Kita bersama

Daisypath Anniversary tickers

Nur Ilyanie Najwa

Lilypie Kids Birthday tickers

Nur Ilyanie Najihah

Lilypie Kids Birthday tickers

Monday, January 24, 2011

Payudara Kendur kerana Penyusuan Susu Ibu???? Suatu Mitos atau Fakta


"BANYAK FAEDAH...menyusukan anak bukan penyebab kepada payudara kendur malah banyak faedah diperoleh daripada menyusukan anak iaitu mengelak jangkitan kuman dan kanser payudara." 


Menarik kan???


Terlalu banyak manfaat yg diperolehi dari PSI. Jadi kenapa ada di antara Ibu2 yg khuatir untuk menyusui bayi mereka hanya kerana takut payudara mereka menjadi kendur?


Kalu nak tau lebih lanjut, boleh baca details di akhbar myMetro online untuk artikel yg menarik ini. 




Happy Reading!!!

Wednesday, January 19, 2011

Flashback: Part 2

Mengenang semula kisah dimasukkan ward buat kali kedua pada 10 Januari 2011, dan bersalinkan Nur Ilyanie Najihah pada 12 Januari 2011, membuatkan saya terfikir ALLAH itu maha adil meletakkan martabat seorang ibu tinggi dari semua makhluk.

Bukan mudah bagi seorang ibu untuk melahirkan dan membesarkan. Dan iktibar itu saya dapat dari pengalaman saya melahirkan NUR ILYANIE NAJIHAH.
Walaupun punca saya bersalin czer kali kedua tak berbeza dengan yg kali pertama, tetapi saya merasai keseluruhan proses dari mengandung dan bersalin walaupun end up dengan czer.

Ringkasan fakta kejadian:

10 Januari 2011: 
Selepas admitted pd 5 Jan then kuar pd 8 Jan 2011, on this day segalanya bermula.

Pada jam 9.00 pagi, ada leaking (turun tanda air) then ada turun darah, bergegas ke wad bersalin untuk check up. Itu ini, begitu begini, jam 11.30 pagi warded.

Petang tu, doc review kata bukaan 3 cm and doc advice untuk induce pada keesokan harinya jika takde progress bersalin within 24 hrs.

Mula rasa kontraksi yg agak kerap dan sakit sedikit berbeza dari yg dirasa pada 5 Januari ari tu.

11 Januari 2011:
Kontraksi semakin kerap dan sangat sakit, 3 to 4 times in 5 minutes. 

Jam 9 pagi ready for doc review, and at last doc kata tak yah induce sebab dh ada kontraksi. Just waiting for the right time for bb to come out katanya... Fuh!!! Lego den. Walaupun tak tau macam mana rasanya bila kena induce, tapi memang tau akan bertambah2 rasa sakitnya. Kan??

Doc review, utk masuk LR pecahkan ketuban dan wait and see the progress...

Jenuh menunggu, kontraksi semakin kerap dan sangat2 sakit... akhirnya jam 9.30 malam di hantar ke LR.

Jam 10 malam, air ketuban dipecahkan dan bukaan still 3cm.

12 Januari 2011:
Tunggu..tunggu..terus menunggu... kontraksi semakin kuat dan klimaksnya pada sekitar jam 4 pagi, n ketika tu bukaan jalan improve 5cm. Sakit kontraksi yg tak penah saya rasakan sebelum nih. Dalam hati saya berkata pada ketika tu, rupa2nya ini le sakit yg plg sakit selepas sakit nak meninggal (betul ke ayat tu?). Tapi memang tak pernah rasa sakit seperti itu seumur hidup sebelum ni. Insaf sekejap pada kekerdilan diri.

Pada ketika sakit tu, saya menjerit sekuat hati dalam LR tu. Sakit........!!!!! ALLAH sahaja yg tau mcm mana rasanya dan keadaan saya pada ketika menahan kesakitan itu. Subhanallah!!! Sangat2 membuatkan saya rasa insaf.

Jam 7.00 pagi, setelah menunggu dari jam 10.00 malam (11 Januari 2011) selama hampir 9 jam menahan kesakitan. Akhirnya doc review terpaksa emergency czer sbb dh lama bb tak kuar sejak air ketuban pecah.

At last....

Jam 7.30 pagi, Alhamdulillah Nur Ilyanie Najihah selamat dilahirkan. 

Syukur Ya ALLAH!!

--------------------------------------

Walau saya tau, ada di kalangan yg membaca kisah saya ni dah biasa mengalami atau dh pernah merasa. Seperti yg saya katakan, walau bersalin anak kedua ini segalanya pengalaman pertama untuk saya.

Melalui alahan teruk di awal preggy, alahan gatal pada kulit, menunggu masa untuk bb kuar sehingga kandungan 40 minggu, merasai sakit nak bersalin dan akhirnya czer kali kedua. Subhanallah!! Itu je yg mampu saya ucapkan.

Hasilnya selepas dibukakan tingkap...

Tuesday, January 18, 2011

Flashback: Part 1

Ramai kawan2 yang bertanyakan tentang kenapa saya bersalin czer untuk kali keduanya. Memang dari awal saya mengharapkan agar saya dapat peluang untuk merasai pengalaman bersalin secara semulajadi. Tapi ALLAH lebih berkuasa dalam segalanya.

Walau macam mana pun, pengalaman bersalinkan Nur Ilyanie Najihah kali ni memang pengalaman seumur hidup saya yg tak akan saya lupakan sampai bila2 dan sangat2 memberikan impak dalam hidup.

Flashback masa warded 5 Januari 2011.....

Sepatutnya tarikh tu saya ada appoinment di Day Care Hospital Bersalin Ipoh untuk follow up pasal post Baby breech masa kandungan saya 34 minggu.

Pada jam 4.00 pagi 5 Januari saya mula merasakan kesakitan seperti sakit masa kita datang bulan, kejap2 tapi sakit leh tahan la. Mula2 tu ingat sakit main2 tp hampir sejam sakit still rasa, tapi saya paksa diri tidur.

Pagi tu siap2 gi Day Care untuk appointment. Sampai kat sana, nurse suruh saya ke LR. Dalam hati saya, hah sudah!!! Saya yg masih boleh berjalan, tak terasa nak bersalin tapi disuruh ke LR masa tu. 

Puncanya dia tgk muka saya asyik berkerut mcm menahan sakit, then dia tanya ada kontraksi ke. Saya jawab ada rasa sakit, tu le sebabnya dia suh saya terus ke LR.
Last picca yg sempat diambil masa kat Day Care tu, 39 weeks++
Semasa di triage counter, saya disuruh itu ini dan begitu begini akhirnya kena warded untuk pemeriksaan lanjut. Nak tak nak mau tak mau, terpaksa le jugak. Pada hari tu mmg tak ready langsung!

 4 hari warded, takde progress. Kontraksi berkurangan dan akhirnya disuruh balik pada 8 Januari 2011. Duduk di hospital, takde buat apa... Subhanallah!!!! Hanya Allah yg tahu tahap boringnya.

Bersambung...

Monday, January 17, 2011

Welcoming our new princess

Mengumumkan ke serata alam kedatangan our new lil princess....



Fresh from oven...

 

NUR ILYANIE NAJIHAH


DOB: 12 Januari 2011


Berat: 3.25kg


Time: 7.30 pagi  


Setelah bertarung hampir 9 jam di dalam LR, selepas air ketuban dipecahkan, dengan bukaan jalan hanya 3cm, menunggu sehingga bukaan hanya 7cm, menahan kesakitan (kontraksi) separuh mati rasanya.......


Akhirnya baby Jihah dikeluarkan melalui 'tingkap'. Pembedahan kecemasan untuk kali keduanya. So, peluang nak menambah ahli korum tinggal satu saja lagi (dengan kuasa ALLAH). Tapi tak kisah lah janji Ibu dan baby Jihah selamat.

Last picca diambil pd 5 Jan 2011, hari dimasukkan ward kali pertama.

Nanti sy akan citerkan detik2 menghadapi kelahiran Najihah. Walaupun ini kelahiran anak kedua, tapi bagi sy yg melaluinya ia adalah pengalaman terhebat sepanjang hidup sy sebagai seorang perempuan, wanita, isteri dan ibu.

Saturday, January 8, 2011

Horeyyy!!! Boleh balik umah..

Horeeyyy!! Boleh balik umah, bawak balik bb Ibu dalam pewot.


Lepas review by doc tadi, doc kata leh balik sbb takde tanda, contraksi tak kuat and tak kerap and bukaan tak improve, bb Ibu gerak ok.

Dateline yg diberikan adalah sehingga 18 Januari 2011.
Kalu sehingga ke tarikh 17 Januari 2011 takde pape gak, 18 Januari baru leh induce.


Untuk sekarang nih kandungan berusia 39 weeks 4 day (ikut kiraan doc), takleh nak induce sbb ada risiko pada luka pembedahan dulu. Dan takde tanda2 yg membolehkan induce dibuat.
By the way dah dengar explanation doc baru rasa lega and redha.


Sebelum ni tak tau menda tu yg rasa cam runsing je memikirkan tentang nak bersalin nih. Al-maklumlah walau anak kedua tp this is the first time nak bersalin scr normal. Harapnya impian tercapai.
Balik umah kena monitor beberapa perkara:
1. Pergerakan Baby
2. Tanda2 bersalin seperti turun air (leaking), turun darah atau pecah ketuban.


3. Kontraksi yg sangat kuat dan semakin kerap every 1 minute.


So, kita tunggu dan lihat saje la.

Friday, January 7, 2011

Warded for 3 days

Saya terpaksa warded selama 3 hari di Hospital Bersalin Ipoh kerana mengalami kontraksi yg kerap pada Rabu 5 Jan 2011 yg lepas.

Tapi sehingga sekarang tiada tanda2 darah, air atau pecah ketuban yg keluar dan kontraksi semakin kurang serta bukaan laluan masih 1 cm.

Boringnya la duk kat spital nih takde buat pape.
Tambah2 jeles sangat dengar suara tangis bayi di bilik sebelah menyebelah.

Esok, jika masih tiada perkembangan saya akan dibenarkan balik.
Dengan syarat kontraksi saya tidak kerap dan kuat, tiada turun tanda dan bukaan masih sama so baru dibenarkan balik.

Tapi hati ni masih tidak tenang mengenangkan EDD yang semakin hampi iaitu pada 9 Januari 2011.
Ingatkan dapatlah sama tarikh ngan Kak Long Wawa iaitu 7 Jan 2011, nak buat camne Baby Ibu masih belum mahu keluar.

Makanya, saya terus menunggu dan terus menanti.
Doakan untuk saya dan Baby Ibu ye....

Da!!!

Tuesday, January 4, 2011

Pemenangnya ialah....jeng..jeng..jeng...

Kalu tgk kat sini nombornya dh berubah dan pengcapture nye telah ditemui.


Dengan ini, setelah menepati segala syarat2 penyertaannya....

Saya mengumumkan pemenang bertuah bagi pengcapture angka 7000 adalah....

Cik Puan Mas, tuan rumah blog ini...

Tahniah..tahniah...

Bila dapat emel dari cik puan blog, saya pulak yg rasa teruja lebih. Macam saya pulak yg menang.

Thanks cik puan Mas sebab emel details dan nanti tolong reply dengan segera survey ttg hadiah yg akan saya berikan.

Apa hadiahnya??

Tunggu cik puan Mas reply emel saya.

39 weeks in my womb

Credit to Google
Hari ni g weekly check up kat KK.

As usual kena test urine, HB tak payah.

Timbang berat, check tekanan darah.

Masuk bilik jumpa misi.

Check bb heartbeat, ukur perut, tgk kaki.

Pot pet pot pet kejap, dah siap!!
Conclusion...

Tekanan darah ok.

Berat as usual naik.

Urine ok.

Heartbeat bb ok.

Position bb ok.

So, esok g day care kat Hospital Bersalin Ipoh untuk review perut dan bb.

39 weeks in my womb


That's it...da!!!!

Monday, January 3, 2011

Konsert Unplugged Kg Melayu Idol

video

Singer: Nur Ilyanie Najwa

Age: 3 years old
Song: Unknown

Instrument: Ala2 gitar gitu...
Enjoy!!

GA: Saya Mau GA dari Miss Librarian



First GA for the year of 2011.

Saya Mau GA dari Miss Librarian.
Sangat mudah nak join.

Hanya perlu pergi ke blog tuan umah for details.
Nak tag:




Jangan ketinggalan!!

Pembukaan Rasmi [duniakuelken.blogspot.com]

Mengumumkan pembukaan rasmi blog peribadi saya yang kedua.



pada hari ini,

3 Januari 2011.
Perkongsian ilmu mengenai kesihatan dan kecantikan yang menjadi keutamaan saya pada tahun ini dan masa akan datang.

Enjoy reading all the materials!!!

1st in everything

1st day at school...
 


1st day at work...
Sekadar gambar hiasan saje yek. Credit to Yahoo!
1st day in 2011 in everything u do...


Hopefully it is a good start on this new year on the first month and the rest of the month, AMIN...

But for me, am still waiting for my 1st day berpantang. Baby Ibu masih seronok tinggal kat dalam pewot Ibu.

Sunday, January 2, 2011

Entry kedua di hari kedua di tahun 2011

Nak update beberapa perkara penting dalam satu n3.

PERTAMA:
Mulai1 Januari 2011, kata ganti nama yg sy akan gunakan ialah Ibu or saya (ikut suka hati sy keadaan semasa)... as not like before sy gunakan kata ganti nama 'aku'. Not so frenly la kan.



 KEDUA:
Nak update tentang ala2 giveaway yg sy buat tuh.
As of today at 11.48am, no of visitors yg tertera adalah seperti di bawah.


So cepat2 dapatkan angka 7000 then emel kepada sy dengan segera untuk mendapatkan ole2 yg telah dijanjikan. Jangan ketinggalan!



KETIGA:
Dengan kedatangan tahun baru 2011 nih, there are few things yg ingin sy lakukan dan telah ada dalam perancangan utk dilaksanakan. Insya Allah...

Salah satunya sy ingin membuka sebuah lagi blog khas untuk sy menceritakan kisah dan effort yg sy akn lakukan dan yg dh sy lakukan untuk kekal sihat dan cantik (cantik la sangat kan.... :D).

Blog baru sy ni nanti bukan bertujuan untuk perniagaan mengaut keuntungan, tetapi tujuan utama blog tersebut adalah utk bercerita mengenai dunia sy bersama produk kesihatan yg menjadi amalan sy sejak mula hamil. 

So, nantikan yek!!

http://duniakuelken.blogspot.com



KEEMPAT:
Nak umumkan bahawa berkemungkinan kalu ada rezki lebih sy nak buat another contest or maybe GA saja sempena kedatangan beberapa perkara penting dalam hidup sy tak lama lagi.

Antaranya sempena...

7 Jan 2011- Birthday my lil princess yg ke 3

9 Mac 2011- Anniversary sy dan En.Hubby yg ke 4

April 2011- Setahun usia blog sy

Sy tak janji, tapi kalu ada kelebihan rezki, Insya Allah akan sy buat nanti.
So... that's it! Jangan ketinggalan dan keep on updating with my blog...

Al-Fatihah buat Arwah Faizal Mohd Yusuf


Foto: Harian Metro Online

 
Takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga arwah Faizal Mohd Yusuf,33, yang meninggal dunia pada 1.1.11 di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi), jam 1.45 tgh hari akibat serangan jantung.
Berita yang menggemparkan dunia hiburan pada hari pertama di tahun 2011. 

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh arwah. AMIN...

Berita lanjut sila ke sini.

Saturday, January 1, 2011

1 1 1 1

Happy New Year to all readers!!!

Semoga kedatangan 2011 ni nanti membawa harapan dan sinar baru dalam hidup kita...
AMIN....

Saya nak bagi hadiah........???

**Ini n3 melekat sampai ada yang dapat! Bukan contest, saja suke2 jek... Sila scroll ke bawah untuk n3 harian.



YUP!!!


Aku nak bagi hadiah kat korang. Mau tak??? Hadiah tak le spesel pun tp penghargaan kepada kawan2 blogger yg sudi ikuti kisah2 di blog aku.

Senang jek ada 2 cara...

PERTAMA: Siapa kena, dia dapat....
Sapa yang jadi follower aku ke 150 leh dapat hadiah dari aku.


Setakat hari nih 27 Nov 2010, jam 5.35 petang, baru 91 orang pujaanku...



KEDUA: Siapa cepat dia dapat....

Sapa yang dapat capture angka 07000 leh dapat hadiah dari aku.


Ni figure aku amik masa 27 November 2010, jam 5.35 petang.

Sila baca betul2 syarat2 utk cara kedua nih..

1. Dah jadi follower aku...(kalu dh jadi follower senang dpt n3 update kat blog aku).
2. Yang layak dapat hadiah adalah yang pertama email kat aku figure nih bersama dengan bukti dan butiran peribadi lengkap NAMA, ALAMAT UMAH dan BLOG LINK.


Kalu dh berjaya jgn lupa email kat aku butiran peribadi lengkap

NAMA PENUH
ALAMAT UMAH
BLOG LINK
FOLLOWER ID (Untuk cara pertama tuh)

Selamat Mencuba!!!

Jom Follow Me

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails