Kita bersama

Daisypath Anniversary tickers

Nur Ilyanie Najwa

Lilypie Kids Birthday tickers

Nur Ilyanie Najihah

Lilypie Kids Birthday tickers

Thursday, September 30, 2010

Update sepantas bullet train- 25 weeks pregnancy

Update secara pantasnya untuk check up ari nih

HB dah naik.... berat pun sama naik.... tekanan darah maintain, gula dalam darah normal. Tp masa scan bb, bb breech kepala dok kat atas.... gender tak dapat dipastikan, tp doc suspect gugurl (not yet confirm la...). Lagi air ketuban dan uri in a good condition, ukuran berat badan, kaki, tangan, kepala, abdomen, normal for 25 weeks pregnancy...

Whatever it is, syukur alhamdulillah...

Sekian untuk kali ini.

CONTEST: Gaya Si Comel Berbaju Raya

NUR ILYANIE NAJWA BTE CHE FADZLEE

2 TAHUN 10 BULAN (pada 7/10/10 nanti)


Dah lama tak join contest (sbb tak confident leh menang...heheheh...). Ni tetiba nampak contest anjuran bersama BabyIbu dan Azzamoro, rasa macam nak join le pulak.

Nak join jugak ke?? Senang jek... meh kita ikut segala syarat2 penyertaannya.

  • Letak banner di side bar blog dengan link ke n3 contest- DONE
  • Link BabyIbu dan Azzamoro dalam bloglist- DONE
  • Membuat n3 tentang contest- DONE
  • Upload 1 gambar si comel dengan gaya berbaju raya (baju melayu/baju kurung)- nak buat keap agi
  • Nyatakan nama si comel dan umurnya- DONE
  • Pertandingan terhad kepada si comel berusia 1 hari hingga tidak lebih 4 tahun pada tarikh akhir pertandingan- dah ikut syaratnya
(Untuk syarat2 lain leh terjah blog dorang for further details).

Yang paling best tuh penaja2 hadiahnya... grand2 belaka!


* BabyRuffkins
* Gin & Jacqie
* Myavenue888
* MySuperkids
* SecretBargains
* Tote Boutique
* Tupperwareville
* Weego Bottles
* Victoria's Secret Heaven

Tempoh penyertaan adalah dari 25 September 2010 - 31 Oktober 2010

Jadi tunggu apa lagi??? Cepat2 join, leh la kita grab the chance utk dptkan hadiah2 yang menarik dari penaja2 hadiah yg grand2 tuh!!

Wednesday, September 29, 2010

Pre Checklist barang-barang bb n ibu

Awal sangat ke nak wat check list nih? Memang awal pun, sbb kandungan aku baru 25 minggu. Tapi aku suka wat keje awal2, paling tak suka wat keje last minute kelam kabut... Susah sendiri jugak nnt...

Selepas dah terjah beberapa blogger mommy to be, below are all the things listed out:

For BB
1. Lampin kain
2. DD (Disposable diapers)
- thinking of nak guna CD for my 2nd bb tapi as per advise dari kengkawan, pakai DD dulu utk newborn nnt dh besar sket baru pakai CD.
3. Kain bedung
4. Tuala mandi/ tuala kecil
5. Baju lengan panjang + seluar
6. Baju berlubang+ seluar
7. Baju lengan pendek + seluar
8. Topi
9. Sarung bantal
10. Tikar Getah
11. Bakul baju (besar)
12. Baldi
13. Sabun
14. Shampoo
15. Lotion
16. Bedak
17. Minyak TYT
18. Cotton bud
19. Besen mandi bb

For Ibu
1. Kain batik
2. Baju
3. Tudung
4. Nursing bra
5. Disposable underwear
6. Maternity Pad (tali)
7. Sabun badan
8. Ubat gigi (berus gigi)
9. Sabun Muka
10. Shampoo
11. Sikat
12. Stoking

Setakat ni dulu, nanti kalu dh finalized baru post dalam n3 yg lain.

All about Breastfeeding (PSI-Penyusuan Susu Ibu)

POLISI PENYUSUAN SUSU IBU

"Setiap ibu perlu memberikan SUSU IBU SAHAJA bermula sejak lahir sehingga bayi berusia enam bulan dan perlu diteruskan sehingga bayi berusia dua tahun. Makanan pelengkap hanya mula diberikan pada usia bayi enam bulan."

Ini bermakna sejak bayi dilahirkan sehingga usianya enam bulan:

1. hanya SUSU IBU SAHAJA yang perlu diberikan

2. TIDAK perlu air atau susu tambahan (susu formula)

3. TIDAK perlu makanan pelengkap

ROOMING IN

Rooming in bersama bayi untuk terus menyusukan bayi secara 'on demand' dan memastikan penyusuan bayi 1 jam pertama selepas dilahirkan (at least).

KONSEP PSI

Demand vs Supply- Apabila permintaan tinggi @ semakin tinggi kekerapan menyusukan bayi (demand), maka semakin banyak penghasilan susu ibu (supply). Sebaliknya akan berlaku jika permintaan kurang @ semakin rendah kekerapan menyusukan bayi.

Tips utk mengatasi masalah kurang susu @ susu sedikit- TINGKATKAN KEKERAPAN PENYUSUAN DAN JUGA KEKERAPAN MEMERAH SUSU IBU!

Daripada pembacaan di kellymom.com:

- kalu kita nak faham tentang peningkatan (penurunan) supply, kita kena faham dulu macam mana productions milk itu berlaku.

- konsep penghasilan susu adalah -

1. USE IT OR LOSE IT

di mana semakin kerap dan efektif penyusuan kita (tak kisah le direct or express) semakin banyak susu yang boleh dihasilkan (further reading leh terjah http://www.kellymom.com/bf/supply/milkproduction.html)

2. FULL BREAST = SLOWER MILK PRODUCTION

3. EMPTY BREAST= FASTER MILK PRODUCTION

4. Cara untuk kita increase milk production:

a. Empty the breasts more frequently (kekerapan penyusuan dan pengepaman)

b. Empty the breasts as thoroughly as possible at each session (effectiveness of nursing and pumping session)

5. Cara untuk pastikan cik B kita betul kosong dan bersedia utk menghasilkan susu bagi sesi seterusnya? Baca di link di atas.

P/s: SANGAT-SANGAT DIGALAKKAN UTK MEMBACA DAN MEMAHAMI INFO2 PENTING DI WEB KELLYMOM.COM TERUTAMA SEKALI BERKENAAN DENGAN MILK SUPPLY ISSUES, BANYAK SGT SMPI TAKLEH NAK CITER DLM NOTE NIH... KLIK LINK NIH DAN BACA SUME TOPIK TAU... http://www.kellymom.com/bf/supply/index.html

KEBAIKAN SUSU IBU (terjah web wikipedia ttg breastfeeding)

A. KEPADA BAYI

- Imunisasi semulajadi kepada bayi

- Kurang dijangkiti penyakit

- Pelindungan daripada SIDS (Sudden Infant Death Syndrome- leh google kalu nk tau)

- Tahap kebijaksanaan tinggi

- Kurang risiko menghidap diabetes

- Kurang risiko obesiti

- Kurang risiko mendapat penyakit berkaitan alahan

- Kebaikan kesihatan jangka panjang

B. KEPADA IBU

- 'Bonding' antara ibu dan anak

- Penghasilan hormon oxytocin dan prolactin secara semulajadi yang sangat baik kepada ibu

- Pengurangan berat badan secara semulajadi

- Kaedah perancangan keluarga secara semulajadi

- Kebaikan kesihatan jangka panjang

INFO MENGENAI PSI

- Kolostrom- http://en.wikipedia.org/wiki/Colostrum#Human_colostrum @ http://ms.wikipedia.org/wiki/Kolostrum

- Foremilk- Watery milk coming from a full breast

- Hindmilk- Creamy milk coming from a nearly empty breast

- Growth spurt- http://www.kellymom.com/bf/normal/growth-spurt.html

- Let down- http://www.breastmilkcounts.com/let-down-reflex.html

- Plugged Duct- http://www.kellymom.com/bf/concerns/mom/mastitis.html

- Reverse cyling- http://www.kellymom.com/bf/normal/reverse-cycling.html

- Hunger cues- http://www.kellymom.com/bf/start/basics/hunger-cues.html

MITOS-MITOS PENYUSUAN SUSU IBU - untuk bacaan lanjut klik sini http://ezurin.blogspot.com/2010/05/mitos-mengenai-penyusuan-susu-ibu.html

1. Anggapan salah tentang kesihatan bayi yang diberikan susu formula tanpa pemberian susu ibu- di mana ibu2 beranggapan anak tetap sihat walaupun tidak menyusu susu ibu dan hanya diberikan susu formula

2. Saiz cik B tidak mempengaruhi penghasilan susu ibu (termasuk juga dengan keadaan cik N itu sendiri- leh tgk sini http://duniasusuibu.com/masalah-puting/puting-tenggelam-atau-leper/)

3. Anggapan tentang kesan PSI di mana keadaan fizikal (terutama cik B) akan berubah menjadi kendur dan tidak menarik

4. PSI mendatangkan kesakitan atau anggapan menyusukan bayi adalah kurang bersih (kononnya cik B kita tu nak kena cuci sblm menyusu, jd itu menyusahkan)

5. Tidak sanggup bersusah payah- terutama wanita bekerjaya (maksudnya menganggap BF ni perlu komitmen tinggi utk menjayakannya)

6. Psikologi bayi yang menyusu ibu lebih 'melekat' dengan ibu

7. Susu formula lebih berkhasiat (kesan pengaruh iklan tentang khasiat2 yg terkandung dalam susu formula itu)

8. Pelbagai anggapan salah tentang kolostrum

9. Anggapan salah tentang pemakanan ibu yang menyusu- tak boleh makan macam2 sbb takut bb kena effect dan juga ibu kena makan lebih sbb zat2 yg ibu dpt melalui apa yg ibu makan bb dh amik so ibu tak cukup zat kalu makan sikit

10. Susu ibu cair- ada yg anggapan bb tak puas minum

PENYIMPANAN STOK PERAHAN SUSU IBU

1. Susu ibu (blm dibekukan) berada pada suhu bilik bertahan selama 8 jam

2. susu yang diperah disimpan di tempat sejuk- 2 hingga 5 hari

3. susu disimpan dalam freezer (peti sejuk satu pintu)- 2 minggu

4. susu disimpan dalam freezer (peti sejuk 2 pintu)- 3 hingga 6 bulan

5. Deep freezer- 6 bulan

Kaedah dan cara penyimpanan dan pengendalian stok perahan susu ibu

- Mengekalkan cara/kaedah penyimpanan susu semasa di dalam pantang sebagai persediaan untuk kembali bekerja

- Labelkan setiap simpanan susu dengan menyatakan tarikh, hari, masa & oz/ml- leh tambah letak expiry date sekali

- Susu yang disimpan di tempat beku perlu dicaikan dulu di bahagian bawah (sejuk) dan kemudian barulah dipanaskan dengan merendam ke dalam air panas (bkn mendidih).

- Susu yang telah dikeluarkan dan digunakan bertahan selama 1 jam sahaja

- Susu beku yang disimpan di bahagian bawah dan belum dipanaskan dan digunakan akan bertahan selama 24 jam

- Susu yang diperah 2/ 3 kali dalam masa 24 jam boleh dicampurkan bersama dengan syarat suhu ke semua susu tersebut adalah sama. Contohnya: susu perahan pertama di simpan di dalam peti sejuk, susu perahan kedua pun perlu disimpan di dalam peti sejuk sehingga suhunya sama dengan perahan pertama, kemudian baru dicampurkan. (begitu juga dengan susu di letakkan pada suhu bilik)

- Pengunaan stok susu perahan adalah berdasarkan konsep FIFO- first in first out

- Contoh cara mengendalikan stok EBM: 10 btl stok perahan di bahagian beku

a. setiap hari kumpulkan 4 btl stok EBM semasa bekerja (fresh EBM)

b. simpan 3 btl di bahagian sejuk untuk digunakan pada keesokan hari

c. 1 btl lagi diletakkan di bahagian beku (simpanan jangka panjang)

d. sebagai ganti, keluarkan stok beku EBM yang bertarikh plg lama ke bahagian sejuk untuk dicairkan dan digunakan keesokan hari

e. hasilnya dapatlah digunakan 3 btl susu segar (dari bahagian sejuk) + 1 btl susu dari stok beku (tarikh yg plg lama)

PEMAKANAN YANG MEMBANTU IBU-IBU DALAM PSI - untuk bacaan lanjut sila klik http://ezurin.blogspot.com/2010/05/makanan-minuman-yang-dapat-menambahkan.html

1. Sengkuang cina

2. Halba- rendam dan minum airnya

3. Laici/ Longan/ Misai Kucing/ Rambutan- yang asli bkn yg ditinkan

4. Lobak putih

5. Sawi- leh makan masa pantang

6. Kailan

7. Bayam/ Petola/ Peria

8. Jantung pisang/ Pegaga/ Pucuk betik

9. Cekur Manis

10. Daun kucai

11. Soya

12. Lobak Merah

13. Madu lebah asli

14. Ikan sardin

15. Oat

16. Buah kurma

17. Pisang

18. Roti planta

19. Milo/ Nestum/ Holik

20. Biskut Bijirin

21. Tuna sandwich

22. Kentang rebus

23. Tempoyak (durian pekatkan susu)

24. Sambal kering ikan bilis+tempe

25. Sup betik muda + ayam + halia

rebus betik dengan ayam + halia, masak dan minum

26. Longan kering- beli di kedai ubat cina

rebus + gula batu/gula kabung/ gula merah

PERMASALAHAN @ ISU BERBANGKIT BERKENAAN DENGAN PSI

- Susu kurang, sedikit, bayi tak puas menyusu

- Susu cair

- Masalah tentang pengendalian dan penyimpanan stok EBM

- Tekanan kerja atau kehidupan harian yang mempengaruhi penghasilan susu ibu

- Pola pemakanan

- Posisi dan cara lekapan yang tidak betul

- Kurang motivasi diri, tiada keyakinan untuk meneruskan usaha

- Mitos-mitos PSI

- PSI di khalayak ramai

- Sokongan keluarga, rakan2, majikan

- Masalah yang sering berlaku kepada cik N-rujuk di sini http://www.kellymom.com/bf/older-baby/sorenipples-older.html

- Pengambilan ubat-ubatan oleh ibu menyusu- http://www.kellymom.com/health/index.html

- Masalah di luar jangkaan: stok EBM kurang, bekalan elektrik takde, BS tak pandai handle EBM dsb

- Baby weight gain-http://www.kellymom.com/bf/normal/newborn-nursing.html

P/s: Notes yg dicompile ni sgt2lah ringkas dan padat dan hanya bertujuan untuk memberikan gambaran ringkas cerita sbnr di sebalik Breastfeeding (PSI). Ilmu pengetahuan ttg PSI adalah sepanjang masa, syaratnya kita kena rajin mencari, menggerodek dan menyelongkar. Semoga kita berjaya dalam misi melaksanakannya... Chaiyok! chaiyok!

Monday, September 27, 2010

Citer sang puteri....

Wawa masa 6 bulan.



Selama2 nih aku dok citer pasal bb yang menghuni rahim aku nih aje.. Betapa tak adil dan tak acinya aku sbb tak bercerita tentang perkembangan diri puteri sulung aku, si WAWA (sorry yek.. ibu tak sengaja melupakan mu).

Tanggal 7 October 2010 nanti, Wawa genap usianya menjangkau 2 tahun 10 bulan (dh nak jadi anak dara dh...). Selama membesarkan Wawa memang banyak pancarobanya, maklumlah anak sulung, takde pengalaman, takde pengetahuan.

Tapi melahirkannya ke dunia melalui 'tingkap' (czer) melengkapkan hidup aku dan En. Hubby, sebab dia adalah anak yang sgt2 istimewa. Dialah racun dialah penawarnya. Sehingga ke hari nih, mcm2 dh perubahan dan perkembangan diri dia.

Antaranya:

1. very talkative- orang tua2 kata anak aku begitu sbb yg maniskan mulutnya masa lahir adalah MIL aku sendiri (MIL mmg sangat talkative). Tapi masa dia bb lagi each of us (tak kira MIL ke, mak aku ke, En. Hubby ke ) sangat rajin bercerita dengan dia mcm2 hal. Mayb itu salah satu skill yang melekat ke dalam diri dia.
Tapi sebagai parents, aku kena ajar perkara2 perlu dan perkara baik yg boleh ditalkativekan (ha.. amik ko bahasa aku!! hehehe..). Oleh sebab budak2 skrg berfikiran advance, takut dia talkative perkara2 yg mengarut2 dan tak baik pulak.

2. suka buat memek muka- yang kadangkala tu boleh buat kita rasa risau sangat2... yg sebenarnya dia mengacah kita aje.

3. Boleh makan sendiri dengan tangan atau sudu. Tapi sangat memilih makan- menu makan dia sgt terhad. Kadang2 bagi dia makan nasi putih aje pun.. (kalu takde pilihan lain) dia akan makan jugak. Tak boleh makan pedas (walau sedikit pun), so kari ke lauk pauk yg merah2 tu sume dia takleh terima. Sayuran hijau of course out of her list. Sayur yang dimakan pun hanya kentang, carrot hem.. itu aje la. Suka telur goreng, suka nasi lemak kosong with telur only, suka roti canai (roti sahaja), suka french fries, nugget, sausage, fishball, roti gardenia coklat yang RM0.60 sen tuh, biskut. Kalu jajan yg dibenarkan hanya Pringles shj, jajan lain tu kena catu dan pantau. Sweets sangatlah tidak dibenarkan so penggantinya coklat, then she loves chocolate of course. Sangatlah terhad, hari2 pun yg sama aje. Any idea utk pelbagaikan tak??

4. Suka menyanyi and menari (ni of course mana2 budak pun suka kan..). Lagu fav Alif Satar Jangan Nakal, lagu patriotik Satu Malaysia (yg Faizal Tahir nyanyi tuh), lagu Cari jodoh wali band, lagu stacy...dsb la...

5. sangat aktif tak boleh dok diam (kecuali bl dh letih dapat bantal busyuk dia, ha.. time tu mmg lalok la...)- ada aje agenda dia nk wat... kalu time dia main tuh mmg tak leh nk suruh je, terpaksa kena tangkap baru leh suruh dia buat perkara lain, nak makan ke minum ke mandi ke.

6. sangat ringan tulang- mintak tolong apa saja dia akan tolong, tolong urut, tolong angkat kain, tolong basuh pinggan (tu kes nak main air tuh), tolong ngemas (pepaham je la maksud di sebaliknya...).

7. yang lain2 sedang diasuh dan diajar- suka buku, suka tulis, suka coloring book, sudah boleh mengira 1-10 (BM or BI, tp sdg mengajar mengenal no2 tersebut), sudah pandai pakai kasut sendiri (walaupun kadang2 tu terbalik), sudah pandai membina ayat (sangat best bila diajak bercerita, akan keluar juga sekali sekali bhs german, jepun, perancisnya...), sudah pandai undress sendiri dan tau mana nak letak baju kotor tuh (tinggal nak tanggal baju aje kekadang fail).

Pencapaian yang memberansangkan setakat ini untuk Wawa ialah... berpisah dari pacifier nye...


Jom kita layan the rest of the picca...

See how she pose in this picca...



Kira apa tuh??

Sangat suke kucing.. (like me!!)

Suka sangat dia pakai kopiah ke, songkok ke, topi ke...

See... I told u...


Suka minum Ribena


Peace y'all!!

Friday, September 24, 2010

SGM?? Apakah itu??

Bl ditenung balik n3 aku yang lepas2, rupa2nya aku tak penah pun citer kat korang pasal SGM nih.

Sebelum aku teruskan, meh layan kejap picca2 di bawah. N then baru aku citer apa ke bendanya SGM ni ek...





-
-
-
-
-
-
-
-

So, dah puas layan picca kan...?? Sekarang aku citer.

Dipendekkan citernya, SGM ni stands for SUPPORT GROUP MEETING, yg diadakan khas buat ibu-ibu, isteri-isteri, mommy to be, or any women yg support Breastfeeding (@ dalam BM nya Penyusuan Susu Ibu). Picca di atas adalah pada ketika SGM ke-4 yg diadakan bulan Ogos lepas di Padang Polo, Ipoh.

SGM yang selalu aku join (baru join kali pertama sbnrnya...ngeh3) biasanya dianjurkan oleh moderator laman web susuibu.com atau kaunselor dari MBfC (Malaysian Breastfeeding Peer Counselor). Bukan setakat di Ipoh je ada SGM ni, tak silap aku kat area Lembah Klang ngan KL lagi aktif perjumpaannya. Kalu nak tau selalu2 la g terjah laman web Susuibu.com.

Pengisian utama dalam setiap perjumpaan adalah:
1. perbincangan
2. sesi soal jawab
3. perkongsian maklumat (melalui pengalaman participant)
4. lepak2 sambil makan (biasanya Pot Luck theme)
Sbnrnya ada topik khusus untuk setiap sesi perjumpaan tu nanti. Bukan le main hentam kromo, jumpa sembang2 peh tu tak tau apa intipati perjumpaan tuh.

Last month punye SGM yang aku join tu diskus tentang Cabaran ibu-ibu menyusukan bayi pada bulan Ramadhan. Moderator pada perjumpaan tersebut adalah Dr. Nadrah Arifin (leh klik untuk g terjah blog dia).

So, serba sedikit korang dh tau le apa dia SGM tu kan? Ni yg baru boleh bagitau citer sebenar nih. Next SGM di Ipoh going to be held as follows:

Date : 16th October 2010, SATURDAY

Time : 9.00 a.m.

Place : Padang Polo, Ipoh, Perak

Refreshment : Bring our pot luck, and any mat

Topic :

1) PREGNANCY PREPARATION TOWARDS EXCLUSIVE BREASTFEEDING

2) BREASTFEEDING AFTER 6 MONTHS... HOW ARE WE GOING TO CONTINUE?

See the topic??? Sangat2 interesting kan? Jadi nanti lapangkan schedule korang untuk join skali k...

Dari mana aku tau tentangnya?? Leh terjah kat sini http://ayanglina08.blogspot.com/ atau pun nak lebih kepastian dan nak utarakan sebarang kemusykilan, leh terjah forum kat web susuibu.com. Klik pada link tu tau...

Jangan lepaskan peluang nih...
To all mothers, mommy to be and who ever yang nak tambah ilmu dan berkongsi pengalaman sendiri tentang Breastfeeding moh pakat2 turun ramai2.... :D.

P/s: No registration fee tau, FOC jek....

Thursday, September 23, 2010

9 Panduan penyusuan untuk ibu bekerjaya

Credit to www.cafepress.com
(Sangat suke statement itu!!)

Sebelum memulakan bicara..... ingin aku maklumkan bhw info ini diperolehi dari Majalah Pa & Ma keluaran Oktober 2010 (sudah ada di pasaran cepat2 membelinya sblm kehabisan!!! :D)

9 Panduan Penyusuan Untuk Ibu Bekerjaya

1. Timba ilmu sepanjang masa
- Banyakkan usaha mencari dan membaca tentang penyusuan susu ibu sejak dari awal kehamilan dan memasang NIAT utk menyusukan bayi sebaik saja ia dilahirkan. (inilah kunci kepada kejayaan penyusuan susu ibu secara eksklusif).
- Menyertai mana-mana kelas persediaan penyusuan susu ibu.
- Merajinkan diri membaca bahan bacaan berkaitan dan melayari laman web atau forum berkenaan penyusuan susu ibu (antaranya laman La Leche League Leader -LLLL atau Kellymom).
- Sebarang permasalahan ttg penyusuan, dapatkan pandangan dan penjelasan daripada kaunselor atau pakar laktasi yang diiktiraf (leh je terjah laman susuibu.com or any Malaysian Breastfeeding Peer Counselor yg u all kenal).

2. Mulakan dengan betul
- Sentiasa belajar dan mempraktikkan ilmu yang diperolehi.
- Kekerapan penyusuan bayi adalah salah satu tips kejayaan penyusuan susu ibu kerana:
a. dapat membantu kita mengaplikasikan posisi penyusuan yang selesa
b. memastikan cara lekapan bayi yang betul
c. kita dapat memastikan aktiviti penyusuan adalah mengikut keperluan bayi.
- Digalakkan tidur bersama bayi (co-sleeping) sepanjang tempoh penyusuan supaya dapat menyusukan bayi pada masa-masa yang diingini (tang ni kena betul2 discuss ngan En. Hubby masing2. sbbnya kita terpaksa membahagikan masa between him and the baby. So ikut budi bicara dan kesesuaian u all la).
- Tidak menggunakan puting kosong sbg cara utk menenangkan bayi yang meragam (ni pun tak tentu gak sbb ikut baby kan. Tapi ada sbb knp tidak digalakkan).
- Tidak digalakkan juga menggunakan botol susu ketika menyusukan bayi (ni pun sama ikut budi bicara u all).
- Gunakan alternatif lain selain botol susu dengan menggantikannya kepada penggunaan picagari, sudu atau cawan khas (yang ni aku pun takde pengalaman praktis agi. how bout u all?). Tapi kaedah ni boleh membantu ibu meneruskan penyusuan ketika ibu tidak berada di samping bayi sepanjang tempoh waktu bekerja.

3. Simpan stok susu
- Memastikan stok perahan susu ibu mencukupi bagi memenuhi keperluannya.
- Menjalankan rutin memerah susu supaya dapat menyimpan stok perahan susu ibu yang cukup
- Disyorkan memerah susu ibu menggunakan tangan menerusi aplikasi teknik Mermet (yg ni korang boleh je pilih utk guna Breastpump set yg u all dh ada tuh).

4. Peralatan penyusuan berkaitan
- Beli ikut keperluan dan budget. Jangan membazir beli banyak2 nnt ada yg tak terpakai rugi pulak.
- Leh tanya kat mommy2 lain yg dh berjaya dlm misi mereka menyusukan bayi ttg peralatan penting yang perlu dimiliki.

5. Bincang dengan majikan
- Yang ni ikut keadaan la, kalu korang rasa boss korang tu tak faham tentang penyusuan susu ibu ni korang citer ikut mana pun dia akan bangkang. Tapi usaha tangga kejayaan. Tak usaha tak tau gak hasilnya, kan? Bincang elok2 la ngan bos kat tempat kerja masing2.
- Pada yang dapat boss understanding, u r lucky coz senang nk dpt kemudahan yg bersesuaian utk rutin memerah nanti. Jadinya kita pun tak stress, n production susu pun mesti bombastic.

6. Perah susu di pejabat
- Ikut kesesuaian nak guna tangan or Breastpump supaya rutin memerah tu berjalan lancar tanpa banyak masalah.
- Kalu keje 8 jam sehari digalakkan memerah 2 atau 3 kali sesi perahan.
- Kalu keje lebih dari waktu tuh, kena adjust kesesuaian keadaan dan masa tapi perlu dilakukan dengan lebih kerap lagi la.

7. Kurangkan tekanan
- Keje berlambak di pejabat memang le buat kita jadi stress dan akibatnya production susu kita pun akan down. But since kita dh dpt greenlight utk sesi memerah susu dari boss, manfaatkan waktu itu utk menenangkan diri kita. (Nak tau kenapa? Jangan lupa baca Pa & Ma tau...).

8. Makan secara sihat
- Ini lagi satu faktor/tips kejayaan penyusuan susu ibu secara eksklusif. It doesn't matter how much we take but what we take is our concerned.
- Kita kena jaga betul2 dan sangat teliti tentang corak pemakanan harian. Salah satu nya jangan kita abaikan waktu makan utama iaitu breakfast, lunch dan dinner.
- Makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap.
- Selain waktu makan utama tuh leh gak korang tambah ngan mengambil snek yang berkhasiat. (bukan snek cikidis atau jajan yg tah pape tuh).

9. Ikut keperluan bayi
- Kadang-kadang mesti ada masa production susu kita kurang, don't give up! Salah satu tips di atas tadi ialah menyusukan bayi dengan lebih kerap bagi membantu merangsang penghasilan susu. The key word is demand vs supply. (Nak tau apa maknanya? Rajin2 cari sendiri tau...... :D).

P/s: Kalu ada sesapa nak share pengalaman sebenar menyusukan bb u all masa keje, dipersilakan dgn rasa sukacitanya... Lagi ramai yg share lagi best...

Tuesday, September 21, 2010

What I like most about pregnancy??

Kalu ditanya soklan nih kepada mana2 preggy mummy pun mesti la jawapannya....

The best thing about pregnancy is... bila bb dah mula bergerak dengan rentak aktif la!!!!

Alhamdulillah this week kandungan aku dh pun menjangkau minggu yang ke 24 (usia kandungan dah masuk 6 bulan). Setakat ari ni masih kuat dan gagah nak wat keje2 dapur, mengemas, memasak, turun tangga naik tangga. Seperti mana aku ligat, seperti itu jugalah ligatnya dia di dalam pewot aku nih.

Latest picca taken during outing with En.Hubby and Wawa. Memang tak nampak rupa bentuk kan...

This is how my baby looks like... :D

Sedang aku menaip n3 ni pun bb sedang berirama dangdut kat dalam pewot nih... Alhamdulillah syukur ke hadrat mu Ya ALLAH!!!

Berbeza keadaannya semasa aku mengandungkan Wawa dulu. Masa usia kandungan dah masuk 7 bulan baru aku faham mcm mana rasanya bb bergerak dalam pewot. Tapi kali ni masa kandungan aku dah masuk 4 bulan aku dah dapat rasakan penangannya.

Perasaan yang sebenar tak tergambar dengan kata2. Tapi yang pasti, kehadiran orang kedua dalam pewot aku ni sedikit sebanyak menceriakan hidup aku sekali lagi. Ditambah pulak dengan keletah dan kenakalan kakaknya, Wawa.

Alhamdulillah...

Anak meragam bila nak dapat adik??

Aksi budak nakal sebelum tidur....





Kata orang tua-tua, budak2 memang suka meragam bila nak dapat adik. Betul ke statement tuh?? Kalu la betul bagai dikata....memang aku sedang melalui tempoh yang sukar.... hehehehe... (leh gelak lagi ek...??).

Honestly aku sekarang ni memang bertarung hati dan perasaan melayan karenah budak nakal dalam picca tuh. She's not a naughty girl.. naughty2 manja tuh biasa la.. tapi perangai dan fiilnya makin menjadi2 pulak skrg ni.

Makin degil, takleh nak dengor kata, suka wat ibu marah, ada saja perkara yang tak kena, merengek2 tu usah cakap le....macam2 hal ngan si kecik tu skrg.

Orang kata bila darah naik kita yang susah tapi kalu kita naik darah orang yang susah... Camtu la keadaannya. Letih nak layan tapi bila time dia tidur, melihatkan wajah mungil dan chumel serta innocent tuh terasa bagai disejukbekukan aje hati ni. Mula la rasa nak feeling teringat balik cubit pukul kita serta jerit pekik kita time kita tengah marah tuh.

Anakku oh anakku....!!!

Tuesday, September 14, 2010

Ceritera Raya 2010

Raya tahun ni disambut ala kadar jek. Tapi yang pastinya tema raya kali ni (n of course setiap tahun dan juga di mana2 pun jua) pasti temanya MAKAN...MAKAN...DAN MAKAN...

Raya pertama: Rumah Opah di Sungkai Perak

Tahun 2010 ni agak menyedihkan sket beraya di Sungkai sebab cuma keluarga kami saja yang balik beraya. Adik beradik mak yang lain (yang masih ada) semua tak dapat balik. Kesian kat Opah.. sebab dari kecil aku beraya di Sungkai, umah opah mesti penuh ngan sanak saudara. Walaupun cuma keluarga kami saje yang ada, raya tetap happening ngan aktiviti MAKAN.

Family potrait

One happy family (Insya Allah...)

Candid si Wawa

Abah with Opah

Loving couple

The sista

Suke picca nih...

Budak kecik yang nakal... si Harraz

Family adik aku

2 budak nakal

Raya kedua: Balik Ipoh umah MIL

Takde pape aktiviti pun sebab keluarga MIL pegi beraya kat Perlis. Diorang bertolak awal pagi so tak dapat nak join sekali. Sampai di umah terus uruskan laundry yang dah penuh bakul.


Dah ready nak balik Ipoh

Raya ketiga: Rumah MIL, Ipoh

Bila 5 keluarga berkumpul dalam umah kecil yang didiami oleh MIL aku ni, makanya takde benda lain nak buat selain dari MAKAN..MAKAN.. DAN MAKAN...

Bangun pagi2 lagi dah bersiap sarapan terus bershopping ke Pasar Besar Ipoh. Rancangan menu raya ketiga ni, tengah hari: Ikan bakar, ketam masak gulai kari, Daging Masak Itam (menu yang aku ngidam2kan sejak sebelum bulan Ramadhan...). Memang kenyang tak hingat!!!

Sedang tumis bawang... baru nak mula tunjuk skill

Ta daa!!!! Nin dia daging yang telah masak n kena masak lagi sampai kering
Tambah kicap untuk bagi hitam

Menjelang senja persediaan dibuat untuk MAKAN LAGI. Of course kalu korang penah baca n3 aku sblm ni, bila berkumpul keluarga MIL aku ni tak lain dan tak bukan BBQ la... apa lagi... BBQ kali ni different sbb selalu kitorg bakar sausage, isi ketam & ayam sahaja. Kali ni ada tambahan sausage, isi ketam, ayam, sotong dan udang!! Memang senak perut dibuatnya....

Nin dia....

MIL yang sangat ROCK oooo!!!

Gigih menyiapkan hasil pembakaran

Geng pro tengah bertungkus lumus

Makan time!!

Main bunga api sangatlah perlu untuk menambah keriuhan...

Raya keempat: Rumah MIL, Ipoh

SIL dah bertolak balik ke KL so umah pun dah sunyi dari riuh rendah anak2 buah. Tapi sesi malamnya aku isikan dengan aktiviti 'JUST THE 3 OF US'. Jalan2 cuci mata kat Jusco Kinta City.




Begitulah ceritera Hari Raya 2010 milik aku sekeluarga.... How bout u all?? Mesti lagi happening...

"SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN."

Jom Follow Me

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails