selain pemakanan, saya juga mengamalkan 3 perkara lain (on and off, sbb terkejar2 masa nak uruskan bb Jihah).
1. Mengurut pada hari berpantang ke 21-23
2. Mandi air rebusan daun-daun mengkudu, serai wangi, pandan
3. Melulur (dengan lulur NR)
4. Bertungku


Oleh sebab saya berpantang di umah MIL, makanya boleh dikatakan 95% urusan berpantang saya dll sayalah yg buat. MIL just bantu saya tengok2kan bb Jihah while saya makan or mandi je. Selebihnya masak makan, mandikan bb Jihah, menyapu, mengemas, membasuh pakaian, menyidai, melipat, dll semuanya saya uruskan sendiri dengan bantuan En.Hubby (masa En.Hubby bercuti je la). Sangat berpuas hati!! Memang dah bertekad nak buat semuanya. Dan alhamdulillah saya berjaya menyahut cabaran diri sendiri.


Oh ya! Tentang anak sulung saya, Kakyung Wawa, masa mula2 tu mmg kelam kabut sikit sehinggakan saya merasa serba salah sebab mengabaikan dia. Terasa sungguh!! So, saya decide hantar anak sulung kesayangan saya tu dijaga oleh mak saya. Sangat rasa kelainan berjauhan (walaupun umah dekat je) dengan dia. Saya sangat rapat dan tak penah berenggang dengan dia. Fyi, semalam saya ajak En.Hubby tido di umah mak saya sebab rindu sangat dengan Kakyung Wawa.



Walaupun orang kata masa berpantanglah masa tuk kita berehat, tapi saya dah puas berehat masa berpantang bersalin Kakyung Wawa dulu. Sehinggakan saya tak merasa pengalaman sebenar menjadi Ibu semasa berpantang. Sebab tu kali ni saya decide nak belajar buat semuanya. Dan saya berpuas hati!!


Begitulah ragam berpantang Ibu Ilyanie.

Wednesday, February 2, 2011

Fuh..fuh... fuhhhh!!!



Fuh..Fuh...Fuhhhh!!! Kasi buang semua itu sarang labah2.


Sangat tidak boleh menulis entry selama ini bkn sbb sibuk, tp sbb tidak ada kesempatan yg selesa utk menulis. Sekarang bb Jihah sedang lena diulit mimpi (finally!!!) barulah boleh menulis.


Banyak perkara nak diciterkan tetapi hari ni just nak kisahkan sedikit pasal perkembangan bb Jihah dan juga yg plg penting pasal Breastfeeding journey saya bersama bb Jihah.


Rentetan kelahiran Jihah pada 12 Januari 2011 yg lalu, maka bermulalah perjalanan Penyusuan Susu Ibu (PSI) saya bersama bb Jihah. Saya teringin nak letak ticker BF kat blog tapi saya tak tau sama ada saya layak utk meletakkannya.


Permulaan PSI saya bersama bb Jihah bermula dengan baik pada 1 jam pertama di mana itulah saat permulaan paling penting yg boleh membantu menjayakan PSI ibu2. Saya meminta bantuan staff nurse di recovery room 5 minit selepas bb Jihah melihat dunia utk saya memulakannya.


Alhamdulillah pada ketika saya masih di atas katil dalam keadaan masih berbaring, saya berjaya memberikan 'golden liquid' iaitu kolustrum pertama kepada bb Jihah. Saya sangat2 berpuas hati!!


Namun begitu, sehingga ke hari ini perjalanan PSI saya bukanlah mudah. Selain diberikan FM kerana bb Jihah tidak bersama saya semasa di hospital (recovery moment utk beberapa jam), diberikan FM di rumah sbb bb Jihah meragam tak puas menyusu (asyik nangis2 je, takut perut kembung. dan ketika itu baru kuar spital dan balik umah tak tau nk buat camne), bb Jihah kerap muak dan penah muntahkan kolustrum keluar ikut hidung masa di hospital ari tu (mmg gelabah masa tu nasib bb Jihah tak lemas) dan macam2 lagi dugaan, cabaran serta culture shock, saya masih lagi learn to get used to it dan terus mencari sokongan dan dorongan dari kawan2 lain (Wow!! statement paling panjang...).


Sehingga ke hari ini hari ke 22 pantang, bb Jihah adalah bb yg berselera besar. Kalu tiba masa feeding, boleh makan masa selama 1 jam, dan kemudian tak sampai 5 minit nak feeding lagi. Kengkadang stress jugak sebab tak penah lalui keadaan macam ni. Seperti yg saya katakan saya masih belajar menerima dan menyesuaikan diri dengan keadaan semasa.


Walau mcm mana pun sukar, saya bangga dengan diri saya sebab saya sudah tidak lagi memberikan bb Jihah FM (walaupun ada masanya saya HAMPIR2 give up nak top up).


Betul seperti kata2 Momma Mia... apa yg penting???? MIND SETTING!!!

Permata Hati Ibu

Jom Follow Me

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails